Cara untuk menambahbaik dagangan anda dengan melihat kepadaHai semua! 👋
Pada bulan ini, kami mahu membicarakan mengenai tajuk kadar faedah; apakah mereka, mengapa mereka penting dan bagaimana anda boleh menggunakan maklumat kadar faedah untuk dagangan anda. Ini adalah satu tajuk yang selalunya diabaikan oleh pedagang-pedagang baru sewaktu bermula, jadi kami harap perkongsian ini akan menjadi satu siri yang dapat membantu dan boleh dilaksanakan untuk orang-orang baru yang mahu mempelajari dengan lebih lanjut mengenai analisa makroekonomi dan asas!
Soalan pertama apabila berurusan dengan kadar faedah adalah bagaimana cara untuk melihat maklumat di TradingView. Anda masih boleh mengklik tab "Bon" di bawah "Pasaran" dan melihat kepada jadual "Kadar" tetapi ada satu cara yang lebih mudah untuk melihat kadar faedah di seluruh dunia iaitu dengan menggunakan terminal 'carian' dan menaip "10Y". Kemudian klik "Ekonomi" dan anda akan dapat melihat semua kadar faedah sejagat untuk 10 tahun.
Konfigurasi ini akan memberikan anda kadar "10 tahun" tetapi anda akan mendapat bon dengan kematangan berbeza menggunakan ticker-ticker berlainan. Sebagai contoh, anda boleh melihat kadar 3 bulan Amerika Syarikat dengan menaip "US03M" atau kadar 10 tahun Brazil dengan menaip "BR10Y". Semua kadar pasaran di dalam sistem kami mengikuti standard ticker ini. Cubalah! Senang sahaja.
Untuk mereka yang belum biasa, di sini dinyatakan bagaimana kadar faedah berfungsi.
Kadar faedah berubah-ubah pada pasaran terbuka sama seperti saham atau mata wang kripto; mereka bergerak menyongsang dengan harga bon kerajaan. Dengan ini, anda cuma perlu melihat kepada harga bon kerajaan untuk mendapatkan gambaran mengenai kadar faedah -> mereka akan bergerak pada arah yang berbeza.
Ini disebabkan apabila bon dikeluarkan, mereka akan dikeluarkan dengan satu "nilai par" dan satu "kadar kupon". Katakan nilai par untuk satu bon kerajaan adalah $1,000 dan kadar kupon adalah 2%. Ini bermakna pada setiap tahun, pengeluar bon akan membayar pemilik bon sebanyak $20.
Selepas bon dikeluarkan, mereka boleh didagangkan secara bebas di dalam pasaran terbuka. Katakan nilai $1,000 bon telah menaik dan mula didagangkan pada $1,030 kerana ada permintaan ketara untuk sebab-sebab tertentu. Kerana $20 dibayar kepada pemilik bon adalah tetap, "kadar faedah" sebenar yang akan pembeli dapat apabila mereka membayar $1,030 untuk bon itu adalah sedikit rendah daripada 2% -> 1.94% secara lebih tepat.
Jadi, perubahan harga bon akan menukar "kadar faedah" pada masa nyata di dalam pasaran!
Satu perkara yang perlu diketahui: Kadar bon kerajaan adalah berbeza daripada kadar "dana" yang ditentukan Kerajaan yang diputuskan oleh bank pusat sesuatu negara.
Minggu hadapan untuk bahagian 2, kita akan melihat kepada apa yang memacu penawaran dan permintaan untuk bon-bon kerajaan / kadar faedah dan bagaimana polisi kewangan memberikan kesan kepada semua aset yang anda dagangkan. Dan bagaimana anda boleh menggunakan maklumat ini untuk kebaikan anda!
Jumpa minggu hadapan!
- Pasukan TradingView ❤️❤️
idea dagangan US10Y
US10YRR: Mendatar, tidak jelas DIVERGENCE nya
Melihat pada carta US10YRR, saya melihat kadar sedang mendatar namun ada kenaikan pada MACD, walaupun MACD dilihat sebagai mendatar, tetapi kemungkinan ada divergence yang tidak jelas antara pergerakans kadar dan MACD, jika benar ada terdapat divergence. kebiasaan nya akan terjadi sesuatu reaksi yang mendadak di masa hadapan. dan melihat pada carta, berkemungkinankah kadar akan tiba tiba naik mendadak bila menghampiri bulan APRIL nanti. andaikata ia naik mendadak, paras yang akan cuba di capai adalah paras halangan 2.90 untuk mendapatkan keputusan yang kukuh akan perubahan trend. dan jika ini benar terjadi, berkemungkinan ia akan menyebakan pasaran saham DOW tergugat kerana kos membeli saham secara pinjaman akan meningkat.
