Asas analisis teknikal dengan TradingView
Analisis teknikal adalah satu pendekatan digunakan untuk menilai kebarangkalian harga satu aset bergerak dalam arah tertentu dan mencapai tingkatan tertentu. Penganalisa menggunakan Carta Super dan pelbagai alatan untuk memvisualkan dan mempelajari mengenai harga dan data volum dari bursa.
KANDUNGAN:
- Apakah analisis teknikal
- Analisis teknikal vs analisis asas
- Komponen utama analisis teknikal
- Ciri analisis teknikal TradingView
Apakah analisis teknikal
Analisis teknikal mengandaikan dengan mempelajari masa lalu, kita boleh meramalkan masa depan, tetapi adalah ini benar dan adakah ia berfungsi? Mari kita terjun ke dalam apakah analisis teknikal dan bagaimana anda boleh menggunakannya untuk menavigasi pergerakan harga.
Penganalisa teknikal juga dipanggil ahli pencartaan (chartists) kerana carta anda teknik pemvisualan utama digunakan dengan penggunaan alatan.
Ahli pencartaan menggunakan jenis carta berbeza, mencari corak carta dan menetapkan Pemberitahuan Pemberitahuan TradingView untuk melakukan keputusan termaklum dan mengambil dagangan mengikut masanya.
Dua komponen utama analisis teknikal didasarkan adalah harga dan volum dagangan.
Penunjuk teknikal boleh dibina pada hubung kait antara harga dan volum, pelbagai titik harga dan kadar di mana harga berubah dari masa ke semasa, iaitu ketidakstabilan dan banyak lagi.
Kita akan pergi ke konsep asas analisis teknikal dan alatan dagangan yang ahli pencartaan gunakan untuk mencari titik masuka terbaik untuk "buy the dip" dan titik keluar untuk "sell the rip."
Kelebihan utama analisis teknikal adalah ia boleh digunakan untuk tempoh masa ramalan berbeza dan aset. Pedagang menggunakannya untuk pelaburan jangka panjang dan dagangan jangka pendek.
Pelbagai instrumen teknikal dan teknik membantu pedagang mencari strategi dagangan unik mereka.
Sebagai contoh, pedagang boleh melakukan dagangan jangka pendek pada carta lilin 5 minit atau menyelidiki carta garis bulanan untuk pelaburan — kedua-duanya dengan penunjuk dan alatan lukisan berbeza.
Akan tetapi, ada batasan untuk menggunakan beberapa alatan dan instrumen teknikal, kerana beberapa aset masih belum berkembang secukupnya.
Sebagai contoh, menganalisa Bitcoin pada rangka masa bulanan tidak akan menjadi begitu bermaklumat seperti emas dengan input yang sama.

Untuk meminimunkan kebarangkalian melakukan kesilapan, ada beberapa teknik pencartaan yang boleh membantu anda mencari percanggahan dalam harga aset dengan menganalisa prestasinya.
Satu daripadanya adalah carta lilin, yang membantu mengenalpasti harga yang mana beberapa pedagang membeli aset, walaupun daripada perspektif analitikal, tiada sebab kukuh untuk melakukannya.
Untuk mengukur sentimen pasaran, ahli pencartaan melihat dengan dekat sebutan aset di media sosial, kerana analisis teknikal boleh mengambil kira data ini untuk mencari perubahan dalam minat awam.
Disebabkan itu, analisis teknikal bukan hanya mengenai nombor tertentu — ia adalah langkah ke hadapan dalam menilai daya tarikan aset dari sudut berbeza. Akan tetapi, ia berfungsi dengan terbaik selepas mengkaji metrik asas.
Analisis teknikal vs analisis asas
Hari ini, tiada pertembungan besar antara penganut analisis teknikal dan analisis asas. Mereka hidup bersama, dan pedagang dan pelabur selalunya menggunakan kedua-dua kaedah.
Sasaran utama analisis asas adalah untuk menilai sama ada harga semasa satu aset adalah saksama dan berkolerasi dengan nilai intrinsiknya. Ia menggunakan data kewangan syarikat — seperti perolehan, dividen dan pemisahan saham — sebagai sumber utaman untuk anggarannya.
Dengan mata wang kripto, mungkin ia tiada syarikat (seperti Bitcoin) yang laporean boleh dikaji. Tetapi ada tokenomics dan rangka kerja penilaian, kedua-duanya yang mengkaji asas syiling dan token seperti bekalan beredar, penguasaan mengikut permodalan pasaran dan fully diluted valuation (FDV).
Ada beberapa peristiwa seperti pemisahan (halving), apabila pelombong mula menerima separuh daripada ganjaran yang mereka gunakan, yang boleh mempengaruhi harga syiling.
