hii trader... seba sedikit analisa NASDAQseperti yg anda semua lihat... nasdaq sedang membuat ATH (All time high yg baru) trending up.. tapi ada 1 reversal candle daily dah kluar... kalau perkiraan fibo gann fan ni betul price maybe akan hit 10000 dahulu sebelum retrace ke 32% fibo retrace.. ini cuma perkongsian dan bukannya signal.. sila Analysis semula.. thnaks and have a nice day fellas..
idea dagangan US100
Nasdaq 100 ada bentuk PembalikanSeperti indeks Dow Jones, 100 syarikat teratas senarai papan bursa Nasdaq juga menunjukkan ada minat pembelian. Kedudukan ini disokong dengan pembentukan tindik berkembar dan tukul (hammer) pada hari sebelumnya. Jika silangan Stocha menjadi pada minggu ini, harga dijangka akan menaik. Bagaimanapun trader perlu berhati-hati dengan 'gap cover' yang mungkin akan berlaku.
TP1: 8400
TP2: 8450
SL1: 8250
SL2: 8200
GOLD memasuki fasa penentuKajin kita pada 4-NOV-2019, kita jangkakan dia akan memasuki zon penentu (8250-8272)
Seperti mana dapat dilihat sekanga, memang ianya dah masuk dan reject ke bawah...
Jadi siapa yang masuk order SELL pada zone boleh set BE dahulu
Lepas itu kita ikuti perkembangan news, takut ada gangguan...
Seperti memulakan penurunanPENAFIAN:
Aktiviti pelaburan/dagangan di pasaran saham, comoditi dan matawang melibatkan risiko dan tidak sesuai kepada semua orang.
Toleransi terhadap ganjaran mahupun risiko perlu difahami sebelum memulakan aktiviti pelaburan dan dagangan di pasaran saham.
Peringatan ini dibuat hanya sekadar perkongsian idea dan tiada saranan untuk membeli atau menjual sesuatu saham.
Segala risiko atau ganjaran daripada transaksi pelaburan keatas dagangan saham adalah dibawah tanggungjawab anda sendiri.
Tiada keuntungan tetap atas setiap pelaburan dan juga prestasi lampau tidak akan menjanjikan prestasi yang sama pada masa akan datang
NASDAQ 100 KEKAL DALAM MOD BULLISHWalaupun prestasi kelihatan lemah Jumaat lepas - kami percaya rentak kenaikan harga untuk Nasdaq 100 masih berada di dalam jurang permainan - memandangkan tiada pembangunan yang memberi petunjuk kelemahan yang kuat dilihat di bawah garisan uptrend. Pada peringkat ini, kecenderungan untuk kenaikan harga dipertengahkan dalam penampilan corak candlestick "Bullish Harami" dan "Gap Up".
Seperti yang dapat dilihat menerusi landskap teknikal secara keseluruhannya, carta menunjukkan bahawa garisan biru MA 50 hari kelihatan kukuh melepasi garis merah MA 200 hari memberikan pandangan yang positif. Dalam masa terdekat, kami jangkakan kenaikan menguji paras rintangan tertinggi sekitar 8,000 pts.
NASDAQ 100 MENINGKAT LEBIH TINGGINasdaq 100 dilanjutkan bias menaik yang kita lihat dalam corak "Bullish Harami" candlestick bulan lepas untuk mengelakkan pembetulan selanjutnya. Index terus berlegar dengan mantap di atas garis trend menaik (berasal daripada paras terendah pada bulan Jun dan Disember 2018) dan bermakna 200 hari garis MA. Ini menunjukkan bahawa aliran menaik keseluruhan kekal dalam permainan.
Selaras dengan momentum yang berterusan - terutamanya selepas kemunculan "Gap Up" corak kesinambungan minggu lepas - kami menjangkakan untuk Nasdaq 100 untuk menguji 8,000-pt paras tanda rintangan yang tinggi dalam masa terdekat. Pandangan kami juga disokong oleh momentum yang semakin meningkat dilihat di “Slow Stochastic" pengayun, memandangkan garis biru situating kukuh melepasi satu merah.
LEBIH BANYAK POTENSI GERAKAN KE ATAS OLEH "NASDAQ 100"Kelihatan tanda “Gap Up” pada carta “Nasdaq 100” yang menunjukan bahwa libasan arus “bullish” mungkin akan berterusan. Melihat kepada momentum ketika ini, bardasarkan bacaan “Technical Analysis – TA”, kami percaya bahawa keberangkalian agak tinggi untuk index ini memecah rintangan kuat pada aras 7,852 poin. Pandangan positif ini disokong oleh tanda “bullish” pada “Slow Stochastic Osillator” – dimana garisan biru kini berada di atas garisan merah.
