PTC: Masih Cuba BertahanSaham syarikat PTC dilihat bergerak mendatar sejak beberapa minggu dagangan yang lalu
Saham syarikat ini dilihat membuat kejatuhan seiring dengan pergerakan pasaran selepas pengumuman CPI pada minggu dagangan yang lalu
Meskipun begitu harga dilihat cuba membuat kenaikan semula dengan lilin harian dilihat membentuk bayang bawah yang panjang beserta volum
Harga ketika ini dilihat cuba bertahan di atas garisan fibonacci yang juga selari dengan sokongan dinamik MA50 mingguan
Namun, perlu diingat sentimen pasaran yang negatif ketika ini mampu memberi kejutan terhadap arah pergerakan saham dunia
Perlu juga diambilkira sentimen Unjuran Ekonomi FOMC yang akan diumumkan khamis ini, mampu memberi impak besar terhadap pasaran
Ke manakah halatuju harga seterusnya? Sama-sama kita perhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!