Dengan volume sebegitu banyak 3 hari lepas, teknik box-trading mungkin boleh digunakan untuk entri. Namun pada paras manakah harus kita tunggu? Jika berdasarkan channel uptrend, ia seakan-akan telah mencapai paras rintangan trendline, dan sekarang mungkin adalah masa untuk pullback. Adakah ianya akan rebound pada support trendline? Candle 2 hari sebelum ini...
Jika dilihat pada carta dari mula Scomnet disenaraikan di Bursa Malaysia, aras tertinggi yang pernah di capai adalah pada harga 72 sen. Pada hari ini harga ditutup di 69 sen dan harga tertinggi hari ini 70 sen. Semakin hampir untuk memecahkan aras tertinggi sepanjang zaman dan membentuk kawah yang sangat besar. Candle ada hari ini membuat pattern morning star....
Scomnet masih lagi dalam tren menaik tetapi penjual dan pembeli adalah sama kuat pada Jumaat lepas. (21/9/2018)
- Kaunter UPTREND ini masih gagah berada diatas LIFE LINE garisan hijau menunjukkan bull masih menguasai kaunter SCOMNET ini. - Momentum hari ini sangat kuat, berkemungkinan akan meneruskan pendakian sehingga menghampiri rintangan terdekat 0.670, namun berkemungkinan juga esok akan berlakunya profit taking disebabkan kenaikkan yang begitu tinggi. - Untuk yang...
1. SCOMNET telah naik semula keatas paras EMA 20. 2. Hampir sebulan SCOMNET cuba pecahkan Rintangan, adakah sebulan ini Fasa Pengumpulan, dan bersedia untuk kembali Fasa Menaik? 3. QR sangat positif, ini adalah satu satu kaunter yang melawan arus perdana (Market Economy)
Carta Supercomnet sememangnya jelas masih trend menaik. Harga penutup jumaat juga berjaya melepasi corak inside bar dan berada di atas PIVOT P. Namun begitu, masih ada lagi aras rintangan terdekat yang perlu dilepasi. Sekiranya berjaya tembus, dijangkakan Supercomnet berpotensi menuju target di R1. Manakala R2 hanya jika R1 berjaya dilepasi dengan jayanya. ...
Scomnet reversal dengan volume yang melebihi 50 hari di sebabkan sentimen QR yang keluar menguntungkan!. Cukup kuat untuk menolak harga naik ke atas. Adakah dia mampu untuk melepasi Rintangan 1? Jika ya, harga akan naik menuju ke rintangan 2. Jom perhati rapat
1. SCOMNET ditutup pada paras harga 0.53 2. Ini adalah paras harga tutup tertinggi dalam tempoh 52 minggu 3. Sokongan terdekat pada 0.49 4. Sekiranya paras harga 0.53 bertahan, TP1 adalah 0.57 yang juga paras fibo 1.618 5. TP2 adalah 0.61 mengikut carta gann
Salam semua, . 1. Scomnet amat cemerlang hari ini dgn membuat bullish candle yang cantik. 2. Membentuk new high dgn volum yg signifikan, mengatasi ketinggian volum bar beberapa hari sebelum itu. 3. VOP support juga cantik dan agak kuat. 4. MACD hampir sahaja cross. 5. Renko masih menarik ke atas 6. RSI OB baru sahaja lepas. 7. Kesimpulan saya, menarik utk...
Kelihatan seperti harga telah breakout paten rounding bottom. Potensi entri sekiranya harga esok melepasi harga tutup hari ini. Jadikan neckline(aras breakout) sebagai aras untuk cutloss. Potensi target seperti dalam carta diatas. Perhatian:Ini bukanlah Buycall atau seangkatannya.Hanyalah bertujuann sebagai Trading Jurnal seorang newbie sahaja.TAYOR.
Berdasarkan corak yang nampak seakan bentuk Kepala dan Bahu, saya menjangkakan harga akan terus turun menuju kawasan sasaran. Berkemungkinan akan ada sedikit pantulan yang boleh kita ambil peluang nanti. Kawasan sasaran boleh diukur dari ketinggian Kepala sehingga aras neckline.