TENAGA: Akan Uji Paras Sokongan Rm 13
pertama sekali kajian ini dibuat untuk tujuan pembelajaran.
Melihat pada carta saham TENAGA, pertama, saya melihat pada ketika ini harga telah didagangkan pada paras SNR dengan agak lama, tetapi melihat pada garisan MACD dan harga , ada terlihat divergence. ini mungkin petanda awal yang saham TENAGA mengkin akan uji paras sokongan rm13 (akan jatuh )
dan melihat pula pada RSI, ia menunjukan yang momentum jual adalah kuat.
idea dagangan TENAGA
5 Sep 2019: Tenaga perlu menebusi kotak segi empat untuk menaikPENAFIAN: Perkongsian ini adalah semata-mata pandangan individu.
5347 Tenaga
1. Harga menebusi DownTrendLine (DTL) jangka Panjang pada hujung Mei 2019.
2. Harga semasa masih berada di atas awan ichimoku.
3. Harga semasa berada dalam zon kotak segi empat (RM13.46 – RM14.00) selama dua bulan.
4. Volum masih sihat untuk meneruskan kenaikan.
5. RSI masih neutral, ada ruang untuk menaik.
TENAGA - signal pertama untuk terus trendingTENAGA, stok yang membawa index, kini telah mula untuk terus trending dengan cubaan untuk melepasi paten 'pennant' seperti dalam carta, setelah sekian lama dalam keadaan 'sideway'
Rintangan seterusnya pada aras 14.00, dan harga
MA juga jelas menjadi sokongan untuk Tenaga, dengan harga mampu untuk bertahan pada atas EMA50 dan SMA200.
Volum dagangan juga nampak bertambah.
arah tuju tenagatenaga sekarang berada dalam keadaan sideway harga 13.42- 14
sekarang ia berada pada paras support.
secara amnya, tenaga cuba untuk naik kembali sejak bulan 6 tetapi pergerakan harga sekarang menunjukkan kelemahan. ada kemungkinan untuk jatuh kembali jika gagal untuk memecah naik atas rm14
TENAGA: ULASAN iCHIMOKU
Melihat pada saham ini, jelas sekali ia telah melepasi awan. dan jika menurut ichimoku, saham ini sedang dalam uptrend. saham ini hari ini telah naik sehingga 14.12 tapi ditutup pada paras 14.00 dan jika dilihat pada tahap rintangan awan, ia berada di paras 14.01
kesimpulannya, saham ini berkemungkinan akan mengalami fasa correction jika ia gagal meneruskan kenaikan dengan yakin. dan melihat pada corak candle yang mempunyai ekor panjang diatas candle, ia bermaksud, ada tekanan jual yang kuat apabila harga naik berada atas RM14. namun jika berjaya naik di atas paras 14.01, paras halangan seterunya ialah di paras 14.49 dan 14.90
TENAGA: Ulasan IchimokuTENAGA: Ulasan Ichimoku
melihat pada carta harian saham ini. kesimpulan yang boleh di buat ialah, harga saham ini telah terhalang pada paras resistance atau halanganichimoku di paras 12.70, dan paras tenken dan kinjun di lihat berada pada paras yang sama, namun, chikou di lihat positif kerana berada di atas paras semasa yang lepas.
kerana harga berada di dalam awan, maka kesimpulan yang boleh di buat ialah harga berkemungkinan sedang bergerak secara mendatar. paras sokongan boleh di lihat pada paras 12.00 selepas paras 12.38
untuk di kategorikan sebagai sedang naik, saham tenaga harus melepasi paras 12.70
TNB di penghujung Falling Wedge. Mana dia nak tuju lepas ni?TNB sudah agak compressed dan di penghujung Falling Wedge.
Kelihatan kini dia sedang menguji paras sokongan candle sebelum ini di 11.80.
Seterusnya kita lihat samaada dia pecah ke bawah corak Falling Wedge atau dia melantun di 11.80 dan seterusnya breakout ke atas corak Falling Wedge.
TNB antara penyumbang besar pada pergerakan indeks KLCI.
Sekiranya dia pecah ke bawah Falling Wedge kita boleh ucap selamat datang kepada permulaan bearish yang besar.
