Capital adequacy analysis

Capital Adequacy Analysis adalah satu ukuran utama untuk kekuatan dan kestabilan sesebuah bank. Ia menentukan kekuatan sesebuah bank untuk menyerap kerugian dan memenuhi kewajipannya kepada pendeposit dan penghutang. Salah satu cara utama untuk mengakses kecukupan modal adalah dengan menggunakan nisbah yang membandingkan jenis-jenis modal berbeza kepada aset berwajaran risiko (capital to risk-weighted assets (RWA)).

RWA adalah jumlah aset sesebuah bank yang dilaraskan kepada tingkatan risiko mereka. Semakin tinggi risiko satu aset, semakin tinggi beratnya dalam pengiraan RWA. Sebagai contoh, tunai mempunyai berat sifar manakala hutang mempunyai berat-berat berbeza bergantung kepada kualiti kredit, kematangan dan sandaran (collateral).

Tiga nisbah modal utama yang digunakan untuk mengukur kecukupan modal adalah:

- Nisbah Common Equity Tier 1 (CET1): Ini adalah nisbah modal CET1 kepada RWA:

Modal CET1 adalah kualiti tertinggi dan modal dalam bentuk paling cair. Ia mengandungi saham biasa, pendapatan tertahan dan pendapatan komprehensif lain. Nisbah minimum CET1 yang diperlukan oleh Basel III, rangka kerja kawal selia sejagat untuk bank adalah 4.5%.

- Nisbah Tier 1 Capital (T1):

Ini adalah nisbah modal T1 kepada RWA. Modal T1 termasuk modal CET1 tambah modal tambahan T1, yang mana adalah lebih rendah kualiti tetapi masih dalam keadaan modal yang cair. Ia mengandungi saham keutamaan dan beberapa jenis sekuriti hibrid. Nisbah minimum T1 diperlukan oleh Basel III adalah 6.0%.

- Nisbah Total Capital:

Ini adalah nisbah Total Capital kepada RWA. Total Capital mengandungi modal T1 termasuk modal Tier 2 (T2), yang lebih rendah kualiti dan dalam bentuk modal yang kurang cair. Ia mengandungi hutang subordinat, saham keutamaan kumulatif dan beberapa sekuriti hibrid. Nisbah minimum Total Capital yang diperlukan oleh Basel III adalah 8%.

Nisbah-nisbah ini adalah penunjuk penting untuk kemampuan bayar (solvency) sesebuah bank dan keupayaan untuk menghadapi kejutan kewangan. Satu nisbah yang tinggi bermaksud bank mempunyai lebih modal relatif kepada pendedahannya kepada risiko. yang mana mengurangkan kebarangkalian kebangkrapan atau campur tangan pengawal selia. Nisbah lebih rendah bermaksud bank mempunyai modal lebih rendah relatif kepada pendedahan kepada risiko, yang mana menaikkan kebarangkalian kebangkrapan atau campur tangan pengawal selia.