Apakah selang masa: pengenalan pantas dan petua
Dalam artikel ini, anda akan mempelajari bagaimana untuk bekerja dengan selang masa pada Carta Super TradingView.
- Apakah selang masa?
- Bagaimana memilih selang masa
- Bagaimana menetapkan selang masa tersuai
- Selang masa dan jam dagangan
Apakah selang masa?
Selang masa adalah jumlah masa atau aktiviti dagangan semasa satu julat dipilih. Ia mengarahkan carta untuk mengira masa mula dan masa akhir untuk dagangan.
Prinsip utama untuk bagaimana carta dibina berdasarkan kepada selang masa adalah hampir sama untuk setiap jenis carta. Untuk memahami bagaimana selang masa berfungsi, mari kita lihat pada carta candlestick, kerana ia adalah salah satu daripada jenis carta paling berinformasi dan deskriptif.
Setiap lilin pada carta candlestick mengandungi empat jenis maklumat, juga dikenali sebagai harga:: harga buka, tinggi, rendah dan tutup. Selang masa menunjukkan harga-harga ini dalam julat yang dipilih, jadi ia menunjukkan sebanyak mana masa diambil untuk membentuk satu lilin. Sebagai contoh, jika selang masa ditetapkan kepada 1 hari, setiap candlestick akan menggunakan harga buka, tinggi, rendah dan tutup. Dan jika anda memilih satu selang masa 4 jam, setiap candlestick akan mencerminkan tindakan harga dalam tempoh masa 4 jam tersebut, dengan setiap candlestick sebelumnya mewakili empat jam dagangan sebelumnya.

Bagaimana memilih selang masa
Cari menu Selang Masa pada bar alat atas. Dari sini, anda boleh memilih satu daripada pilihan ini.
- Tick (1, 10, 100, 1000)
- Saat (1, 5, 10, 15, 30, 45)
- Minit (1, 2, 3, 5, 10, 15, 30, 45)
- Jam (1, 2, 3, 4)
- Hari (1 hari, 1minggu, 1 bulan, 3 bulan , 6 bulan, 12 bulan)
- Julat (1, 10, 100, 1000)

Selang masa berkisar secara meluas. Beberapanya lebih sesuai untuk scalping, yang lain untuk dagangan intrahari, yang lain digunakan untuk dagangan ayunan (swing trading), manakala selang mingguan dan bulanan adalah untuk pelaburan jangka panjang. Bergantung kepada strategi dan sasaran anda, pilih selang masa yang paling sesuai untuk anda.
Menu selang boleh disesuaikan: beberapa selang asas boleh dibuang. Untuk melakukannya, tekan butang buang berdekatan ikon bintang.

Untuk menambahkan selang kepada kegemaran anda, tekan ikon bintang di bahagian kanannya. Selang dipilih akan muncul pada bar alat atas.

Bagaimana menetapkan selang masa tersuai
Anda boleh mencipta selang tersuai bila-bila masa — ia boleh jadi 205 minit, 82 hari, 37 minggu dll. Untuk melakukan ini, tekan "Tambah selang tersuai…".

Satu lagi cara lain yang mudah untuk menetapkan selang masa adalah dengan menaip dalam minit terus dari carta. Selang masa tersedia maksimum adalah 1,440 minit, bersamaan dengan 24 jam.

Selang masa dan jam dagangan
Tidak kira selang masa mana yang anda pilih, candlestick paling kanan pada carta boleh mewakili selang secara sebahagian sahaja. Disebabkan lilin akhir mungkin masih belum terbentuk sepenuhnya, bentuknya mungkin berubah berdasarkan kepada aktiviti dagangan yang terjadi pada masa tersebut. Beberapa bursa menyediakan dagangan 24/7 (seperti mata wang kripto), jadi candlestick paling kanan akan sentiasa mencerminkan harga terkini.
Jika bursa pada masa itu telah ditutup, candlestick paling kanan akan mewakili harga direkodkan akhir dari sesi dagangan terkini. Sebagai contoh, saham META didagangkan pada Nasdaq, yang ditutup pada jam 16:00. Selepas penutup, anda akan dapat melihat candlestick yang sama untuk selang masa yang sama sehingga pasaran dibuka semula pada jam 09:30 keesokkan harinya, tanpa mengira bila anda melihat carta.
Untuk melihat tarikh dan masa candlestick dibentuk, gerakkan kursor anda merentas carta. Ia akan dipaparkan di bahagian bawah. Tambah kepada masa itu selang yang dipilih, katakan, 45 minit dan anda akan tahu apakah harga dari jam 11:45 to 12:30.
Ingat, candlestick terakhir pada carta tersebut mewakili hanya 30 minit dagangan, kerana lilin ke dua sebelum candlestick terakhir berakhir pada jam 15:30 dan bursa ditutup pada jam 16:00. Bermula pada keesokkan harinya, candlestick akan memaparkan semula 45 minit dagangan untuk setiap satu.
Selang berasaskan tick merangkumi bilangan tick harga berturut-turut dan bukannya blok tetap masa.
Jika anda memilih julat sebagai selang masa, jenis carta anda akan berubah untuk Julat. Pusat pengetahuan kami mempunyai panduan lengkap tentang bagaimana menggunakan bar Selang untuk menganalisa pergerakan harga intrumen kewangan dan pada masa yang sama mengurangkan hingar pasaran.
Juga baca: