NYMEX:CL1!   Hadapan Minyak Mentah Ringan
oil prie terciduk lagi disebabkan Russia tak nak reduce production. kita sedia maklum yang harga minyak memang tengah menurun disebabkan wabak covid19, yang menyebabkan demand minyak merosot. Russia pula tak nak mengalah ni ibarat tabur garam kat luka..

kalau dulu masa crash 2014 disebabkan saudi taknak cut production apabila USA mula fracking, sekarang tergolek pula sebab wabak+russia tak nak cut poduction.

sedia maklum yang saudi punya breakeven price sekitar $10, so saudi probably boleh try push lagi harga ni jatuh. usa sebagai besfren saudi akan koyak juga sebab jika tidak silap frack oil depa breakeven $50.

yang pasti sekarang ekonomi kita akan terkesan teruk. last time masa 2014 oil crash, petronas sebagai malaysia punya cash cow senak juga lah sebab biggest contributer upstream koyak. tapi masa tu Pchem daripada bahagian downstream dan midstream masih ok lah, jadi adalah cover2 daripada barai terus.

sekarang ni lain keadaannya. upstream koyak sebab harga drop disebabkan russia-saudi, downstream pula koyak sebab covid19 menyebabkan banyak product tak boleh dipasarkan. double trouble.

jika keadaan ini berterusan, boleh lah jangkakan oil n gas sector akan scale down lagi sekali.. VSS, semua tu lah.. oil2 company yang baru nak bernafas semula sejak 2014 tergolek kembali kena uppercut.. silap hari bulan delisted. bait2 benda ni nampak daah..

impian minyak murah mungkin tercapai, tapi apa gunanya minyak murah jika kerja semua takda. domino effect minyak dan virus ni kuat.



brace for impact.


today candle agak shaddy.. hammer dekat support. marilah kita tengok sama ada dia boleh melawan atau sambung tergolek dan break support.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.