MEDP membentuk "CUP n HANDLE"?Medpace( MEDP ) juga adalah salah satu stock yang saya sedang perhatikan untuk minggu ini.
Ianya berada dalam sektor Healthcare(Medical Laboratories & Research) dan memandangkan trend sector untuk Healthcare menaik secara consistent membuatkan saya tertarik dengan stock ini.
KENAPA PERLU DIBERIKAN PERHATIAN
Dari sudut teknikal chart secara keseluruhan berada dalam keadan uptrend.
Berjaya mencapai All time high. (bulatan)
Chart pattern sedang membentuk C&H dan berlegar pada "muncung cup" seperti yang digambarkan daripada carta.
Short float berada pada kadar 1.57%(16sept2018)
Ini menjadikan stock ini kelihatan menarik
Saya juga tidak menunggu untuk pulback terlalu jauh kerana short float yang rendah menggambarkan pelabur tidak berniat untuk menjual pada masa sekarang.
TRADING PLAN
Strategi perlaburan yang dipilih adalah SWING(1-3 bulan) yang mengunakan teknik 52WH+FreshBO+fibo ext
52WH - 63.96
52WL - 30.62
Sasaran harga adalah pada All time high dan titik 38.2% fibo ext
Tarikh: 16 Sept 2018
CP: 62.01
EP:
62.02 @ 61.99 (Buy Stop)
60.23 (Buy Limit) - pullback halfcandle marubozu isnin 10sept2018
TP1: 63.96
TP2: 66.86
CL: 56.50 - sedikit dibawah candleyang berada di petak merah
PENAFIAN1: Tradeplan yang dihasilkan adalah untuk rujukan peribadi
PENAFIAN2: Perkongsian ini adalah untuk kajian dan pembelajaran semata-mata dan bukannya saranan untuk mempengaruhi mana-mana pihak untuk membeli. Adalah disarankan agar anda merujuk penasihat kewangan yang bertauliah sebelum membuat keputusan pelaburan. Segala risiko dan kerugian yang dialami sekiranya anda mengikuti cadangan ini adalah diatas tanggungjawab sendiri.