Juga, ada kertas putih (whitepaper), dokumen asas mata wang kripto yang menjelaskan aspek ekonomi dan teknikalnya.
Seperti yang anda sudah ketahui, analisis teknikal adalah lebih tepat dengan selang masa lebih pendek. Ia amat diperlukan untuk membantu pedagang mencari titik masuk dan keluar untuk dagangan mereka.
Tetapi untuk menilai kekuatan sesebuah syarikat dan bagaimana prestasinya dengan beberapa keadaan dunia nyata, analisis asas menjadi pilihan yang lebih digemari.
Satu pendekatan biasa adalah: Asas dahulu / Kemudian teknikal.
Komponen utama analisis teknikal
Pencartaan adalah pembelajaran komprehensif untuk aset boleh didagangkan. Untuk menganalisa mereka, pedagang melihat pada pelbagai data dan menggunakan instrumen berbeza.
Harga, volum dan ketidakstabilan
Metrik-metirk berikut adalah sangat berhubung kait, dengan setiap satu mempengaruhi yang lain. Mereka merupakan asas kepada analisis teknikal.
- Harga: Ditentukan pada bursa, di mana pembeli dan penjual mendagangkan aset — harga di mana mereka setuju adalah apa yang anda lihat pada Carta Super. Apabila anda melakukan dagangan, harga yang anda beli atau jual direkodkan dan dipaparkan kepada yang lain untuk memberitahu keputusan mereka
- Volum: Bilangan aset didagangkan sepanjang satu tempoh tertentu. Sentiasa diukur dalam unit aset — bukan dalam harga mereka (cth., bilangan kontrak untuk saham, bilangan syiling untuk kripto). Kenaikan mendadak dalam volum selalunya akan membawa kepada perubahan harga. Penyimpangan lebih tinggi dalam volum adalah berdasarkan kepada minat yang menaik dari peserta pasaran, yang akan menyebabkan pengurangan bekalan atau tawaran atau lebihan, yang menyebabkan perubahan harga
- Ketidakstabilan: Ukuran perubahan harga merentasi satu tempoh masa. Ia memberikan kita pemahaman tentang tingkatan risiko dan keuntungan satu aset. Aset turun naik tinggi boleh membawa keuntungan lebih besar tetapi juga kerugian yang teruk daripada aset dengan turun naik lebih rendah
Apabila anda mempelajari asas harga, volum dan ketidakstabilan, dan bagaimana mereka berhubung kait, anda akan dapat membaca jenis carta dan penunjuk teknikal dengan lebih mudah, menjadikan analisis anda lebih ringkas.
Jenis carta
Kaedah pemvisualan dalam memaparkan harga dan data tambahan boleh dikategorika secara meluas ke dalam satu daripada kategori berikut:
- Jenis carta klasik: Garis, bar dan carta candlestick adalah paling selalu digunakan untuk kesederhanaan dan kelengkapannya
- Jenis carta termaju: Mengandungi carta Session Volume Profile dan carta Time Price Opportunity, mereka mempunyai penunjuk terbina dalam untuk meningkatkan analisis anda
- Jenis carta intrahari: Digunakan untuk dagangan jangka sangat pendek dan pendek untuk mendapatkan keuntungan dari perubahan harga kecil. Pedagang menggunakan mereka untuk mendapatkan keuntungan daripada bilangaan dagangan sepanjang sesi dagangan atau dari perubahan kecil dalam harga dengan posisi besar
Penunjuk teknikal
Penunjuk TradingView adalah alatan digunakan untuk menilai perubahan harga dan volum untuk mengenalpasti titik masuk dan keluar untuk dagangan, mengukur ketidakstabilan dan menganggarkan kebarangkalian perubahan harga masa depan, penerusan trend atau potensi balikan trend.
Berdasarkan kepada di mana mereka dipaparkan, penunjuk selalunya dikelaskan kepada:
- Tindanan (overlay): Diplotkan terus pada Carta Super
- Pengayun (oscillator): Ditunjukkan dalam tetingkap berasingan
Juga, mereka boleh dikelaskan mengikut tujuan mereka:
- Penunjuk momentum indicators: Menyediakan pedagang dengan maklumat mengenai sepantas mana harga bergerak, mengukur kadar perubahan. Mereka digunakan untuk mengenalpasti kekuatan trend dan potensinya untuk penerusan
- Penunjuk ketidakstabilan: Menjejak naik turun harga aset dari masa ke semasa. Digunakan untuk mengenal pasti tempoh pemampatan atau pengembangan
- Penunjuk berasaskan volum: Mengesahkan trend harga mengikut hubungan antara pergerakan harga dan volum dagangan, kerana trend hanya boleh diwujudkan pada asas volum tinggi
- Penunjuk Trend: Menapis hingar pasaran dengan mendedahkan arah aliran asas dan zon sokongan dan rintangan tempatan
Berdasarkan keadaan asal mereka, kita boleh mengkategorikan penunjuk teknikal kepada:
- Penunjuk klasik: Dibangunkan semasa tahun-tahun asas analisis teknikal. Mereka adalah Moving Averages, MACD, RSI dan lain-lain
- Penunjuk hibrid: Menggabungkan pelbagai fungsi kepada satu sistem tunggal. Penunjuk berkenaan adalah Ichimoku Cloud, Williams Alligator, Average Directional Index (ADX) dan Chande Kroll Stop
- Penunjuk komuniti: Dibina dengan Pine Script® — satu bahasa pengaturcaraan dibangunkan oleh TradingView — bilangan penunjuk dan strategi komuniti semakin berkembang pesat. Setiap pengguna TradingView boleh membawa visi mereka dan berkongsi pendekatan dagangan mereka dengan yang lain untuk menilai kecekapannya
Hari ini, ada sangat banyak penunjuk, jadi pengelasannya boleh menjadi tersangat banyak.
