Bagaimana membaca corak carta
Corak carta adalah pembentukan harga yang mucul pada Carta Super. Mereka boleh memberikan isyarat balikan trend berpotensi atau ketidak pastian, membantu pedagang mengenalpasti tingkatan sokongan dan rintangan, titik masukan dan keluar, dan juga menentukan untuk keluar dari pasaran untuk satu tempoh masa sehingga ia mengesahkan memasuki pasaran adalah idea yang bagus.
Dalam artikel ini, kami akan membincangkan asas corak carta dan alatan yang anda boleh gunakan untuk mengenal pasti dan menyerlahkan mereka.
KANDUNGAN:
- Apakah corak carta
- Jenis corak carta
- Kriteria pengesahan corak carta
- Carta vs candlestick vs corak jurang
- Alatan lukisan corak carta
- Penunjuk corak carta
Apakah corak carta
Bentuk yang selalu terjadi secara visual pada carta dipanggil corak (pattern). Mereka mempunyai bentuk tertentu dan menunjukkan bahawa harga selalunya akan mengikut satu laluan tertentu. Untuk corak dapat disahkan dengan lebih baik, bermaksud harga bergerak dalam arah yang dicadangkan, ia hendaklah mempunyai isyarat sokongan dari alatan teknikal lain.
Corak carta berfungsi untuk jenis carta berbeza. Carta garis dan kawasan; carta bar; berongga, volum dan lilin standard — semuanya mempunyai corak harga yang sama, menunjukkan perkara yang sama.
Bersama-sama corak candlestick, corak carta adalah kategori lain corak teknikal meluas. Kedua-dua kategori ini mempunyai jenis yang sama, jadi mengetahui mereka boleh membantu anda menavigasi pelbagai jenis carta dengan lebih baik.
Jenis corak carta
Corak carta merupakan bidang ilmu komprehensif dalam analisis teknikal. Harga, candlestick dan corak jurang mempunyai tiga jenis utama.
Corak balikan (reversal pattern): Isyarat-isyarat ini menunjukkan potensi perubahan arah harga. Terjadi pada akhir trend semasa, tetapi masalahnya adalah anda tidak akan pernah tahu bila trend akan berakhir.
Sebagai contoh, Dua puncak (Double top) adalah corak balikan kuat, yang bermaksud bahawa harga tidak mampu memecah tingkatan rintangan yang sudah terjadi.

Sebagai contoh, jika anda menjumpai corak Segi tiga, ada kemungkinan harga akan meneruskan perjalanannya.

Sebagai contoh, bila anda menjumpai corak Segi Empat Tepat, arah harga akan datang adalah tidak dapat dijangka.
Kriteria pengesahan corak carta

Corak secara asasnya tidak bermakna apa-apa. Setiap pedagang melihat carta dalam cara mereka sendiri dan mungkin menemui corak di mana pedagang yang lain tidak nampak. Tidak semua yang nampak seperti corak adalah satu corak.
Corak tidak meramal — mereka mencadangkan. Tiada ketepatan 100% dalam analisis teknikal, kerana pasaran dipengaruhi oleh banyak perkara tidak dijangka. Unuk mengurangkan ketidakpastian, corak perlu memenuhi beberapa keadaan — setiap satunya menaikkan peluang ia akan terjadi.
Akan tetapi, corak yang sempurna mengikut buku masih tidak terjadi, disebabkan banyak perkara-perkara yang kita tidak dapat jangka dan pembolehubah yang kita tidak boleh kira.
Dalam jadual di bawah, anda boleh melihat dengan lebih dekat kriteria pengesahan corak berbeza, setiap satu adalah penting sebelum mengambil keputusan.
Carta vs candlestick vs corak jurang
Corak carta adalah jenis corak paling biasa. Mereka boleh ditemui pada hampir semua jenis carta.
Corak candlestick hanya berfungsi dengan jenis carta candlestick.
Corak jurang adalah unik kerana mereka berfungsi dengan baik dalam aset yang didagangkan dalam bursa klasik seperti Nasdaq atau Bursa Saham Bombay. Bursa-bursa ini mempunyai jam dagangan tetap, dan carta dikemas kini secara langsung.
Selepas loceng berbunyi, dagangan awam berhenti dan elemen carta baharu muncul hanya pada pembukaan pasaran pada esok hari atau minggu hadapan. Selepas pemberhentian seperti ini, jurang akan terbentuk.

Dalam jadual ini, anda boleh membandingkan semua jenis carta tersedia di TradingView dalam bentuk kesesuaian mereka dengan jenis corak berbeza.

Alatan lukisan corak carta
Jika anda menjumpai corak carta, anda akan mahu menyerlahkannya untuk analisis seterusnya. Anda boleh melakukan ini dengan alatan lukisan kami yang terletak pada bar alat kiri pada Carta Super.

Dari situ, anda boleh memilih salah satu daripada alatan lukisan tersedia, setiap satu direka khusus untuk corak carta berbeza.
Penunjuk corak carta
Mengenalpasti corak adalah proses yang mengambil masa. Anda juga boleh mengakses penunjuk corak carta automatik yang mengenali corak merentasi Carta Super dan membantu dengan analisis pasaran anda.
Anda boleh menjumpai mereka dalam menu lungsur turun "Penunjuk" pada bar alat atas. Kemudian pergi ke "Teknikal" dan klik "Corak."
Lebih butiran mengenai setiap corak dan penunjuk boleh ditemui dalam Pusat Pengetahuan kami.
Kesimpulan
Satu pendekatan biasa apabila bermula untuk menganalisa carta adalah dengan mencari corak. Mereka boleh memberitahu anda lebih banyak mengenai harga aset, balikan yang mungkin, penerusan dan sama ada arah akan datang tidak jelas — tetapi tiada apa dalam pasaran yang adalah pasti.
Mereka selalunya membentuk bentuk yang dikenali, yang boleh dijumpai pada pelbagai jenis carta tersedia di TradingView.
Corak dengan sendirinya tidak menjamin harga akan mengikuti arah yang dicadangkan. Kami menasihatkan anda menggunakan mereka sebagai tambahan kepada pendekatan analikal anda.
Untuk corak yang anda temui, anda boleh menyerlahkan mereka dengan alatan lukisan. Selain daripada itu, penunjuk automatik boleh menjimatkan masa anda semasa anda melakukan analisis unik anda.
Kami mencadangkan anda bergantung sepenuhnya pada corak dan sebaliknya belajar mengenai instrumen dagangan lain untuk mendapatkan pandangan lebih meluas dan jelas mengenai pasaran.
Juga baca: