Kenapa Carta Spread mempunyai pengiraan Harian dan Intrahari berbeza?

Carta spread untuk intrahari OHLC dan harian OHLC adalah dikira secara berasingan.

Sekarang, bayangkan kita mempunyai 2 carta. Katakan carta pertama mempunyai hanya dua lilin intrahari: lilin A dan lilin B. Katakan, nilai tinggi lilin A ialah 2, untuk lilin B ialah 3. TInggi harian untuk carta itu akan menunjukkan tinggi 3.

Kemudian, bayangkan carta kedua untuk spread. Dengan satu nasib baik, kita juga ada hanya dua lilin intrahari di sini: lilin Y dan Z. Tinggi Y ialah 5, tinggi Z ialah 4. Tingi harian dengan mudah memberikan kita nilai tinggi 5.

Sekarang bahagian yang agak sukar. Untuk mencipta lilin spread, kita perlu mendarabkan lilin-lilin itu sesama sendiri dan itu menghasilkan: A×Y = 10, B×Z = 12, yang akan memjadikan anda percaya bahawa nilai harian sepatutnya 12. Tetapi tidak! Nilai harian adalah 5×3 = 15, kerana anda mendarabkan nilai harian yang didapati sebelum ini secara berasingan.

Mari lihat beberapa contoh. Di sini satu spread BXP-BA. Kita ambil nilai tutup setiap lilin 1-minit dan kira perbezaannya seperti berikut:

Lagi satu contoh, dalam kes ini kita mendarabkan dua lilin:


Simbol-simbol dari formula boleh mempunyai nilai rendah/tinggi pada masa berbeza tetapi formula menggunakan lilin masing-masing (cth., lilin 12:00 dan lilin 12:00), jadi perbezaan di antara nilai intrahari dan harian. Ini adalah kelakuan yang dijangka terjadi.

Di sini satu artikel awal tentang Carta Spread yang mungkin berguna untuk anda.