jerungsaham

SYSTECH: Kaunter berpotensi

MYX:SYSTECH   SYSTECH BHD
Berenang dalam lautan merah yang dalam dan bergelora, terumbang ambing dek tiupan angin sentimen vaksin, namun Systech tanpa goyah terus maju kehadapan, beberapa kali membentuk doji namun pengakhirannya mampu menapak lebih dari pivotal point! Terbanglah kau esok SI PEJUANG!

Serius part:

TA:
1. Pembentukan hollow candle bullish menujukkan kekuatan dalam minat belian. Kaunter ini masih lagi mengekalkan dirinya dalam trend uptrend. Bermain - main di harga support, namun trend semakin menyempit untuk fasa pertukaran.
2. MACD signal menjunam kebawah untuk mendekati MACD level, ini boleh dikatakan sebagai indikator perubahan trend bearish kepada bullish
3. Stochastic RSI bercumbuan di tengah taman ungu, pastinya indikator romantis yang membawa kegembiraan kepada para pelabur dan penonton yang menyaksikannya.

EP: 0.275
TP1: 0.290
TP2: 0.300
TP3: 0.315

TP Swing: 0.340

TAYOR!

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.