idea dagangan FKLI1!
4 Jun 2019: Mampukah FKLI tebusi zon konsolidasi?PENAFIAN: Perkongsian ini adalah semata-mata pandangan individu.
FKLI
1. Harga mungkin telah tamat EW Wave IV, dan bermula Wave V.
2. Harga dipantul di 50% Fibo Retracement, pada 1652.
3. Mampukah zon konsolidasi dipecah dan terus menaik ke 1670, atau akan junam bawah zon 1610?
4. Volum agak tinggi kebelakangan ini.
5. TDI masih bullish.
25 Apr 2019: FKLI di atas zon support mingguanPENAFIAN: Perkongsian ini adalah semata-mata pandangan individu.
1. FKLI sekarang di atas zon support mingguan 1573-1601
2. Harga berada di DownTrend Line dan bawah kesemua EMAs
3. Structure harian masih downtrend dan tiada tanda menaik lagi.
4. Untuk trend berubah menaik, tahap perlu diatasi ialah 1693.5 dan 1729.5
KLCI - Menunggu swing low terbaruPermulaan dagangan bagi tahun 2019 yang agak malap.
Adalah lebih baik kita menunggu kemunculan swing low terbaru sebelum aktif masuk market.
Cari 3 atau 5 stok yang diminati, tunggu dan lihat pergerakan harga sambil memerhatikan juga indeks.
BIia indeks beri signal positif, fokus terus pada 3 atau 5 stok yang telah di pilih tadi.
Selamat tahun baru 2019
Penerusan Peringkat Mark-Down di Carta FKLICarta FKLI terus dilihat isyarat kelemahan dengan penerusan peringkat mark-down selepas pengedaran semula. Perhatikan isyarat Sell-Off dengan bar yang lebar mengikuti isyarat Up-Thrust menolak harga kembali ke garisan down-trend.
Berdasarkan carta 30 minit FKLI, kami akan terus short dengan isyarat kelemahan seterusnya (Up-Thrust) pada tahap rintangan.
Hantarkan stok kegemaran anda untuk semak berdasarkan carta TradeVSA dengan komen di bawah.
Penafian: Kandungan maklumat bagi saham yang tersebut adalah untuk rujukan. Maklumat tersebut tidak bermaksud untuk panggilan menjual atau membeli. Sila merujuk kepada penyelidikan yang waras dan teliti sebelum ingin membeli atau menjual apa-apa saham tersebut.
FKLI Gagal Menembusi Paras RintanganBerdasarkan carta 30 minute, FKLI cuba untuk menembusi paras rintangan tetapi gagal. Walupun carta menunjukkan isyarat kekuatan di paras rintangan, tetapi bar-bar seterusnya tutup lebih rendah daripada isyarat kekuatan. Ia bermakna Wang Bijak tidak berminat untuk membeli and seterusnya penjualan disah dengan isyarat Sell-Off.
Dengan pegesahan ini, FKLI akan sambung fasa markdown dan mencuba di paras sokongan.
Hantarkan stok kegemaran anda untuk semak berdasarkan carta TradeVSA dengan komen di bawah
Penafian: Kandungan maklumat bagi saham yang tersebut adalah untuk rujukan. Maklumat tersebut tidak bermaksud untuk panggilan menjual atau membeli. Sila merujuk kepada penyelidikan yang waras dan teliti sebelum ingin membeli atau menjual apa-apa saham tersebut.
Analisa FKLI1! : 2018 : 13/12 - 18/12Berdasarkan pada carta 2-jam , kami dapat mengenal pasti akan formasi segi tiga menurun (garisan tren menurun ungu dan garisan melintang jingga). Ini merupakan formasi sambungan penurunan kepada paras harga yang lebih rendah. Harga pada jam terakhir kini berlegar pada kawasan sokongan-halangan apabila menembusi paras sokongan pada 10/12.
Pedagang jangka pendek boleh mengambil peluang untuk jual dan paras kerugian boleh dirisikokan pada harga 1690. Berikut adalah paras halangan yang perlu ditembusi sekiranya pedagang berdagang dalam pasaran saham Malaysia: 1685, 1710, 1738.
Sekiranya harga menembusi garisan tren menurun (berwarna ungu), analisa akan disemak semula.
ANALISA CARTA FKLI (COmposite Futures)Indeks Pasaran Hadapan Composite Kuala Lumpur kini berada dalam keadaan downtrend.
