idea dagangan SYSTECH
SYSTECH [S] 8 Sep 20 : Menuju ke tahap sokongan1. Systech membuat penurunan menuju ke tahap sokongan pada sekitar 0.225
2. Adakah harga akan membuat lantunan semula atau terus membuat penurunan?
3. Sekiranya Systech ingin meneruskan kenaikan, sudah pasti tahap sokongan tersebut merupakan tahap untuk Systech berhenti daripada terus membuat penurunan
Sama-sama kita kaji
Disclaimer : Perbincangan di sini hanya untuk pembelajaran dan tujuan kajian sahaja. Tiada 'buy call' diberikan.
Sekiranya anda dapati perbincangan ini bermanfaat dan boleh membantu sahabat-sahabat yang lain, sila LIKE & SHARE.
"The more you give, the more you get"
SYSTECH: Kaunter berpotensiBerenang dalam lautan merah yang dalam dan bergelora, terumbang ambing dek tiupan angin sentimen vaksin, namun Systech tanpa goyah terus maju kehadapan, beberapa kali membentuk doji namun pengakhirannya mampu menapak lebih dari pivotal point! Terbanglah kau esok SI PEJUANG!
Serius part:
TA:
1. Pembentukan hollow candle bullish menujukkan kekuatan dalam minat belian. Kaunter ini masih lagi mengekalkan dirinya dalam trend uptrend. Bermain - main di harga support, namun trend semakin menyempit untuk fasa pertukaran.
2. MACD signal menjunam kebawah untuk mendekati MACD level, ini boleh dikatakan sebagai indikator perubahan trend bearish kepada bullish
3. Stochastic RSI bercumbuan di tengah taman ungu, pastinya indikator romantis yang membawa kegembiraan kepada para pelabur dan penonton yang menyaksikannya.
EP: 0.275
TP1: 0.290
TP2: 0.300
TP3: 0.315
TP Swing: 0.340
TAYOR!
SYSTECH BHDBerjaya melakukan major BO dari garisan DTL sejak 2017 systech dilihat mempunyai potensi untuk melakukan kenaikkan dan juga membuat trend menaik setelah valid juga minor BO yg turut berjaya dipecahkan,jangkaan melakukan pullback dan membuat tapak base atau terus melakukan kenaikkan mencari Rintangan seterusnya,molek diperhatikan Volume yg spike sekiranya keesokan hari dagangan samada harga membuat pembetulan atau tidak,bersama sentimen semasa.
#WLweek4
#trend
SYSTECH 19 OGOS – BERJAYA BREAKOUT RINTANGAN DENGAN VOLUME BESAR> Saham SYSTECH tutup pada harga 0.225.
> Berdasarkan pada carta harian, harga berjaya pecahkan garisan downtrend dan berjaya pecahkan rintangan 0.205 dan 0.220 dengan jumlah dagangan yang besar berbanding hari sebelumnya.
> RSI berada di aras 50 menunjukkan kekuatan untuk teruskan kenaikan.
> Stochastic juga telah bersilang menunjukkan signal untuk naik.
> Harga mungkin akan cuba untuk melepasi rintangan 0.235, sebelum rintangan seterusnya di 0.250 iaitu merupakan harga 52 weeks high.
> Rintangan seterusnya boleh rujuk di carta.
*Sila semak maklumat fundamental syarikat saham yang dibeli.
** Penafian: Hanya untuk pembelajaran dan tujuan kajian sahaja. Tiada 'buy call' diberikan.
***Selamat berdagang!
SYSTECH - Berjaya melangkau harga 52 minggu tertinggiKelihatan SYSTECH telah melakukan breakout pada Strong R @ 0.175 (Half candle) sekaligus melangkau harga 52 minggu tertingginya dengan menutup pada paras harga 0.195
.
.
Namun, sekali lagi ia harus memecahkan rintangan Channel di paras harga 0.210 sebelum mencapai paras harga yang lebih tinggi
Mampukah SYSTECH menggapai bintang ?
Sama-sama kita perhatikan dengan lebih rapat
DISCLAIMER:
Semua kajian adalah untuk proses pembelajaran dan halatuju kaunter tersebut. Till then, happy trading & TAYOR
SYSTECH [S] 15 Jun 20 : Breakout yang padu1. Systech membuat breakout yang padu
2. Volume juga kuat
3. Masuk watchlist tunggu pullback
Sama-sama kita kaji
Disclaimer : Perbincangan di sini hanya untuk pembelajaran dan tujuan kajian sahaja. Tiada 'buy call' diberikan.
Sekiranya anda dapati perbincangan ini bermanfaat dan boleh membantu sahabat-sahabat yang lain, sila LIKE & SHARE.
"The more you give, the more you get"
Systech 26 Oktober 2019 | weekly lagi cantik Salam semua,
.
1. Penerangan berdasarkan info yang ada pada chart.
2. Jika ada pertanyaan boleh PM di tradingview chat.
3. Perkongsian adalah bertujuan untuk kajian sahaja, bukan buycall.
.
Selamat berdagang saya ucapkan.
.
DrZul Izzi Nordin (DDSUSM, Remisier, eCMSRL).
Systech: Volume besar masuk semalam1) Kemasukan volume yang besar semalam telah memecahkan rintangan pada 0.250.
2) Paras sokongan terdekat kaunter ini adalah pada 0.220 dan rintangan seterusnya pada 0.270 dengan risk reward ratio lebih kurang 2:1.
3) Bagi indikator MACD berada di atas paras 0 dan mencapah keatas, menunjukkan trend dan momentum dalam keadaan positif.
4) BAgi indikator Stoch RSI pula di paras 70 dan mencapah keatas juga menandakan momentum yang kuat dan akan melakukan kenaikan lagi.
5) Kaunter ini didagangkan diatas MA20 dan MA50,trend jangka sederhana dan jangka panjang masih ada dan boleh diharapakan.
6) Semestinya kaunter ini tidak akan membuat kenaikan berterusan.
7) Selagi harga tidak pecah 0.250, kaunter ini masih berbaloi untuk diberi perhatian.
SYSTECH: Sokongan 255 senSYSTECH telah memecahkan MA200 hari ini dengan volume yang agak besar. Tetapi, corak volume yang datang secara tiba-tiba mungkin perlu diberi anggapan sebagai risiko tinggi. Mengikut harga tutup pada 18 Mac 2019, SYSTECH mempunyai sokongan pada 260, 255 sen. Bilamana jika sokongan ini gagal dijaga, ia bakal mencetus jualan ke 240 sen. Potensi bagi SYSTECH pula terletak pada rintangan 275 dan 310 sen. Syarat untuk pergi ke 310 sen adalah SYSTECH mampu mempunyai momentum belian yang kuat, dengan buy rate melebihi 75% di atas 275 sen. Jika gagal, ia boleh dianggap sebagai pergerakan lemah.
Dengan mengganggapkan sokongan penting pada 255 sen, pelabur mempunyai risk:reward ratio yang agak terhad jika SYSTECH tidak mampu berdagang melepasi 275 sen.
Systech Berjaya Melepasi RintanganIsyarat Kekuatan di carta:
1. Fasa Pengumpulan
2. Pentagon disahkan
3. Breakout dengan volume yang tinggi
Hantarkan stok kegemaran anda untuk semak berdasarkan carta TradeVSA dengan komen di bawah.
Penafian: Kandungan maklumat bagi saham yang tersebut adalah untuk rujukan. Maklumat tersebut tidak bermaksud untuk panggilan menjual atau membeli. Sila merujuk kepada penyelidikan yang waras dan teliti sebelum ingin membeli atau menjual apa-apa saham tersebut.