idea dagangan ICONIC
Sanbumi - Peluang dan RuangSANBUMI
Pemerhatian dan Idea :
1). Sanbumi berada di dalam "Ascending Channel".
2). Jika harga berjaya mengekalkan posisi pada current price, berkemungkinan akan ada lonjakan harga ke paras 'upper line' channel seperti marking 'A' yg ada pada chart.
3). Namun, risikonya ialah jika price tidak mampu untuk bertahan didalam channel dan menukar arah, dijangkakan price akan menuju ke arah marking 'B'.
4). Perbezaan diantara MA20 dgn MA50 semakin menipis, berkemungkinan akan terjadi perubahan trend jika,
- MA 20 berada di bawah MA 50 dan seterusnya MA100.
- MA 100 berada di bawah MA200
5). Sesuai untuk dijadikan peluang dagangan dalam masa singkat.
#Disclaimer
Kajian ini adalah berdasarkan pemerhatian penulis. Sebarang kerugian ataupun gangguan emosi adalah di bawah tanggungjawab sendiri.
SANBUMI : Mampukah mengekalkan corak menaik?Harga seakan rebound dari paras trendline support ataupon line purple TrendBand.. namun candle hari ni tidak mampu utk melawan tekanan jualan semalam lagi.
0.350 adalah paras rintangan terdekat.. kalau ia mampu closed di atas paras ini, harapan cerah untuk meneruskan uptrend.
0.330 adalah paras sokongan kuat setakat ini... kalau bocor, selamatkan modal dulu lahh..
sanbumi - will it break the resistance?As salam dan salam sejahter traders semua?
apa khabar? sangat mencabar market kita skrg kan?
ketika ini sangatlah penting untuk kita melakukan kajian yang lebih terperincin sebelum membeli mana mana saham..
kaji, back test, plan baru decide untuk membeli
SANBUMI - hari tu saya dah post mengenai kaunter ini dan alhamdulillah ia mengikut apa yang di rancang, lihat link di bawah untuk idea sebelum ini
namun kini, sanbumi seolah olah tersangkut di resistance level kerana adanya supply = seller yang kuat yang push harga untuk tidak break resistance level ini
ada beberapa sebab kemungkinan ia tidak boleh nak naik
1.index kita yang semangat mengusarkan, ada baru baru financial crisis ni
2. tiada demand yang mampu untuk harga naik dan menguasai pasaran dan supply, dua tu reason 1.
jika anda di dalam position, minggu depan crucial untuk ia break resistance, tapi kalau x lepas boleh la jual mungkin boleh beli balik rendah nanti sementara tiadanya big selling pressure di dalam kaunter ini
NOT A BUY CALL, JUST AN IDEA
halim hamdan
Sanbumi 13 Dec 2018 | menarik utk diperhatikanSalam semua,
.
1. Kalau lihat Sanbumi, saya jangkakan dia masih dalam accumulation utk push lebih tinggi
2. Momentum kelihatan masih dalam tekanan belian tapi agak berkurang berbanding sebelum itu.
3. Projection wave yg saya jangkakan adalah dalam wave 3 tetapi perlu tunggu confirmation lagi.
.
Selamat berdagang saya ucapkan.
.
DrZul izzi Nordin (DDSUSM)
Sanbumi Holdings BerhadTA : Masih di dalam Box Trading, harga semasa 0.345, jika harga melepasi 0.31 garis terakhir sokongan, perlu melepasi harga 0.37 baru dapat menarik perhatian trader. jangkaan 29 hari.
Info Syarikat :
Sanbumi Holdings Berhad, melalui anak-anak syarikatnya, terlibat dalam pemprosesan dan perdagangan produk kayu di Malaysia. Ia terlibat dalam perdagangan saw millers dan log kayu; pengilangan produk kayu hilir; perdagangan jentera berat, kelengkapan industri, bekalan dan pelincir; menyewa kenderaan; dan memberikan perkhidmatan kren mudah alih. Sanbumi Holdings juga beroperasi sebagai ejen insurans; menyediakan perkhidmatan gudang; dan menawarkan aksesori kenderaan dan perkhidmatan kejuruteraan kenderaan. Syarikat ini berpusat di Prai, Malaysia.
SANBUMI - VOLUME BERKURANG, PELUANG?as salam dan salam sejahtera traders semua
VOlume dimishing, jika kita lihat pada kaunter ini dalam dua minggu ini harga sideway dengan volume yang drop drastically setelah adanya peningkatan harga dengan volume besar pada 18 hbln yang lepas.
Pengurangan volume in menunjukkan pelabur awal kaunter ini masih belum menjual share mereka dan kebutan harga sekarang in terletak di paras support
TRADING IDEA.
beli sekarang sementara harga di support atau tunggu volume masuk dan chase,
tetapkan cut loss level pada 0.33 untuk memastikan paras ini tidak bocor
NOT A BUY CALL, TRADE ON YOUR OWN RISK
Halim Hamdan
Sanbumi ada peluang untuk menaik lagi. Salam semua.
Teknikal analisis untuk Sanbumi seperti berikut
1. Sejak Oktober 18, Sanbumi menjadi sangat aktif, dengan volume syer yang banyak bertukar tangan dan jika dibandingkan dengan sebelumnya, Sanbumi memang tidak aktif langsung. Volume yang tinggi secara mendadak ini menunjukkan yang counter ini sangat spekulatif.
2. Sejak memecah harga paras 0.33, harga ini menjadi paras sokongan yang kuat dan setakat ini, pergerakan harga Sanbumi membuat konsolidasi dan membentuk corak descending triangle.
