Saya baru menggunakan TradingView. Di mana saya dapat mengetahui lebih lanjut mengenai cara menggunakan ciri dan alatan di TradingView?

Pusat Bantuan kami akan memberitahu mengenai semua perkara, petunjuk dan strategi terbina dalam yang biasa digunakan dalam carta kami. Lihat tab Tutorial kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara mengaplikasikannya pada strategi perdagangan anda. Sekiranya terdapat petunjuk, ciri, alat atau strategi yang tidak disenaraikan, tinggalkan maklum balas mengenai perkara yang ingin anda lihat! Kami akan berusaha sebaik mungkin untuk menyesuaikan senarai kami dengan keperluan anda dan akan terus menambahbaikkkan lagi sehingga anda berpuas hati. Anda juga mempunyai kemampuan untuk mencari dan memeriksa pelbagai Idea Pendidikan dengan membaca widget teks serta membuka Idea dan klik tag yang berkaitan dengan topik yang anda cari. Ianya sangat mudah untuk dimulakan, dan setelah anda melakukannya, anda akan dapat mencari sumber yang tidak terkira banyaknya untuk membantu dalam perdagangan anda.