Trend, sokongan dan rintangan
Ini adalah tingkatan harga dikenalpasti oleh pedagang sebagai maksimum dan minimum tempatan untuk tempoh masa tertentu.
- Trend: Arah utama pergerakan harga, ditunjukkan oleh tinggi dan rendah lebih tinggi (higher high and low) dalam arah menaik (uptrend), tinggi dan rendah lebih rendah (lower highs and lows) dalam arah menurun (downtrend) atau julat konsisten dalam trend ke sisi (sideways). Ia disahkan oleh corak pergerakan harga ini yang diulang semula
- Sokongan: Julat harga terendah tempatan yang memegang harga di atas nilai tertentu, menyokong pergerakan sama ada ke sisi atau menaik
- Rintangan: Julat harga tertinggi tempatan yang mengekalkan harga di bawah nilai tertentu, mengelakkannya dari naik lebih tinggi atau menukar arah
Corak harga
Ahli pencartaan percaya bahawa formasi carta berulang berkemungkinan besar akan diikuti oleh pergerakan harga khusus.
Beberapa corak boleh berfungsi dengan jenis carta berbeza (cth., formasi balikan Kepala dan Bahu berfungsi untuk kedua-dua carta garis dan candlestick).

Beberapa corak adalah unik kepada candlestick dan berfungsi hanya dengan jenis carta ini. Sebagai contoh, For example, Rising Three Methods — bulis adalah corak 5 lilin, yang mencadangkan harga berkemungkinan meneruskan pergerakan ke atasnya.

Kedua-duanya adalah satu daripada teknik utama digunakan oleh ahli pencartaan untuk dagangan yang berjaya.
Selang masa carta
Selang masa carta boleh jadi berdasarkan masa atau harga. Ia adalah jenis carta yang menentukan asas untuk pengiraan.
Selang masa mengira masa adalah asas mereka untuk memaparkan elemen carta baharu. Apabila satu set masa berlalu, elemen baharu muncul.
Sebagai contoh, carta garis, bar dan candlestick paling umum adalah berdasarkan masa. Tidak kira betapa sengit atau buruk aktiviti dagangan dalam tempoh masa diberikan, carta memplot titik harga/bar/lilin baharu dengan frekuensi tetap (cth., setiap 15 minit, 4 jam, 1 hari, 1 minggu dll).
Jenis carta berasaskan harga (cth., Renko, Kagi atau bar julat) tidak memfaktorkan masa tetapi menggunakan harga sebagai sumber untuk memplot bentuk carta mereka.
Sebagai contoh, tidak mengira sebanyak mana masa sudah berlalu, elemen carta baharu muncul hanya bila ada perubahan dalam nilai mutlak carta (cth., harga aset, perubahan metrik kewangan), nilai carta dalam peratusan atau pengiraan penunjuk ATR.
Dengan TradingView, anda boleh memilih dari banyak selang masa dagangan lalai dan standard (cth., 15 minit, 4 jam, 1 hari, dll.) atau mengkonfigurasikan or configure your selang masa carta tersuai.
Alatan lukisan
Berikut adalah instrumen didorong pengguna digunakan terus pada Carta Super untuk memeta tingkatan utama minat, zon sokongan dan rintangan, corak harga dan banyak lagi.

Analisis teknikal adalah berdasarkan visual. Disebabkan itu kami mengesyorkan mengkaji alatan lukisan, bagaimana mereka berbeza antara satu sama lain dan mempelajari bagaimana menggunakan mereka untuk mengenalpasti titik masuk dan keluar terbaik.
Sentimen pasaran
Tidak seperti analisis asas, analisis teknikal mensasarkan untuk memahami gelagat dan psikologi pedagang.