3. Berdasarkan Kunci Paras Fibonacci, jika harga dapat kekal atas 0.33 maka target seterusnya = 0.37 dan 0.39. Jika harga menurun bawah 0.33, targetnya adalah 0.31 dan 0.295.
SANBUMI : Kita tunggu T+ atau BO mini DTLHari ini ada tersebar berita mengatakan kaunter sykt ini ada kaitan dengan seseorang ahli politik.. semoga semua itu tak benar..
Sebab keadaan kaunter ini agak menarik.
Hari ini telah berlaku profit taking dan ia rebound dari paras RBS nya 0.330
Kita tengok isnin macam mana minat beliannya.
Sanbumi 15 Nov 2018 | meneruskan kenaikan seperti projection..Salam semua,
.
1. Kounter nie dah diskus dalam group sebelum nie..
2. Memang antara kounter pilihan utk naik sebab beberapa ciri2 yg cantik
3. Antaranya dia agak skema follow EW
4. Pattern volum yg cantik
5. Shortterm accumulation
6. Dan beberapa lagi, so sekarang meneruskan kenaikan
7. Menarik utk follow.
.
Jaga kawalan modal anda, kea ada trading plan yang logik.
.
Selamat berdagang saya ucapkan.
.
DrZul Izzi Nordin (DDSUSM).
Sanbumi Bila Nak Pecah Kotak?Sanbumi sama macam Merge juga. Berlegar-legar didalam kotak ajaib. Bilakah masanya untuk membuat keputusan arah tujunya? Pecah ke atas atau bocor ke bawah? Lebih sebulan mengumpul tenaga. Mungkin nak tunggu QR keluar 22 Nov 2018 nanti agaknya. Mungkinkah QR kali ni menunjukkan keuntungan? Sama-sama kita follow rapat. Kalau berjaya pecah ke atas jauh juga perginya nanti.
Penafian : Ini hanyalah cadangan berdasarkan candle pattern dan chart pattern. Kami tidak bertanggungjawab diatas keputusan jual beli anda.
SANBUMI: Adakah mampu mencecah paras tertinggi sebelum ini?Berdasarkan chart pattern, telah breakout pattern namun gagal closed di luar segitiga berkenaan.
Paras 52WH agak dekat sebenarnya, namun jika entri pada harga sekarang.. risk & reward mungkin 1:1 .. so kurang menarik.
Namun, paras volume yang tinggi seperti menjanjikan kenaikan lebih tinggi pada esok hari.
SANBUMI menuju wave 5?SANBUMI berakhir pembetulan, pecah corak carta segitiga dan menuju ke wave 5?
Aras Halangan :
1. 0.325
2. 0.340
3. 0.36
4. 0.40
Aras Sokongan :
1. 0.30
2. 0.27
Disclaimer : Perkongsian ini BUKAN saranan dagangan saham, HANYA bagi tujuan pendidikan semata-mata. Sila dapatkan nasihat daripada remisier/dealer anda sebelum melakukan dagangan saham. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian yang bakal timbul.
Sanbumi: Corak segitiga sedang di bentukSecara keseluruhan, aras aliran saham Sanbumi masih lagi menaik. Pada ketika ini, Sanbumi sedang berada dalam proses berehat & mempunyai kebarangkalian corak segitiga sedang dibentuk. Jika corak segitiga ini sudah siap, kami menjangkakan anggaran harga sasaran 1 nisbah 1 bagi corak segitiga ialah disekitar paras RM 0.39-0.40. Bagi harga jangkaan masa pendek ialah di 0.34, harga tertinggi terdahulu.
Penafian: Hanya untuk analisa teknikal sahaja
sanbumi gerakan retrace19/10/18 hammer merah dia membentuk namun pergerakan menunjukkan dia akan buat pembetulan harga.
pada masa sama dia berada dalam sideway.
jangkaan dia turun adalah lower channel(kotak kuning)
jika bocor garisan price channel (biru) dalam carta sebelum naik balik
rsi mula menunjukkan penurunan momentum
Sanbumi Berlegar-legar Didalam Kotak Untuk Menentukan Arah TujuSanbumi belum membuat solid breakout dan masih berlegar-legar didalam kotak untuk menentukan arah tuju seterusnya. Jika berjaya memecahkan rintangan di 0.325, pasti boleh pergi lebih jauh. Jika tidak berjaya, akan turun ke bawah mencari aras sokongan untuk mengumpul tenaga semula. Akan tetapi nampak seperti jualan telah berakhir dan hari ini volume belian telah muncul. Mampukah esok meneruskan momentum belian? Sama-sama kita perati rapat dan sediakan trading plan masing-masing.
Penafian : Ini hanyalah cadangan berdasarkan candle pattern dan chart pattern. Kami tidak bertanggungjawab diatas keputusan jual beli anda.
SANBUMI 13/10/18 MINAT BELIAN & MASIH BERTAHAN1) Kaunter SANBUMI pada candle 12/10/18 menunjukkan minat kembali
selepas berlakunya penjualan panik dan pengambilan keuntungan..
2) Nampaknya Kaunter ini masih mampu bertahan dan agak kurang terkesan dengan Catalys2
yang berlaku didalam @ luar negara ..
Penafian : Kajian diatas bukanlah bertujuan untuk membeli @ menjual saham,
Hanyalah bertujuan untuk pembelajaran sahaja,
Berdagang diatas risiko sendiri..