Dalam pasaran, harga ialah segala-galanya. Semakin banyak data anda ada mengenai harga, semakin bagus keputusan yang anda boleh lakukan. Disebabkan ini kami sentiasa bekerja untuk memberikan kepada semua ahli-ahli kami sejarah harga meluas untuk setiap aset.
Pasukan kami telah mempunyai cara untuk menambahkan data untuk beratus-ratus tahun. Sebagai contoh, anda sekarang boleh mencartakan harga emas ke belakang sehingga 187 tahun. Anda juga boleh mencartakan syarikat-syarikat seperti Coca-Cola dan IBM ke belakang sehingga 50 tahun. Di sini ada beberapa contoh yang sekarang tersedia untuk anda:
Untuk bermula, taip mana-mana ticker berkenaan ke dalam kotak carian TradingView, contoh, EMAS atau SPX atau KO. Kemudian pilih aset dan buka carta. Dari sini, anda boleh zum keluar seperti yang anda mahukan untuk melihat keseluruhan sejarah harganya. Di sini ada beberapa carta, jadi anda boleh melihat bagaimana bentuknya:
Gold since 1834
Bitcoin since 2010
Coca-Cola since 1968
Kami harap anda menyukai tambahan data ini dan sila hubungi kami jika anda memerlukan lebih lagi. Anda boleh menghantarkan pesanan kepada kami menerusi TradingView, ciap kepada kami atau pergi ke Reddit dengan satu permintaan khusus. Kami akan cuba melakukannya. Terima kasih kerana menjadi seorang ahli!