Bagaimanakah untuk menggunakan Minda dan apakah tujuan utamanya?

Minda ialah satu suapan media sosial di mana pedagang dari seluruh dunia berkumpul bersama-sama untuk bersembang, mengikuti dan membicarakan mengenai simbol-simbol tertentu. Fikirkan Minda sebagai satu suapan yang dicipta oleh rakan sebaya anda – dipenuhi dengan pandangan mereka, nota dan topik-topik berita yang dikongsi mengenai sesebuah simbol.

Suapan Minda baru kami boleh dijmpai dalam halaman simbol seperti yang ditunjukkan dalam imej di bawah – periksanya sendiri pada halaman simbol TSLA:

Minda juga boleh dijumpai pada rel kanan, tempat yang sama terletaknya senarai amatan dan pemberitahuan anda. Ini bermaksud anda boleh mencartakan apa-apa simbol dan pada masa yang sama mengikuti apa yang orang-orang lain perkatakan pada suapan Minda untuk simbol tersebut:


Minda sekarang berada pada fasa beta, jadi silakan menghantar kepada kami maklum balas terbaik anda dan ketahuilah bahawa kami sedang bekerja keras untuk menambahbaiknya. Ada beberapa perkara anda patut tahu sebelum anda mula menggunakannya.

Pertama, walaupun Minda adalah terbuka untuk semua pengguna untuk membaca, mengikuti dan mengundi, hanya pelanggan-pelanggan berbayar (Essential, Plus, dan Premium) buat masa sekarang boleh memberikan catatan kepada suapan Minda dan meninggalkan komen: