idea dagangan LAYHONG
Layhong seperti sedang consolidateDI Weekly TF dikunakan kerana lebih menampakkan overall view ke mana mahu ditujuinya
1. Baru 'washout' orang yang cutloss guna support pada 0.415
2. Bullish Divergence dalam sideway
3. Possible retest R sideway pada 0.490 (pulangan 18%) (Boleh setkan sebagai TP pertama)
4. Rebound kuat pada support sideway (0.415/410)
5. Harga sekarang berada pada daily Resistance 0.415
<TradeVSA> CAB vs CCK vs Lay Hong1. CAB
a. Volum tinggi di downbar
b. Mencuba di bar LC
2. CCK
a. Sokongan dengan spring
b. Downbar tetapi tidak menutup ke bawah LC
3. Lay Hong
a. Di fasa pengumpulan
Hantarkan stok kegemaran anda untuk semak berdasarkan carta TradeVSA dengan komen di bawah.
Penafian: Kandungan maklumat bagi saham yang tersebut adalah untuk rujukan. Maklumat tersebut tidak bermaksud untuk panggilan menjual atau membeli. Sila merujuk kepada penyelidikan yang waras dan teliti sebelum ingin membeli atau menjual apa-apa saham tersebut.
LAYHONG 08/05/19 MENARIK UNTUK DIPERHATIKAN ..1) Harga kaunter LAYHONG pada tarikh 08/05/19 menunjukkan minat belian telah kembali dan berjaya membuat
lantunan semula diatas garisan trend menaik..
2) Kaunter ini akan lebih menarik jika harga mampu untuk melepasi garisan trend menurun dan aras rintangan terdekat
dan disokong dengan volume yang kuat..
3) Jika harga tidak mampu meneruskan kenaikan maka aras sokongan @ garisan trend menaik boleh dijadikan kawasan menghentikan kerugian..
Penafian : Kajian diatas bukanlah bertujuan untuk membeli @ menjual saham,
Hanyalah bertujuan untuk pembelajaran sahaja,
Berdagang diatas risiko sendiri..
Layhong Capai TP2 selepas sebulanSlowly but surely. Selepas sebulan, akhirnya Layhong telah memecah aras sokongan 0.475 ( sila rujuk hantaran LAYHONG pada 5 MAC). Jika momentum kenaikan berjaya diteruskan, aras rintangan 0.500 pasti akan berjaya dibolosi dan seterusnya memacu Layhong untuk pergi lebih jauh.
layhongkalau tengok cara dia gerak, zon terbaik nak masuk masa harga paras 40sen sebab dekat dengan support. sekarang ni harga kat tengah2 jalan. indikator bb pun menunjukkan kaunter dalam keadaan bearish kerana bergerak bawah middle line. stokastik juga menunjukkan dia boleh turun lagi. jadi tunggu dan lihat buat masa ini.
semoga berjaya.
Lay Hong berkemungkinan membuat kenaikan?Lay Hong merupakan salah satu syarikat poultry dengan fundamental yang agak baik. Jika dilihat pada carta kita boleh nampak:
1. Akhir tahun lepas MACD menunjukkan bullish divergence. Ini menunjukkan momentum bearish berkurang dan berkemungkinan membuat perubahan trend.
2. MACD kini lebih banyak berlegar atas paras 0 juga menunjukkan harga lebih memihak kepada bullish.
3. RSI juga kini lebih banyak berlegar atas paras 50 menunjukkan lebih kepada bullish.
4. Harga berlegar di atas awan ichimoku dan span A masih di atas span B. Juga menunjukkan bullish.
5. Paras rintangan consolidation adalah di 0.50. Jika ia berjaya melepasinya, berkemungkinan besar ia akan menuju ke rintangan seterusnya di 0.705 iaitu lebih kurang 40% reward. Satu jumlah yang cukup baik untuk dipertimbangkan bagi mengambil posisi.
Layhong: Macam nak pergi jauh1) Paras sokongan terdekat adalah pada 0.400 dan paras rintangan terdekat adalah pada 0.500 dengan harga terkini pada 0.450..Risk reward ratio adalah pada 1:1.
2) MA50 berada pada 0,430 dan boleh dijadikan paras sokongan atas paras cut loss terdekat. Harga juga berada di atas MA50 menunjukkan minat belian jangka panjang itu wujud dan selagi harga berada diatas paras MA50, boleh dinyatakan long term trend pada keadaan uptrend.
3) Harga terkini juga telah melintas MA20 menunjukkan mid-term trend juga pada trend menaik.
4) Kaunter ini menarik minat saya kerana Parabolic SAR telah melintas ke bawah, menunjukkan trend menaik akan bermula.
5) Selain itu, bagi penunjuk MACD juga berada di atas 0 dan garisan signal dan garisan MACD juga melintas antara satu sama lain.
6) Ini menunjukkan kaunter ini akan meneruskan kenaikan dalam waktu terdekat.
7) Para traders boleh masuk pada harga terkini atau tunggu harga melakukan retracement, selagi tidak pecah harga cut loss.