Sekiranya dia pecah ke atas Falling Wedge kita boleh tersenyum dan ucap selamat datang kepada Bull.
TENAGA: di lihat masih jatuh
melihat pada carta harian saham ini, ia kelihatan masih jatuh dan belum ada tanda tanda yang ia sudah samapai ke lantai. dan kejatuhan saham tenaga ini juga akan memberi kesan kepada fnmklci secara keseluruhannya kerana modal pasarannya yang besar. harga masih lagi di bawah 20ma, dan macd pula di lihat semakin melemah walau nilanya positif
Apakah TNB sudah berada di harga diskaun terbaik?Di atas adalah carta mingguan Tenaga. Kali ini ia sedang menguji paras sokongan buat kali ke-3.
MACD semakin mengecut menandakan momentum bearish mula berkurangan.
Volume juga semakin mengecut. Tiada lagi pembuangan berlaku.
Ia juga membuat corak descending atau falling wedge dan hampir ke penghujung menanti samaada, breakout ke atas atau breakdown. Corak falling wedge biasanya lebih cenderung kepada breakout ke atas dan sambung bullish.
Apakah sudah sampai masa yang sesuai untuk melabur ke dalam saham Tenaga? Keputusan di tangan anda sendiri.
TNB sedang menguji paras sokonganTNB merupakan salah satu kaunter pemacu indeks KLCI. Jadi menarik untuk diperhatikan kerana ia mempengaruhi naik turun indeks. Naik turun indeks pula mempengaruhi mood pedagang dan pelabur secara amnya.
TNB mencatat kerugian suku yang pertama setelah 7 tahun. Apakah perkara ini akan membuatkan pelabur menjauhkan diri atau masih optimis dengan masa depan TNB. Carta dapat menunjukkannya.
Lihat pada carta bulanan. Kita dapati ia berada di sokongan Tenkan. Dan ia juga berada di fibonacci retracement 0.618 (nisbah emas).
Jika dilihat pada candle pula, (1) ia membentuk bayangan bawah yang panjang. Ini merupakan isyarat bullish reversal yang pertama. Iaitu berlakunya penolakan kepada bearish. (2) ia membentuk corak candle bullish harami. Namun ia turun kembali ke paras terendah candle (1). Ini bermakna kedua-dua isyarat tersebut masih belum terbukti palsu.
Isyarat ini akan terbukti palsu apabila harga jatuh melepasi paras terendah candle (1). Jika itu berlaku, kita boleh menjangkakan harga TNB akan mula junam dan bertukar menjadi downtrend. Ini sedikit sebanyak akan turut mempengaruhi pergerakan indeks KLCI.
Yang menarik untuk diperhatikan juga adalah slow stochastic berada di paras oversold. Adakah ia menunjukkan harga telah sampai di lantai? Ataupun ia menunjukkan permulaan momentum bearish?
Garis Signal MACD masih berada di atas paras 0. Menunjukkan ianya masih dalam keadaan bullish (tren major) tapi sedang sideways (tren minor).
Paras sokongan patah atau mampu bertahan? Sama-sama kita perhatikan.
TENAGA: di lihat pada FIBONACCI
melihat pada carta harga harian TENAGA yang di gabungkan bersama FIBONACCI, terlihat ia sedang di dagangkan di antara paras 13.34 dan paras 12.57
melihat pada petunjuk ICHIMOKU, harga TENAGA terlihat masih lagi di dagangkan di bawah awan yang membawa maksud ia sedang jatuh atau bearish, begitu juga dengan garisan CHIKOU yang terlihat berada di bawah harga semasa 26hari yang lalu. harga saham TENAGA juga terlihat berada di bawah garisan 20ma, ini bermakna ia sedang jatuh.
TENAGA: GAP bawah terkejut
Saham TENAGA secara tiba tiba membuat gap kebawah pada Jumaat lepas,baik lah jom kit lihat saham TENAGA dari sudut teknikal.
Pertama sekali, melihat pada garisan 20ma, harga saham TENAGA ini pada hari jumaat yang lepas telah jatuh semula di bawah garisan 20ma dan dengan itu memberi petanda jual. dan jika dilihat pad garisan 20ma, walaupun harga telah naik melintas garisan 20ma, garisan 20ma itu kelihatan masih menunjuk kebawah dan tidak ada kekuatan lonjakan ke atas sebagai tanda perubahan trend.
