Doji

Satu lilin doji terbentuk apabila bukaan dan penutupan untuk satu sekuriti adalah hampir serupa antara satu sama. Panjang kedua-dua bayang (shadow) mungkin berbeza, yang mengakibatkan candlestick yang ada sama ada menyerupai satu bentuk salib, satu bentuk salib terbalk atau satu isyarat tambah (plus sign). Lilin doji menunjukkan keadaan pembeli-penjual yang tidak dapat menentukan arah pergerakan, seperti sesi menarik tali. Apabila harga bergerak sama ada ke atas atau ke bawah dari had bukaan semasa dalam sesi, penutup adalah sama ada di atau berdekatan dengan had bukaan.