Cara menggunakan carta log dan mengapa mereka pentingDua carta dalam idea ini menunjukkan harga saham Tesla sejak IPO. Perbezaannya adalah satu carta merupakan carta log manakala yang lagi satu ialah carta harga linear yang normal. Oleh sebab itu, mereka nampak berbeza. Memahami carta log dan carta linear normal amat penting untuk semua pedagang dan pelabur. Terutamanya semasa melihat perubahan harga untuk tempoh masa yang panjang.
Carta di kiri ialah carta log Tesla manakala carta di kanan ialah carta harga linear Tesla. Carta log menunjukkan perbezaan perubahan peratusan antara harga manakala carta linear normal menunjukkan jarak tetap antara harga. Cuba lihat sekali lagi carta di atas. Jika masih tidak faham, jangan risau dan teruskan membaca.
Katakanlah Tesla, semasa ia mula-mula menjadi syarikat tersenarai, pergerakan dari $5 setiap syer ke $10 setiap syer merupakan pergerakan sebanyak 100%. Anda akan menggandakan pulangan anda. Beberapa tahun kemudian, Tesla mencapai $100 setiap syer dan harga naik kepada $105 setiap syer. Pergerakan ini hanya sebanyak 5%. Kedua-dua pergerakan dalam contoh ini mewakili pergerakan harga sebanyak $5 setiap syer,tetapi satu dengan perubahan peratusan yang lebih tinggi. Oleh sebab itu, carta log adalah amat berguna di mana ia menunjukkan perubahan peratusan! Di carta normal, setiap aras harga yang ditunjukkan pada jarak yang tetap. Jadi pergerakan daripada $5 ke $10 ditunjukkan dengan cara yang sama dengan pergerakan dari $100 ke $105
Untuk mula menggunakan carta log sangatlah cepat dan mudah
1. Jika anda menggunakan PC, tekanlah Alt + L di papan kekunci anda. Kombinasi papan kekunci ini akan mengubah carta anda kepada bentuk log dengan cepat. Anda boleh menekan kombinasi yang sama sekali lagi untuk menukar balik ke carta harga linear yang normal.
2. Jika anda menggunakan Mac, tekanlah Option + L. Anda boleh bertukar antara carta log dengan kombinasi di Mac anda.
3. Anda juga boleh mengklik butang log yang terletak di bahagian kanan bawah carta untuk bertukar antara carta log dan normal.
Lagi satu tip: letakkan kursor tetikus anda di atas skala harga, kemudian klik tetikus dan menarik ke atas atau ke bawah untuk menukarkan skala harga. Tip mudah ini memberi lebih banyak kawalan terhadap skala harga untuk kedua-dua carta log dan linear normal.
Jadi bagaimana anda boleh menggunakan carta log selepas ini?
Paling penting adalah mengetahui anda memiliki peralatan untuk menganalisis aksi harga dalam pelbagai kaedah. Selalu membandingkan kedua-dua carta jika perlu. Pedagang dan pelabur baru sentiasa tertarik dengan betapa banyak maklumat yang terdapat dalam carta log untuk tempoh masa yang lama. Tambahan pula, membandingkan carta log dengan carta harga linear normal mungkin dapat membuka pandangan yang baru. Dua carta Tesla dalam contoh ini mendemonstrasikan perkara ini dengan jelas. Satu carta kelihatan , parabolik dan berselerak manakala satu lagi lebih teratur dari segi jarak dan menunjukkan trend yang lebih jelas.
Terima kasih kerana membaca! Seperti biasa, sila tinggalkan soalan atau komen di bawah. Jika anda mempunyai permintaan produk atau ciri tertentu, sila juga menulis dalam komen. Pasukan kami akan membantu.