HAL: Cuba Melepasi RintanganSaham syarikat Halliburton dilihat bergerak membuat kenaikan beberapa hari dagangan yang lalu
Terkini pergerakan harga saham syarikat terbabit dilihat menguji kekuatan rintangan SBR yang selari dengan MA50 mingguan
Volum dilihat tinggi ketika harga bergerak membuat kenaikan menunjukkan terdapatnya minat belian
Walaubagaimanapun lilin hari terakhir dagangan dilihat membentuk candle hijau dengan bayang atas
Lilin dua hari sebelumnya juga dilihat membentuk corak 'piercing' menghalang kenaikan harga melepasi rintangan
Selagimana harga belum memecahkan rintangan masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan
Ke manakah halatuju harga seterusnya sama-sama kita perhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
idea dagangan HALCL
HAL: Mendekati SokonganSaham syarikat Halliburton dilihat membuat kejatuhan sejak beberapa minggu dagangan yang lalu
Terkini, pergerakan harga dilihat mendekati sokongan saluran menaik yang juga selari dengan sokongan dinamik MA50 mingguan
Volum kejatuhan dilihat semakin berkurang namun dilihat tidak selari dengan pembentukan lilin mingguan
Selagimana harga tidak memecahkan saluran menaik harga dikatakan masih cenderung untuk membuat kenaikan
Walaubagaimanapun masih belum terdapat sebarang petanda perubahan pergerakan harga dilihat terbentuk
Mampukah harga membuat kenaikan semula atau memecahkan sokongan? Sama-sama kita perhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
HAL: Mampukah Melepasi Rintangan?Halliburton Company dilihat bergerak mendatar sejak beberapa minggu dagangan yang lalu menguji kawasan rintangan
Terkini harga dilihat tutup dengan lilin hijau beserta volum, cuba menguji kekuatan untuk melepasi kawasan rintangan
Pergerakan harga secara jangka masa panjang dikatakan masih lagi cenderung melakukan kenaikan selagimana tidak memecahkan saluran menaik
Harga dilihat disokong oleh MA20 harian sebagai sokongan dinamik harian terdekat namun sudah mula mencapah dari garisan MA20 mingguan
Petunjuk RSI harian dilihat berada di paras positif belian menunjukkan kehadiran momentum namun RSI mingguan dilihat sudah memasuki kawasan 'overbought'
Mampukah harga meneruskan kenaikan? Sama-sama kita perhatikan.
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!