Sentimen pasaran adalah keadaan minda peserta pasaran yang mendedahkan dirinya dalam aktiviti dagangan mereka. Sentimen boleh menjadi bulis, bearis atau tidak pasti — apabila pasaran berada pada persimpangan.
Sentimen (kebanyakannya) tidak ketara. Akan tetapi, ada beberapa instrumen dan penunjuk yang boleh membantu mengukur mood pedagang:
- Advance/Decline Line: Menunjukkan sebanyak mana saham semakin menaik berbanding sebanyak mana yang meurun pada setiap hari. Ia menunjukkan sama ada "orang ramai" adalah yang sebenarnya berada di belakang trend
- Cumulative Volume Index (CVI): Menunjukkan jumlah perjalanan perbezaan antara bilangan saham menaik dan menurun. Ia membantu mengesahkan trend menerusi volum penyertaan
Tidak mengira semua penunjuk dan metrik, kadang-kala apa yang memacu pasaran adalah kepercayaan pedagang, kerana pasaran mengikut tindakan mereka. Sebagai contoh, penunjuk momentum, termasuk RSI, mungkin memberikan isyarat bacaan terlebih beli untuk masa tersebut tetapi pasaran masih boleh terus berkembang.
Idea komuniti kami dapat membantu anda memahami pemikiran rakan pedagang anda, pemahaman mereka terhadap pasaran dan jangkaan mereka.
Selain daripada itu, anda boleh mempelajari bagaimana menggunakan Minda, satu sembang langsung semasa mencarta, untuk kekal disambungkan kepada rakan pedagang anda. Apabila anda menerokai pasaran, anda boleh mengakses, katakan, minda pada S&P 500, dan kemudian meneruskan penyelidikan anda.
Jika anda mendagangkan kripto, gunakan penapis "Sentimen" dalam Penyaring Syiling Kripto untuk melihat apa yang pedagang lain sedang fikirkan, dalam keadaan diukur.
Ciri analisis teknikal TradingView
TradingView datang dengan segalanya yang kita sudah pelajari — dan banyak lagi. Tetapi analisis teknikal tidak terhad kepada penunjuk, jenis carta, corak atau selang masa. Ciri utama TradingView untuk analisis teknikal ialah Carta Super. Mereka mengandungi ratusan penunjuk terbina dalam dan alatan lukisan, dan membenarkan anda memilih dari pelbagai rangka masa.
Untuk membantu anda memahami keadaan semasa aset, halaman simbol kami menunjukkan gambaran keseluruhan bacaan penunjuk teknikal utama untuk setiap aset merentasi selang masa dipilih. Sebagai contoh, anda boleh mengakses teknikal Nifty 50 terus dari halaman simbolnya, hanya klik "Teknikal," dan pilih selang masa disukai.
! Penting: Jika anda menukar sumber data, teknikal akan berubah walaupun aset masih sama. Berwaspada apabila bergantung terlalu condong kepada pengiraan automatik, kerana mereka mungkin bertentangan dengan strategi dagangan anda.
Tambahan kepada teknikal, analisis komprehensif termasuk mempelajari asas aset. Untuk itu, kami menawarkan anda alatan seperti Penyaring Saham, Kalendar Ekonomi dan Aliran Berita.
Seperti disebutkan sebelumnya, sentimen menggerakkan pasaran — jadi anda boleh membaca apa yang pedagang lain fikirkan dengan menerokai idea komuniti dan menggunakan Minda untuk berhubung dengan yang lain pada satu aset tertentu.
Juga ada Pine Script®, satu bahasa pengaturcaraan unik digunakan untuk menulis penunjuk dan strategi tersuai yang boleh ditambahkan kepada Carta Super anda dan digunakan dalam analisis teknikal.
Kesimpulan
Keputusan dijangkakan dari kajian menyeluruh adalah satu strategi efektif yang boleh memberi kebaikan kepada anda pada jangka panjang.
Analisis teknikal adalah satu kawasan kepakaran yang luas yang memerlukan pemerhatian dan keinginan anda untuk menyesuaikan diri. Tiada strategi yang mutlak, jadi sentiasa sedia untuk melaraskan strategi anda.
Kegagalan tidak dapat dielakkan, jadi gunakan teknik risiko dan pengurusan wang — mereka adalah penting untuk bertahan dalam keadaan pasaran sebenar.
Kami mengambil berat mengenai komuniti kami dan menggalakkan anda untuk menjadi lebih baik pada dagangan hari ini daripada semalam.
Sebelum anda bermula dan menghubungkan broker anda, kami mencadangkan anda berlatih dengan Dagangan Kertas TradingView — pensimulasi dagangan tanpa risiko yang membenarkan anda membangunkan taktik anda sendiri, membuktikan keberkesanannya dan selepas itu barulah anda masuk ke dalam dagangan dan pelaburan.
Juga baca: