Mengapakah sambungan ditutup?

Jika satu mesej muncul pada carta anda memberitahu bahawa sambungan telah ditutup, ini bermaksud anda telah mencapai had bilangan sambungan yang dibenarkan untuk pelan langganan anda. Satu sambungan dikira sebagai satu halaman/carta yang dibuka.

Jika had telah dicapai, sambungan terawal akan ditutup dan satu tetingkap akan ditunjukkan dalam tab dengan satu mesej memberitahu had telah dipenuhi dan sambungan telah dibatalkan.

Di dalam tetingkap, anda boleh melihat bilangan sambungan yang tersedia untuk setiap pelan pengguna.

Jika had telah pun dicapai, mengembalikan semula sambungan sedia ada akan menghentikan sambungan pada tetingkap/tab lain.

Jika anda menutup tetingkap dengan satu cross, anda akan kekal pada carta dengan satu sambungan yang telah dihentikan dan akan hanya boleh disambungkan semula dengan menyegarkan halaman.

Sila ambil maklum bahawa anda boleh mengoptimumkan sambungan anda menggunakan susun atur carta berganda. Pengguna Essential boleh membuka 2 carta dalam satu tab, pengguna Plus pula sehingga 4 carta, dan pengguna Premium boleh membuka bilangan 8 carta untuk satu tab. Pengguna pelan Profesional kami mendapat lebih banyak ruang untuk pencartaan termaju: 10 carta dalam satu susun atur untuk pelan Expert, 12 carta dalam satu susun atur untuk pelan Elite dan 16 carta dalam satu susun atur untuk pelan Ultimate. Baca lebih lanjut mengenai ciri ini: Bagaimana untuk mengaktifkan mod carta berganda?