JKS #NYSE sedang mendaki di Gelombang Besar 5 JinkoSolar Holding Co., Ltd. (JKS)
Disenaraikan - NYSE - USA
Kapital Pasaran : USD 2.243 Billion
Sektor : Teknologi
PATUH SYARIAH (Y/N) - Tidak diketahui buat masa ni
PROFIL SYARIKAT
JinkoSolar Holding Co Ltd beroperasi dalam industri fotovoltaik (PV). Syarikat membina rantaian nilai produk tenaga solar bersepadu secara menegak, pembuatan dari wafer silikon hingga modul solar. Syarikat hanya mempunyai satu segmen operasi yang merupakan perniagaan pembuatan produk tenaga solar bersepadu secara menegak dari jongkong silikon, wafer, sel hingga modul solar. Syarikat mempunyai dua projek tenaga suria di luar negara yang terletak di Mexico dan Argentina. Syarikat menjual modul solarnya di bawah jenama JinkoSolar. Perkhidmatannya merangkumi penjanaan tenaga suria dan sistem suria Kejuruteraan Perolehan Pembinaan (EPC) dan perkhidmatan pemprosesan.
Analisa Teknikal Gelombang Elliot :
kini sedang mendaki di gelombang kecil Tiga / Gelombang Besar 5 yang berkemungkinan akan mebentuk corak "Pepenjuru Akhir" ( Ending Diagonal 12345 ) .
* bagi sasaran Gelombang 5 akan kerap berakhir di tahap Fibo 100% - 127.2%
Nota Teknikal Analisis : -
*Corak kerap berlaku - Pepenjuru Akhir ( Ending Diagonal )
*Terdapat Rintangan yang kuat di Tahap Fibo 61.8% & 100%
*Peraturan Pengantian @Rules of Alternation Gelombang kecil (ii) & (iv)
*Tahap Fibo Ext - 100% - 127% ( Jangkaan Masa - 10-12 minggu - )
*Isyarat kemasukan Volume besar & Pengesahan Volume
Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran semata-mata, bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil “ Remiser atau Perunding pakar Saham Sahabat sendiri . Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan Mesra : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari