idea dagangan CRUDEOILM1!
21-APRIL-2020 : Minyak Dibawah paras SIFAR (0) negatif oooAssalamualaikum dan selamat sejahtera
Semalam kita menyaksikan harga minyak jatuh jauh dibawah paras sifar (0), sapa yang jadi mcm saya dok bercekang mata memag kita geng la..
Yes korang tak bermimpi dan korang tak salah,walaupun korang nampak chart korang harganya x sama, biasa untuk harga minyak kita refer NYMEX (futures) untuk live price... hehe makna kata real price adalah yang kat nymex.
tapi bila bangun pagi harga dah naik... tu la chart, mmg sentiasa boleh di"tw@@k" sikit (tak leh tulis betul karang kena lak hahaha)
So apa nak buat? Jangan buat apa2 ya... kalau dia boleh jatuh sampai negative, tak mustahil dia boleh jatuh lagi... Simpan modal korang, perhatikan keadaan semasa dan sentimen dunia... tunggu masa dah betul2 stabil,
"Ko jangan sembang sangat la...BILA NAK STABIL TU???" atleast sampai abis cerita Cv19 dulu ya :)
Setakat tu dlu coretan pagi ni, try cari news2 yang ada baca dlu dari web2 terkemuka ya...
Semoga bermanafaat
Crude Oil 4 jam - dah jumpa lantai?Secara keseluruhan, pergerakan harga untuk Crude Oil masih dalam mod bearish. namun begitu, ia kini dah dua kali cecah paras 20s dan nampaknya paras 20s ini dapat bertahan.
Jika harg tidak lagi jatuh menembusi paras S1 (20.5) ini, pergerakan harga untuk short term mungkin akan mencuba paras R1 dan R2. Jika berjaya memecahkan kebuntuan R2, sasaran seterusnya ialah pada R3
CRUDE OIL Perang harga berterusanTrend kejatuhan harga minyak bakal berterusan selagi tiada kata sepakat antara OPEC dan Russia.
Resistant terdekat pada paras fibo 38.2%, namun jika halangan ini berjaya ditembusi berkemungkinan harga akan naik menutup gap.
Apapun posisi sell masih selamat selagi harga berada di bawah 38.00.
oil crash.oil prie terciduk lagi disebabkan Russia tak nak reduce production. kita sedia maklum yang harga minyak memang tengah menurun disebabkan wabak covid19, yang menyebabkan demand minyak merosot. Russia pula tak nak mengalah ni ibarat tabur garam kat luka..
kalau dulu masa crash 2014 disebabkan saudi taknak cut production apabila USA mula fracking, sekarang tergolek pula sebab wabak+russia tak nak cut poduction.
sedia maklum yang saudi punya breakeven price sekitar $10, so saudi probably boleh try push lagi harga ni jatuh. usa sebagai besfren saudi akan koyak juga sebab jika tidak silap frack oil depa breakeven $50.
yang pasti sekarang ekonomi kita akan terkesan teruk. last time masa 2014 oil crash, petronas sebagai malaysia punya cash cow senak juga lah sebab biggest contributer upstream koyak. tapi masa tu Pchem daripada bahagian downstream dan midstream masih ok lah, jadi adalah cover2 daripada barai terus.
sekarang ni lain keadaannya. upstream koyak sebab harga drop disebabkan russia-saudi, downstream pula koyak sebab covid19 menyebabkan banyak product tak boleh dipasarkan. double trouble.
jika keadaan ini berterusan, boleh lah jangkakan oil n gas sector akan scale down lagi sekali.. VSS, semua tu lah.. oil2 company yang baru nak bernafas semula sejak 2014 tergolek kembali kena uppercut.. silap hari bulan delisted. bait2 benda ni nampak daah..
impian minyak murah mungkin tercapai, tapi apa gunanya minyak murah jika kerja semua takda. domino effect minyak dan virus ni kuat.
brace for impact.
today candle agak shaddy.. hammer dekat support. marilah kita tengok sama ada dia boleh melawan atau sambung tergolek dan break support.
CRUDE OIL Minyak Masih MerahSusulan posting saya pada 1 Mac yang menjangkakan CL akan memantul ke paras fibo 38.2% dan seterusnya
meneruskan terjunan. Penutup dagangan minggu lepas menyaksikan terjunan tanpa belas kasihan dan berhenti
di paras pivot support S1.
Harga akan memberi reaksi pada paras fibo 127.2% dan 141.4% dan dijangkakan pantulan ke atas akan berlaku.