Beritahu saya lebih lanjut mengenai Skrip Komuniti

Bahagian Skrip Komuniti TradingView mengandungi tiga jenis skrip yang boleh digunakan oleh pedagang: penunjuk, strategi dan perpustakaan. Mereka mempunyai banyak persamaan, tetapi setiap jenis skrip tertentu adalah disesuaikan kepada penggunaannya yang tersendiri. 

Penunjuk

Penunjuk ialah skrip kegunaan biasa yang boleh melakukan apa-apa pengiraan yang diprogramkan oleh penulis dan memaparkannya di atas carta. Ia boleh menjadi sesuatu yang sangat mudah, seperti moving average, atau sesuatu yang sangat kompleks, seperti penyaring yang memerhatikan berdozen-dozen simbols dan mencari beberapa isyarat yang berbeza. Kefungsian Pemberitahuan yang diberikan oleh penunjuk membenarkan anda untuk mendapatkan pemberitahuan apabila beberapa keadaan tertentu dipenuhi; keadaan tertentu boleh ditetapkan oleh pengguna atau penulis kepada penunjuk berkenaan.

Penunjuk boleh ditemui di dalam dialog "Penunjuk. Metrik & Strategi" yang tersedia di atas carta, atau di dalam bahagian Skrip Komuniti.

Strategi

Strategi ialah disesuaikan untuk ujian belakang, cth.,menguji satu strategi dagangan yang ada pada data sejarah untuk memeriksa daya majunya. Untuk melakukan ini, mereka memberikan pengguna satu gugusan fungsi yang luas untuk menggambarkan dagangan dunia nyata. Anda boleh meletakkan sendiri modal awal dan saiz posisi anda, menggambarkan komisyen dan dagangan margin, menggunakan jenis pesanan berbeza yang membenarkan anda mencipta pendakap untung/rugi dan henti dan renti mengekori, dan banyak lagi. Strategi-strategi adalah dikira dengan menggunakan satu enjin strategi yang mencipta kemasukan dan keluaran posisi dan menunjukkan mereka di atas carta, dan untuk perincian lebih lanjut, enjin akan menggambarkan pergerakan harga bar intra untuk melaksanakan pesanan berdasarkan harga dengan betul. Strategi juga menyokong kefungsian Pemberitahuan dan dengan pemberitahuan yang ditetapkan oleh penulis skrip, mereka juga boleh mempunyai pemberitahuan yang memberikan notifikasi apabila ada satu perubahan posisi berlaku.

Strategi boleh dijumpai di dalam dialog "Penunjuk. Metriks & Strategi" yang tersedia di atas carta atau di dalam bahagian Skrip Komuniti. Di dalam yang terawal, strategi adalah ditambahkan dengan satu simbol istimewa:

Sebaik sahaja dilancarkan pada satu carta, anda boleh mengakses satu parameter konfigurasi penunjuk atau strategi menggunakan kotak dialog Tetapan, yang boleh diakses daripada menu pop keluar skrip. Strategi menggunakan satu tab Sifat tambahan untuk mengkonfigurasikan parameter yang khas untuk ujian belakang, seperti modal awalan dan komisyen. Strategi juga memaparkan kemasukan dan keluaran pada carta dengan penanda anak panah dan menunjukkan maklumat terperinci ujian belakang di dalam panel Penguji Strategi di bawah carta:

Perpustakaan

Perpustakaan ialah penerbitan yang mengandungi fungsi-fungsi yang boleh digunakan semula di dalam penunjuk Skrip Pine™, strategi, atau di dalam perpustakaan lain. Mereka berguna untuk menjelaskan fungsi-fungsi yang selalu digunakan supaya kod sumber mereka tidak perlu diisikan di dalam setiap skrip di mana mereka diperlukan. Sebaik sahaja satu perpustakaan diterbitkan, skrip-skrip lain boleh mengimportnya menerusi kata kunci `import`. Perpustakaan perlu diimportkan di dalam bentuk kod, bukan ditambahkan kepada carta secara langsung, kerana itu mereka tidak ditemukan langsung di dalam "Penunjuk. Metrik & Strategi", tetapi anda boleh menapisnya untuk perpustakaan di bahagian Skrip Komuniti.

Strategi dan penunjuk boleh diterbitkan di dalam satu dari tiga mod: sumber terbuka, dilindungi atau jemputan sahaja. Lihat di sini untuk lebih maklumat untuk jenis penerbitan. Perpustakaan selalunya diterbitkan secara sumber terbuka.

Untuk lebih maklumat mengenai penerbitan skrip, rujuk kepada bahagian "Penerbitan" pada Manual Pengguna Pine.