Bagaimanakah menukar data carta kepada mata wang lain?

Untuk menukar data carta kepada mata wang lain, klik pada butang mata wang pada atas skala harga dan pilih mata wang yang anda berminat daripada senarai lungsur turun. Secara lalai, butang akan muncul apabila anda menggerakkan kursor di atas skala.

Apabila menukar satu mata wang, carta akan dikira semula dengan mengambil kira mata wang yang dipilih, termasuk nilai OHLC dan nilai harga terakhir dalam tajuk tab pelayar. Penunjuk juga akan mengambil kira mata wang yang telah ditukar. Sila ambil maklum bahawa bukan semua simbol menyokong pertukaran mata wang.

Mod paparan untuk butang penukaran mata wang boleh ditetapkan di dalam tetapan carta pada tab Skala.

Anda boleh menambah mata wang kepada senarai kegemaran anda – cuma gerakkan kursor di atas mata wang yang diingini dan klik butang Tambah kepada kegemaran (bintang).

Ada beberapa had pada carta dengan mata wang yang telah ditukar:

  • Apabila anda menukar simbol, carta akan dipaparkan dalam mata wang sebenar untuk simbol.
  • Anda tidak boleh mencipta satu pemberitahuan atau meletakkan satu pesanan pada carta yang telah ditukar. Pemberitahuan atau pesanan dicipta dalam matawang asal akan kekal berfungsi seperti sebelumnya.
  • Objek-objek lukisan dicipta pada carta yang telah ditukar adalah tersedia hanya pada carta yang telah ditukar ini – mereka disimpan dan dipaparkan dengan rujukan kepada simbol dan mata wang.
  • Ciri Ulangan Bar tidak tersedia dalam mod Mata Wang Ditukar.