Abandoned Baby - Bearis
Satu corak Abandoned Baby bearis ialah satu corak candlestick khusus yang selalunya menunjukkan satu arah aliran balikan menurun dalam harga satu sekuriti. Ia terjadi apabila satu jurang terbentuk di antara harga terendah untuk satu lilin berbentuk doji dan candlestick hari sebelumnya. Candlestick lebih awal ialah berwarna hijau, tinggi dan ada bayang yang kecil. Lilin doji juga diekori dengan satu jurang di antara titik harga terendahnya dan titik harga tertinggi pada lilin yang datang selepas itu, iaitu berwarna merah, tinggi dan juga mempunyai bayang yang kecil. Bayang lilin doji hendaklah mempunyai jurang yang lengkap sama ada di bawah atau di atas bayang untuk hari pertama dan ketiga untuk memastikan ia mempunyai kesan corak abandoned baby.
Input:
Secara tradisinya, corak candlestick ini diiktiraf bersama dengan satu arah aliran tertentu, cth. ia mungkin penting untuk corak jika harga telah menaik atau menurun. Pilihan ‘Kesan Arah Aliran Berdasarkan’ membenarkan anda untuk menyatakan yang mana satu kaedah-kaedah berikut digunakan untuk mengesan arah aliran:
- SMA50 - penunjuk membandingkan harga semasa simbol kepada Simple Moving Average (SMA) nya dengan panjang 50. Jika harga semasa adalah di bawah SMA, pergerakan harga ini dikira sebagai satu penurunan. Jika harga di atas SMA, ia adalah satu kenaikan.
- SMA50, SMA200 - penunjuk membandingkan secara berbeza harga semasa kepada SMA50 dan SMA50 kepada SMA200. Jika harga semasa adalah di atas SMA50 dan SMA50 adalah di atas SMA200, ini dikira sebagai satu kenaikan. Jika harga di bawah SMA50 dan SMA50 adalah di bawah SMA200, ini adalah satu penurunan.
- Tiada pengesanan - penunjuk tidak mengambil kira arah aliran harga.
Dengan membandingkan dua SMA berbeza, pilihan 'SMA50, SMA200' hanya mengesan arah aliran yang lebih kuat. Apabila arah aliran adalah lemah dan keadaan di atas tidak dipenuh, tiada corak akan dikesan. Sebaliknya, pilihan 'SMA50' akan juga mengesan arah aliran yang lebih lemah.