MYEG berhampiran resistance- Rintangan upper channel 1.340, seterusnya rintangan yang perlu dihadapi 1.360.
- Boleh diletakkan garisan hijau sebagai support terdekat.
- Volume telah breakout volume sebulan lepas.
- Indikator PBO telah melepasi upper BB std dev 1.
- Potensi target sekiranya melepasi resistance pada harga 1.410.
PENAFIAN : Maklumat kajian yang dikongsikan bukanlah suatu rekomendasi untuk membeli atau menjual saham. Ianya diberikan semata-mata untuk tujuan pembelajaran dan kajian. Pihak ChannelTrend tidak akan bertanggungjawab atas sebarang keputusan yang anda buat. Selamat berdagang!
idea dagangan MYEG
DAGANGAN JANGKA PENDEK - MYEG - BUY ON BREAKOUT (BOB)MYEG sebuah syarikat teknologi yang stabil mempunyai keuntungan positif.
harga saham syarikat bergerak melepasi harga tertinggi sebelum ini (previous high) pada 1.04 dan juga telah melepasi uptrend channel (garisan biru sebelah atas), berkemungkinan menuju ke arah 1.58% R1 (garisan hijau). Kadar belian meningkat berbanding hari sebelumnya dengan kadar belian sebanyak 54% (maklumat dari platform broker). Bollinger band sedang mengembang selepas mengecut (Squeeze) menandakan kekuatan trend tersebut.
Jika harga bergerak melepasi S1, jual dahulu (cutloss) untuk melindungi modal anda dari kerugian yang lebih banyak.
Posting asal:
Penerangan signal belian menggunakan carta 5 minitAMARAN : Diingatkan bahawa signal pembeliaan adalah dirujuk mengikut carta 5 minit bukan menggunakan carta 15 minit. Kami terpaksa menggunakan carta 15 minit bagi menggantikan penerangan.
Contoh yang kami gunakan adalah berdasarkan carta saham MYEG yang sudah beberapa hari naik. Mengikut sistem yang kami gunakan iaitu menggunakan Momo Trading System yang memperuntukkan carta 5 minit dengan gabungan beberapa indikator yang memberi signal belian. Signal belian tersebut kami namakan sebagai "MOMENTUM PILLAR" sebagai signal terhadap apajua jenis kaunter yang ada momentum.
Momentum Pillar ini akan keluar daripada makluman pengimbas yang digunakan, dan dari situ akan lihat kaunter-kaunter yang ada garisan merah dan bertulis perkataan "BUY" yang dikenali sebagai "Momentum Pillar". Apabila keluar signal tersebut, perkara pertama yang perlu dilihat adalah carta harian sama ada cartanya bagus atau tidak, carta harian yang kami gunakan adalah berdasarkan indikator ChannelTrendPRO.
Keduanya, harga melintasi ema20 dari bawah ke atas atau boleh juga anda gunakan ema9 melintasi ema20 keatas (Lihat band warna merah dan hijau).
Ketiganya, dalam masa yang sama juga harga melintasi LifeLine dari bawah keatas atau pun anda boleh melihat MACD (default setting) melintasi garisan zero dari bawah keatas.
Ketiga-tiga perkara ini adalah beberapa kriteria yang digunakan untuk muncul signal momentum pillar, ditambah pula dengan beberapa kriteria lain yang terpaksa kami rahsiakan.
LEBIH BAIK :
- Apabila munculnya signal, jangan terus beli kerana apabila anda terus membeli bermakna anda membeli diatas puncak, anda boleh terus membeli sekiranya dilihat terdapat momentum yang sangat kuat untuk push harga keatas, paling selamat adalah anda tunggu ia membuat lantai dan sauk di lantai.
- Garisan hijau berada dibawah garisan unggu dan garisan hijau tersebut hampir melintasi garisan unggu keatas.
- Sebelum berlakunya signal momentum pillar, adanya banker chip.
- Adanya red chip MACDX dan semakin bertambah.
TAMBAHAN :
- Arrow merah menghala keatas diatas candle : Volume melepasi average 5 hari.
- Arrow hijau menghala keatas diatas candle : Volume 1.5 kali ganda average 5 hari.
- Arrow hitam menghala kebawah diatas candle : Cadangan exit jual.
- Arrow oren menghala keatas dibawah candle: ema9 melintasi ema20 keatas.
PENTING :
- Belilah pada awal signal momentum pillar, kerana ianya lebih selamat berbanding beli apabila signal muncul ketika harga telah naik banyak.
- Apabila telah beli, untuk short term player bolehlah jadikan LifeLine sebagai support. Untuk intraday, jual jika ada untung dan cut loss seeloknya 1 bid atau 2 bid dibawah entry.
PENAFIAN : Maklumat kajian yang dikongsikan bukanlah suatu rekomendasi untuk membeli atau menjual saham. Ianya diberikan semata-mata untuk tujuan pembelajaran dan kajian. Pihak ChannelTrend tidak akan bertanggungjawab atas sebarang keputusan yang anda buat. Sekiranya terdapat persoalan, boleh terus ajukan di dalam ruang komen. Terima kasih.
MYEG melepasi potensi target pertama dan hampir kedua- Potensi target pertama telah saya letakkan di garisan ema50 dan potensi target kedua telah saya letakkan di high candle gap down.