Secara keseluruhan, “uptrend” jangka masa lama terus kekal, dan mungkin akan lebih banyak gerakan kea rah utara di masa akan datang. Fakta “positive outlook” dimana garis biru “50-day MA” kini berada di atas garis merah “200-day MA” menyokong pandangan positif tersebut.
Sokongan pertama dilihat pasa 7,700 poin dan 7,500 poin. Sebaliknya, rintangan kuat berada pada aras 7,852 poin.
5-APR-2019: NAS100 masih ada ruang untuk mendaki tapi...PENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.
OANDA:NAS100USD
ANALISIS (berdasarkan carta 1D)
1. Trend keseluruhan masih menampakkan kenaikan( Trendline Putih)
2. MA mengembang ke atas dan masih menunjukkan uptrend. Harga semasa berada diatas garisan merah.
3. RSI berada di dalam kawasan 50 - 70 (Uptrend Zon)
4. MACD berada diatas 0 (Uptrend Zon)
5. Harga dilihat bergerak dan boleh dikatakan membentuk UPWARD CHANNEL.
JANGKAAN
1. Melihat daripada trendline , menampakkan yang market masih lagi belum menunjukan tanda2 untuk berpatah balik ke bawah (buat masa ini)
2. Harga pula masih berada di atas MA dan tidak ada momentum untuk turun buat seketika, ini kerana dia nya tidak berjaya memecahkan garis MA kuning.
3. RSI masih lagi berlegar didalam kawasan uptrend dan ini menandakan harga mungkin masih berpeluang untuk naik sehingga ke paras R1 (7600), sekiranya paras 7600 ini juga berjaya dipecahkan dengan momentum yang kuat, maka kita akan dapat melihat pembentukan NEW HIGH.
4. Melihat pada MACD , terdapat cross pada signal namun cross ini berada di atas paras 0 namun dapat dilihat bukaan crossing yang dibetuk adalah sangat kecil. Ini memberikan petanda kenaikan mungkin akan berlaku tetapi tidak akan terlalu besar.
5. Harga sekarang berada diatas paras psikologi (7500) dimana kemungkinan harga akan menguji paras ini, sekiranya paras ini dapat dipecahkan dengan marubozu yang kuat ke bawah ini boleh menyebabkan harga jatuh sehingga ke paras S1 (7300) namun sekiranya harga turun ke paras 7500 ini dan melantun ke atas... harga akan naik keatas dan dijangkakakn boleh mencecah ke paras 7600
6. Sila berikan perhatian kepada NEWS pada malam ini (NFP) dimana news ini sangat-sangat mempengaruhi pergerakan bukan sahaja pada hari ini malahan ia akan mencorakkan pergerakan keseluruhan pasaran US untuk sebulan.
STRATEGI / TRADING PLAN
1. Berdasarkan strategi yang saya gunakan (Intradaya & Short Swing) secara keseluruhan, saya melihat pasaran masih dalam keadaan BULLISH, NAMUN seperti dinyatakan ruang untuk naik kemungkinan sehingga 7600.
2. Adalah digalakkan untuk mengelak daripada memasukki NAS buat masa ini sehingga news diumumkan pada 8.30 malam ini (waktu Malaysia)
3. Secara peribadi saya masih optimis market akan NAIK dengan syarat terdapat reaksi ketara di paras PSIKOLOGI 7500 ...namun pandangan ini boleh berubah kepada TURUN sekiranya paras ini boleh dipecahkan dengan marubozu candle 4H.
KESIMPULAN KESELURUHAN
NAIK Seketika untuk mencari momentum TURUN YANG BESAR
Semoga bermanafaat.
BONUS
Cuba cari pembelajaran didalam chart ini...semoga membantu
18-Mac-2019: PEMBELAJARAN 2 - STRUKTUR PASARAN & TREND (ASAS)PENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.
Dengan lafaz bismillah...
Assalamualaikum dan selamat malam...
Hari ini saya ingin berkongsi sedikit sesi pembelajaran. Seperti biasa ianya adalah untuk mereka yang newbie/zerobie. Sekiranya anda bukan newbie/zerobie mungkin ini tidak sesuai untuk anda, namun tiada salahnya untuk ulangkaji asas.
Untuk pembelajaran struktur ini saya akan bahagikan kepada 2 bahagian iaitu ASAS dan ADVANCE
Kenapa memahami asas struktur pasaran ini penting?
1. Memudahkan untuk menentu halatuju.
2. Memudahkan untuk kajian peringkat seterusnya (FIBO) yang ni ramai nak tau.
3. Tanpa pengetahuan dalam "struktur" menyebabkan kesilapan semasa menandakan FIBO line.
BAHAGIAN 1
Baiklah tanpa membuang masa kita rujuk gambarajah dibawah:
Gambar ini menunjukkan fasa-fasa di dalam pembentukkan struktur pasaran. Jadi saya akan terangkan secara ringkas berkenaan fasa ini.
