Smoothed Moving Average

Definisi

Smoothed Moving Average membandingkan harga semasa kepada harga sejarah dan memastikan mereka dianalisa dengan berat yang sama. Pengiraan ini tidak merujuk kepada satu tempoh masa tertentu atau tetap, tetapi menggunakan semua data tersedia dalam siri untuk analisis.Smoothed Moving Average adalah berbeza dari Exponential Moving Average (EMA) kerana ia selalunya digunakan dengan satu tempoh masa yang lebih panjang. 

Pengiraan

Pengiraan untuk Smoothed Moving Average, seperti dijelaskan di atas, tidak merujuk kepada satu tempoh tetap, tetapi menggunakan semua data tersedia di dalam siri. Langkah-langkah berikut digunakan untuk mengira penunjuk.

  1. Untuk bermula, pedagang hendaklah menolak Smoothed Moving Average semalam dari harga hari ini.
  2. Kemudian, tambah keputusan dari Langkah 1 ke Smoothed Moving Average semalam.
  3. Keputusan akan memberikan Moving Average.

Pemerhatian

Pedagang tidak sepatutnya keliru akan Smoothed Moving Average dengan Simple Moving Average (SMA), yang mana ia menganalisa harga dengan berat yang sama dalam pengiraannya. Simple Moving Average juga membuang data hara terawal dengan harga baru yang ditambahkan kepadanya. Dua Moving Averages ini mungkin bunyinya sama, tetapi mereka berkelakuan berbeza dan kekeliruan dengan mereka boleh menjejaskan dagangan. Adalah penting untuk pedagang mengingati bahawa Smoothed Moving Average adalah satu fungsi berat dalam hubungan dengan harga, atau panjang purata.

Tambahan lagi, Smoothed Moving Average menggunakan tempoh masa lebih panjang untuk menentukan purata dan meletakkan berat kepada data harga semasa purata dikira. Dalam kes ini, data harga terawal tidak pernah dikeluarkan dari pengiraan Smoothed Moving Average. Walaupun tidak dikeluarkan, data harga terawal mempunyai impak yang kurang kepada Moving Average secara keseluruhan.

Kegunaan utama penunjuk ini adalah melancarkan fungsi dan keupayaan. Smoothed Moving Average mampu membuang turun naik jangka pendek (short-term fluctuation) dan pergerakan tidak penting yang dikaitkan dengan arah aliran semasa. Ini merupakan sebab kenapa penunjuk ini popular dikalangan ramai pedagang.

Apa yang perlu diperhatikan

Adalah penting untuk melihat beberapa faktor utama apabila menggunakan Smoothed Moving Average. Mari kita pecahkan bahagian ini kepada dua titik untuk dianalisa dengan lebih lanjut: tempoh (period) dan aspek (aspect).

Tempoh (period) . Tempoh mewakili bilangan bar yang muncul pada satu carta. Jika pedagang menggunakan satu carta harian dengan data yang konsisten, tempoh itu akan dirujuk sebagai hari. Untuk carta mingguan, tempoh mewakili minggu dan seterusnya. Tetapan lalai untuk penunjuk ini ialah tempoh 9. Pedagang boleh mengubah tetapan jika mereka mahu. Untuk melancarkan Moving Average, tempoh selalunya dipanjangkan. Formula ini boleh digunakan: 

Period = 2*n-1

Aspect. Aspect merujuk kepada ruang Simbol tertentu di mana pengiraan terjadi. Ruang itu mempunyai tetapan simbol lalai, yang boleh diubah oleh pedagang untuk memenuhi keperluan tertentu atau keperluan dagangan. Tetapan lalai adalah bersamaan dengan “close.”

Kekangan

Untuk keputusan yang paling tepat dan boleh dipercayai, Smoothed Moving Average adalah lebih baik digabungkan dengan penunjuk dan alat analisa teknikal lain.

Kesimpulan

Smoothed Moving Average membandingkan harga terkini kepada harga sejarah dan memastikan mereka dianalisa dengan berat yang sama. Penunjuk tidak merujuk kepada satu tempoh masa tetap apabila mengira keputusan, tetapi menggunakan semua data tersedia dan tidak membuang titik-titik data tertentu sebaik sahaja mereka melepasi satu had masa tertentu.