- Terdapat dua keadaan saham ini pada minggu hadapan :
1) Jika saham ini berupaya melepasi high candle jumaat, ia akan cuba menyentuh potensi target kedua sebelum melakukan retacement.
2) Saham ini akan menyentuh garisan potensi target kedua dan terus breakout melepasi target kedua, ketika ini saham ini telah melakukan breakout pattern DOUBLE BOTTOM.
- Harga saham MYEG telah pun berada diatas garisan hijau dan jadikan garisan hijau tersebut sebagai support terbaru.
PENAFIAN : Maklumat kajian yang dikongsikan bukanlah suatu rekomendasi untuk membeli atau menjual saham. Ianya diberikan semata-mata untuk tujuan pembelajaran dan kajian. Pihak ChannelTrend tidak akan bertanggungjawab atas sebarang keputusan yang anda buat. Selamat berdagang!
MYEG 19 Julai 2018 | ulasan baru tentang MYEGSalam semua,
.
1. Sebelum ini saya ada ulas MYEG tapi post lama tak boleh access (minta maaf).
2. Myeg sejak beberapa hari lalu menunjukkan Bullish wave yang amat cantik berdasarkan heikin Ashi.
3. Bila saya bandingkan dengan Renko , ianya mengesahkan kenaikan harga dengan cantik.
4. Belum ada tanda2 utk harga myeg reverse ke bawah.
5. kekuatan momentum candle pada heikin Ashi masih cantik dan dijangka boleh meneruskan lagi kenaikan.
6. Sekiranya ada volum surge yang lebih besar kita harapkan Myeg boleh tutup balik gap down yang besar sebelum ini.
.
Selamat berdagang saya ucapkan,
.
Dr. Zul Izzi Nordin (DDSUSM).
MY E.G SERVICES BHD potensi target- Saham My E.G ini telah membuat kenaikan yang menarik sejak dari signal tf5 pada harga 0.825, kini harga telah pun mencapai 1.120.
- Jika dilihat pada indikator stochastic, saham ini telah pun overbought. Dan ini merupakan suatu risiko yang tinggi untuk membeli. Tetapi, walaupun indikator menunjukkan overbought, sekiranya momentum sesuatu kaunter itu ada, saham ini akan tetap push harga keatas disebabkan minat belian yang tinggi.
- MY E.G ini saya letakkan potensi targetnya dahulu di garisan hijau (EMA 50). Sudah pasti nanti akan ada retracement sebelum berlakunya kenaikan seterusnya.
PENAFIAN : Maklumat kajian yg dikongsikan bukanlah suatu rekomendasi untuk membeli atau menjual saham. Ianya diberikan semata-mata untuk tujuan pembelajaran dan kajian. Pihak ChannelTrend tidak akan bertanggungjawab atas sebarang keputusan yg anda buat. Selamat berdagang!
MYEG : Rebound dari paras ini?BORAKBURSA : Dah banyak dah berita tak best pasal MYEG ni sejak tukar gomen. Tapi hanya kalo tengok dekat chart, dah oversold gila babas... patut boleh rebound dah dari area ni.. vol semalam (4/6/2018) pon kecik ja walaupon news semalam lagi tak best...ramais seller dah kluar tu...RSI pon dah divergent..
tengok2 la.. mana nak sauk tu..huhu .. pandai2
MYEG : Hanya berdasarkan pada teknikal, MYEG akan REBOUND?BorakBursa : Hanya dengan berpandukan kepada carta teknikal, MYEG kini berada pada keadaan extreme oversold. Walaupon dengan keluarnya lagi berita buruk mengenai MYEG, tetapi volume pada 4/6/2018 dilihat kecil berbanding dengan hari-hari sebelum.
Oleh itu, berpandukan hanya pada teknikal, kami beranggapan MYEG akan melakukan rebound dari sekitar paras ini. Pelabur dan trader harus menjenguk MYEG dalam masa terdekat untuk melihat potensi untuk megambil long position.
MYEG - Akhir cerita?Saham myeg yang menjadi saham pilihan berapa tahun yg lepas terus jatuh menjunam selepas berita dari kerajaan. Dijangka saham ini yg berkait rapat dgn kerajaan sebelum ini akan merupakan mangsa korban PRU14 kalau tiada sebarang perubahan pada polisi kerajaan. Bagi mereka yg masih memegang saham ni. berhati-hati lah.
MYEG : Sudah Hampir Puncak?MYEG lebih mudah kalau tengok pada carta mingguan, untuk tahu hala tuju seterusnya.
Berdasarkan MACD pada carta mingguan, MYEG menunjukkan ada buat higher high, lower high. Uptrend.
MYEG sudah hampir menuju puncak. Tetapi, mungkin masih ada lagi saki baki untuk naik ke atas, sebelum sideway untuk beberapa ketika.
MYEG CARTA MINGGUAN - KebarangkalianDari carta mingguan, ada 2 kebarangkalian yang boleh kita jangkakan.
Garis B akan menjadi aras halangan dimana :
Jika B tembus, harga dijangka menuju ke C.
Gagal tembus B, harga dijangka menuju semula ke A.
Samaada kita mengejar atau menunggu harga, pastikan kita faham risiko yang diambil.