1. FASA UPTREND
- Pada fasa ini harga bergerak dan membentuk gelombang yang bergerak dalam keadaan menaik .
- Ini menunjukkan pasaran sedang bergerak keatas (UP/BULLISH)
- Adalah sangat penting untuk kita mengetahui istilah yang biasa digunakan semasa membincangkan fasa ini.
- Kebiasaan pelabur tidak menggunakan istilah lengkap dan hanya bercakap dalam short form
- Antara istilah penting adalah
H - High , L - Low , HH - Higher High , HL - Higher Low
- HH - apabila New high adalah LEBIH TINGGI dari H yang sebelumnya
- HL - apabila Low yang terbaru adalah berada LEBIH TINGGI dari Low sebelumnya.
2. FASA SIDEWAYS
- Pada fasa ini harga bergerak dan membentuk gelombang yang bergerak dalam keadaan sekata .
- Ini menunjukkan pasaran sedang tidak dapat menentukan samaada ke atas atau ke bawah
- Kebiasaannya pada fasa ini juga pergerakan akan membentuk CHANNEL
- Sekiaranya harga berjaya keluar dari channel dengan momentum, barulah ada trend yang akan terbentuk.
- Selalunya newbie tidak digalakkan untuk memasuki pasaran pada fasa ini ... sabar la bro/sis... tgu ada pergerakan significant baru kita masuk untuk elak melebur.
3. FASA DOWNTREND
- Pada fasa ini berlawanan dengan fasa 1 dimana gelombang bergerak dalam keadaan menurun .
- Ini menunjukkan pasaran sedang bergerak ke bawah (DOWN/BEARISH)
- Disini pula ada istilah yang kebiasaannya akan gunakan dan perlu untuk kita tahu.
- Antara istilah penting adalah
H - High , L - Low , LH - Lewer Highh , LL - Lower Low
- LH - apabila New high adalah LEBIH RENDAH dari H yang sebelumnya
- LL - apabila Low yang terbaru adalah berada LEBIH RENDAH dari Low sebelumnya.
So anda rasa mcm mana? Sekiranya anda baru pertama kali dengar perkataan ini, x payah la sibuk nk fokus carik DT/DB/IHNS/HNS/CNH
BAHAGIAN 2
Jadi kita teruskan dengan bahagian 2 dimana dibahagian ini kita akan melihat apakah yang dikatakan struktur (Structure)
- yang ni la bahagian penting untuk tau betul ka fibo yang kita tanda
- Mari lihat gambarajah dibawah:-
Rajah ini adalah gambaran keseluruhan apabila fasa2 diatas digabungkan... setiap fasa pergerakan akan terdiri daripada pergerakan seperti didalam rajah diatas.
Adalah penting untuk mengetahui pada Sela masa (Time frame) berapakah yang sesuai untuk kita melihat struktur?
- Kebanyakan penganalisis berpendapat sela masa yang sesuai adalah 4H dan ke atas , ini kerana trend keseluruhan dapat dilihat dengan jelas pada sela masa tersebut dan tidak banyak "FALSE SIGNAL" .
-daripada rajah juga adalah penting untuk kita melihat pada struktur uptrend/downtrend disinilah sebenarnya kita boleh melukiskan garisan FIBO untuk menentukan ENTRY yang tepat dalam setiap keputusan perdagangan yang kita ambil.
Jadi, rasanya cukup dulu untuk perkongsian kali ini, saya akan sambung pada pembelajaran 3 : STRUKTUR PASARAN & TREND (ADVANCE)
takda la advance mana pun nnti.
Sekian untuk perkongsian, semoga bermanafaat.
17-Mac-19: NAS masih kelihatan BullishPENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.
OANDA:NAS100USD
Analisa: (berdasarkan carta 4H)
1. Trend keseluruhan menampakkan kenaikan(Trendline Putih)
2. MA semakin mengembang ke atas dan masih menunjukkan uptrend.(Setelah bermain disekitar MA kuning)
3. RSI berada di dalam kawasan 50 - 70 (Uptrend)
4. MACD berada diatas 0
5. Untuk minggu lepas harga seolah-olah bermain di dalam channel selama seminggu dan sekarang bermain di lower band channel.
Jangkaan:
1. Melihat daripada trendline, menampakkan yang market masih lagi belum menunjukan tanda2 untuk berpatah balik ke bawah (buat masa ini)
2. Harga pula masih berada di atas MA dan tidak ada momentum untuk turun buat seketika, ini kerana dia nya tidak berjaya memecahkan garis MA kuning.
3. RSI masih lagi berlegar didalam kawasan uptrend dan ini menambahkan keyakinan bahawa harga masih akan naik untuk mencari R1 dan R2.
