AWK: Double Top?AWK dilihat bergerak dalam trend menaik sejak beberapa bulan dagangan yang lalu
Carta mingguan terkini dilihat seakan membentuk corak carta 'double top' tatkala harga gagal melepasi paras rintangan sekitar paras harga 188 pada minggu dagangan terkini
Sekiranya corak carta yang terbentuk digabungkan dengan RSI mingguan, 'exaggerated bearish divergence' berkemungkinan berlaku menguatkan lagi petunjuk bahawa momentum kenaikan semakin berkurang
Histogram MACD juga dilihat menunjukkan kehadiran divergence yang serupa beserta dengan persilangan penurunan
Andainya tiada pemangkin kenaikan, harga berkemungkinan akan turun mencari sokongan melengkapkan pembentukan corak carta berkenaan
*Tidak patuh syariah
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!