1. Carta menunjukkan corak "Head N Shoulders" and disusuli oleh index berada di bawah paras 200EMA support sudah memberi signal bahawa indeks KL sudah mula melemah dan masuk downtrend.
2. Penurunan indeks diukur oleh corak EW menunjukkan downtrend wave ke-4 sudah selesai and kini menuju untuk melengkapkan wave yang ke-5.
3. Yang pasti, indeks akan pergi "sideway" untuk sementara dan akan memberi satu corak carta yang sideway, dan kemudiannya kita boleh pasti apa hala tuju indeks berikutnya.
Pasaran negara kita juga diselami oleh sentimen yang kurang bagus and ini akan memberi kesan yang buruk. Antara isu isu yang kita hadapi sekarang:
1) Ketidakpastian harga minyak yang dijangka akan turun disebabkan oleh keputusan Saudi untuk meninggikan bekalan minyak
2) Trade-war US-China berlanjutan
3) Nilai ringgit melemah dan pelabur asing kini giat menjual di pasaran
4) S&P 500 indeks menunjukkan stocks global kini dalam stage pembetulan dan sesetengah ada yang downtrend
5) Harga bond dan emas kini menunjukkan penaikkan, ini akan memberi kesan nagatif kepada pasaran saham.
Kesimpulan:
1) Cuba kurangkan pegangan saham kita dengan tidak membeli secara "impulsive".
2) Jikalau indeks tidak boleh bertahan pada paras 1690 - 1700, indeks masih ada ruang lagi untuk turun sampai ke paras 1660.
Persamaan umum jika beli ketika breakout dengan pullbackMaaf atas kesilapan ejaan SELL, bukan SEEL seperti dalam video.
Teknik belian sama ada beli ketika breakout atau beli ketika pullback, tetap ada risikonya.
Yang penting adalah kawalan risiko dan juga kemahiran kita dalam mengaplikasikan teknik di atas.
FKLI - Kontrak NovemberDalam keadaan sentimen yg tak menentu spt 'Trade War', Dow Futures masih lagi disekitar 26,000 di mana semua pergerakan Dow Fut akan memandu FKLI dan seterusnya indeks FBMKLCI.
Untuk mengkaji Indeks FBMKLCI ialah mengkaji pergerakan FKLI yg dipengaruhi oleh Dow Fut.
Indicators:
1) Sharkz Chip : chips masih lagi menyokong kenaikan FKLI
2) Sharkz EMA : Buy signal masih lagi valid.
Walaubagaimanapun Trade War antara sentimen terkuat yg mempengaruhi Dow Fut.
Selamat Berjaya Baby Sharkz
FKLI - Future KLSE akan mengalami correction? atau tidak?Analisa kami lebih kepada 2 keadaan, PANJANG atau SINGKAT?
dua area yang perlu diperhatikan
- EMA200
- fibo
1) PANJANG
Longterm masih berada dalam BULLISH Trend
masih tidak kelihatan LL yang baru lagi
berkemungkinan akan naik/turun, bergantung pada minggu ini, kita perlu melihat pada closing harini dan esok (confirmation candle)
2) SINGKAt
Telah bocor EMA200, kita kena tunggu confirmation candle pada keesokan hari, close atas atau bawah EMA200
Area sokongan dan rintangan boleh dilihat pada aras-aras fibo
S1=1.774, S2= 1.729
FKLI Short - Paras tengkuk kritikalUpdate kajian terdahulu
Seperti jangkaan kajian terdahulu FKLI akan melakukan rebound untuk mencuba neckline pada zone 1760-1780 (BRN 1800)
Kawasan neckline juga adalah bersamaan dengan kawasan fibo 50-61.8
Signal reversal jika terdapat price action "engulfing" atau "rejection" pada kwsn yg dinyatakan
Paras index juga sudah pada ekstrem lebih belian
Sentimen
Sentimen perang dagangan bertaut kembali dengan US menuduh China tidak adil dalam dagangan sebelum ini dan China membalas semula dengan keras bahawa kenyataan US adalah palsu dan keterlaluan.
Perang dagangan antara US dan EU juga hangat dgn bakal tarif terhadap sektor automotif yg bakal dikenakan
Kenaikan mata wang safe haven JPY dan CHF juga memberi isyarat bahawa kemungkinan akan ada penurunan pada pasaran ekuiti (risk off mode)
Perhatikan pada pasaran hadapan index global