4. Melihat pada MACD, terdapat cross pada signal namun cross ini berada di atas paras 0 dan hanyalah menunjukkan penurunan sementara dan menampakkan pasaran masih mencari momentum untuk ke atas.
5. Harga pada jumaat lepas masih melantun di channel lower band dan lower band ini selari dengan garisan MA...ini menandakan ianya adalah support yang sangat kuat.
6. Sila berikan perhatian kepada NEWS pada hari KHAMIS yang mungkin boleh mempengaruhi pergerakan keselurahan pasaran US.
Strategi / trading plan:
1. Berdasarkan strategi yang saya gunakan (Intradaya & Short Swing) secara keseluruhan, saya melihat pasaran masih dalam keadaan BULLISH.
2. Namun beberapa indicasi awal perlu diberikan perhatian terutamanya channel dimana ianya adalah penentu kepada pergerakan 18/3/2019 - 22/3/2019
3. Harus diingat juga terdapat satu news yang tidak kurang hebat pada minggu ini iaitu FOMC dan news ini dijangka mampu memberikan impak kepada pergerakan keseluruhan. Sekiranya terdapat momentum besar-besaran memecahkan channel ke bawah, ini mungkin akan menyebabkan arah pasaran bertukar. Namun sekiranya lantunan berlaku dengan momentum pasaran dijangka boleh melonjak sehingga ke R2
4. Apa-apa pun secara peribadi saya menasihatkan jangan melawan trend, cari peluang untuk BUY, JANGKA MASA SINGKAT
10-Mac-2019: Pergerakan NAS dan Jangkaan Minggu hadapanPENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.
OANDA:NAS100USD
Analisa: (berdasarkan carta 4H)
1. Trend keseluruhan menampakkan penurunan.
2. MA semakin mengembang ke bawah dan menandakan pergerakan semakin trending.
3. RSI berada di dalam kawasan 50 - 30, zon downtrend.
4. MACD berada dibawah paras 0
5. Zon harga yang ditandakan pada chart kelihatan sangat signifikan dan kuat.. memandangkan kebanyakan harga bermain di sekitar kawaasan tersebut.
Jangkaan:
1. Apabila berlaku pergerakan drastik pada khamis lepas, ramai menjangkkan akan berlaku penurunan terus dan mereka mengatakan pasaran mula CRASH.
2. Namun ini tidak berlaku kerana ini merupakan impak sementara daripada news.
3. Dari segi teknikal parasan dilihat semakin tenat dan memungkinkan akan berlaku kejatuhan pada minggu hadapan.
4. Harus di ingat, pasaran tidak akan bergerak terus menerus tetapi akan mengambil masa dengan membuat pendakian sementara sebelum meneruskan terjunan.
5. HARUS di ingat, terdapat satu news pada hari sabtu 9/3/2019 (SEMASA PASARAN TUTUP) mungkin akan menyebabkan volatility yang melampau pada Isnin ini dan boleh menyebabkan pelabur2 kecil panik.
Strategi / trading plan:
1. Secara keseluruhan saya melihat peluang untuk melakukan SELL pada minggu ini.
2. TP dan SL boleh dinilai sendiri melalui kaasan yang ditandakan, sila gunakan kaedah SnR untuk sahkan keputusan anda.
3. Perhatikan pergerakan harga dan bersedia apabila harga memasuki zon yang ditandakan, anda boleh masuk dengan lot yang kecil (jaga MM)
4. Untuk lebih selamat tunggu pengesahan pasaran dengan melihat candle yang terbentuk.
5. Tak perlu terkejar-kejar market dan masuklah dalam keadaan selamat.
6-Mac-2019: NAS nampak kepenatanPENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.
OANDA:NAS100USD
Analisa:
1. Trend terkini adalah uptrend
2. MA semasa menghala ke atas.
3. Dilihat pada RSI...kekuatan semakin melemah
4. MACD dilihat telah membentuk bertemu walaupun secara keseluruhan masih berada di atas 0.
Jangkaan:
1. Harga dijangka akan terus naik namun boleh turun dahulu sedikit.
2. News pada jumaat ini bakal mementukan hala tuju keseluruhan index ini, (termasuk index utama lain)
3. Sekiranya news memihak kepada US, maka harga boleh menuju ke 7200 > 7300 ...
4. Namun sekiranya NFP US teruk ini mungkin boleh menyebabkan harga jatuh ke paras 7000 >6750>6500
Strategi / trading plan:
1. Untuk minggu ini sebaiknya masuk untuk scalping namun perlu berhati2 disebabkan akan ada pergerakan besar/volatile. Sila jaga MM masing2.
2. Saya secara peribadi lebih suka untuk mengelak daripada memasuki pasaran pada minggu ini memandangkan ketidak tentuan yang mungkin berlaku apabila data NFP dikeluarkan.