Melihat pula kepada awan Ichimoku, harga saham TENAGA masih gagal untuk naik melintasi awan, jangan kan melintasi ke atas awan, nak masuk kedalam awan pun tak dapat lagi. ini menunjukkan bahawa saham TENAGA masih lagi di kira sebagai jatuh, dan kemungkinan akan terus jatuh lagi.(mungkin sahaja)
MACD asih positif, tetapi dah semakin hampir unruk bersilang negatif, dan tidak lupa, melihat pada garisan chikou, ia masih lagi di bawah harga semasa, kesimpulan nya, Saham TENAGA ini masih di lihat sebagai negatid atau masih lagi dalam fasa kejatuhan.
TENAGA: masih dalam fasa KEJATUHAN
secara teknikal melihat kepada petunjuk ichimoku, harga masih lagi berada di bawah awan, ini bermaksud TENAGA masih dalam fasa kejatuhan, walaupun harga telah naik melepasi atas 20ma, tetapi garisan 20ma itu terlihat masih lagi menunjuk ke bawah. belum ada tanda tanda perubahan yang kukuh.
TENAGA: Pecah 12.910 akan cetus 'sell-off'Tenaga Nasional Berhad dijangka akan membuat gap up 7 Feb sebelum tutup pada paras lebih rendah dari lilin sebelumnya. Sekiranya ini berlaku, maka Tenaga berpotensi untuk memecahkan 12.91 pada bila-bila masa dalam bulan ini. Tetapi sekiranya Tenaga mampu menjaga 12.91 dengan selamat, maka KLCI tidak akan mampu memecah MA 20 mengikut idea saya seperti yang dilampirkan.
Jika merujuk kepada MACD, kita boleh lihat berlakunya rejection pada hari Isnin. Tenaga pula berjaya menyentuh dua kali lower BB yang menandakan bearish yang sangat kuat. Tetapi kita boleh menganggapkan bahawa ketika itu pelabur ingin menyelamatkan portfolio dengan mengurangkan 'exposure' daripada ekuiti selama dua hari Bursa tidak berdagang. Apa-apa pun, dua hari ini sangat penting untuk kita menilai hala tuju Tenaga dan seterusnya KLCI.
TNB: Bersedia untuk jatuh menguji 12.530 (Strategi Cloud) Tenaga Nasional Berhad berdasarkan strategi Ichomoku Cloud berpotensi untuk jatuh ke RM 12.530/unit apabila garis pertukaran bersilang dengan garis asas yang menunjukkan kelemahan minat belian. Peluang untuk TNB jatuh meningkat apabila TNB cuba membuat tinggi di awal dagangan Isnin ini (4hb Feb) untuk menguji rintangan terdekat harian. Tetapi rintangan itu gagal dipecah dengan para pelabur mula mengambil untung untuk mengurangkan pendedahan kepada faktor luar sempena tiga hari Bursa Malaysia ditutup. Bagi rintangan harian, harganya adalah 13.14, 13.38 dan 13.50. Sekiranya TNB mampu pecah 13.38, TNB dijangka akan bergerak menguji 13.50. Tetapi sekiranya gagal memecah 13.14, TNB dijangka akan turun untuk menguji sokongan 13.02, 12.78 dan 12.66. Sekiranya sokongan 12.78 tidak dapat dikawal rapi pada Isnin nanti, TNB berpotensi untuk jatuh ke 12.66 sebelum membuat lantunan untuk menutup di atas 12.900.
Tetapi, TNB tutup di bawah RM 12.900 nanti, TNB dijangka akan menguji harga RM 12.53 sebelum membuat lantunan yang kecil pada hari dagangan seterusnya.
Pegangan singkat boleh dilakukan apabila TNB membuat lantunan kecil di kawasan sokongan.
arah tuju tenagakalau dilihat daripada mega trend, tenaga dah break below ma200 dan juga telah memecah trendline ke bawah.
walaubagaimanapun, untuk short term trader, mungkin ada peluang esok. harga pun dah oversold. candle yang seakan hammer juga memberi signal rebound.
current support pada n12.5 dan next one adalah di 12.2.
target 12.9 atau 13.5 jika dia naik lagi.