US 10YRR: Awan hadapan mulai hijau
US10YRR berperanan sebagai petunjuk awal samaada pasaran akan terus naik atau turun, kerana mengikut kebiasaan pada masa-masa yang lepas hubungkait antara kelas-kelas pasaran, Bon dan pasaran saham mempunyai hubungkait yang berlawanan, apbila satu naik, yang satu lagi di percayai kan turun pula. baikalah, pada ketika ini, Dow sedang lihat naik, tetapi seakan akan berada di puncak dan semakin melemah, dan melihat pula pada carta Bon harian, walaupun bon masih lagi berada di dalam awan, di lihat pada awan masa hadapan sudah mula bertukar menjadi awan yang hijau, ini adalah petanda yang Kadar Bon berkemungkinan dan bakal naik, ini hanyalah satu keungkinan, tapi jika benar kadar Bon akan naik, ini adalah tidak bagus untuk pasaran saham, kenapa? kenaikan kadar Bon dilihat sebagai satu beban kepada para peminjan yang meminjam wang untuk tujuan membeli psaran saham, pada ketika ini, banyak cerita yang keluar, mengatakan , banyak syarikat syarikat tersenarai di DJI yang membelibalik saham saham syarikat mereka sendiri, sehingga meonjakkan juga indeks DJI. dan jika benar 10YRR ini akan naik, maka kos untuk membuat perkara yang sama akan menjadi lebih tinggi dan ini akan membuatkan mereka tidak lagi teransang untuk melakukan perkara yang sama di masa hadapan ... lalu ini akan menyebabkan sokongan terhadap DOW berkurangan dan meyebabkan DOW jatuh. baiklah,...
melihat pula pada petunjuk MACD, ia di lihat sedang dalam pergerak menaik, dan terhnti seketika lalu bergerak secara mendatar, dan pawa waktu semasa, ia lihat sedang menyambung semula pergerakan naiknya,
sebagai kesimpulan, jika 10YRR terus bergerak naik, ini di lihat sebagai tidak bagus untuk pasaran saham dan indeks DOW.
US10Y: Kadar Interest 10tahun US. IBU KeJATUHanUS10Y ini bakal menjadi penyebab kepada kejatuhan pasaran kewangan Global.
1. melihat pada Bollinger Band, di lihat US10Y telah jatuh dan menyentuh garisan sokongan bawah BB, dan kemudian bertindak positif dan naik semula. kemungkinan kemungkinan yang bakal berlaku adalah, US10Y akan terus kan gerakan naik sehinga paras tinggi historikal semasa 3.25%, jika paras ini di pecah, ada kemungkinan US10Y akan meneruskan gerakan naik ke paras 4%, paras sokongan ketika ini adalah di paras rendah historikal 2.80%
2. melihat pada Stochastic, jelas bahawa stochastic berkmungkinan berada di pusingan kitaran rendah, ini mencadangkan bahawa stochastic akan membuat pusingan dan bergerak naik semula dan keluar dari paras lebihan jual.
jika ini benar, dan jika ini terjadi, maka US10Y akan meneruskan gerakan naik, bila US10Y naik, berkemungkinan Indeks USD akn berpusing dan turun, ini memberikan impak negatif kepada pasaran DJI.
andaikata ini benar dan DJI jatuh, pasaran global juga akan terpalit. dan berkemungkinan para pelabur dan pedagang untuk masa terdekat akan ambil keputusan untuk keluar dari pasaran. ini hanyalah satu kemungkinan.
terima kasih
US 10 YR Yield - Fed HawkishUS 10 Year Yield membentuk high yang baru, melepasi level psikologi dan high terdahulu 3.0
Pada pengemumuman kadar faedah yang lalu FED juga telah menaikkan kadar faedah dr 2 ke 2.25 (25 bps) dan juga telah membuang phrasa accomodative.
Dijangka FED akan berubah kepada lebih sedikit hawkish dalam polisi2 yang akan datang bersandarkan data2 ekonomi US yang semakin mengukuh
Secara tidak langsung USD juga akan semakin kuat
Paras level yield yg harus diambil perhatian adalah pada 4.1 - 4.7
Dijangka 4-6 kali kenaikan kadar faedah akan meningkatkan lebih risiko lagi kepada pasaran kewangan
Philly FED Survey punca Dollar jatuh sebentar tadiSentiasa ada news yang menggerakkan pasaran. Samada kita terbaca tentangnya atau tidak. US Yield jatuh sebentar tadi selepas news tentang Philadelphia Business Outlook survey dikeluarkan. Perbincangan lanjut tentang perkara ini ada di news group saya. Sila lihat di profil.
Data yang lemah menyebabkan pelabur mencari perlindungan di pasaran Bon, menyebabkan kejatuhan Dollar secara keseluruhannya
Beli EURUSD atau Jual USDCHF sementara menunggu ECBPada pertengahan bulan May, telah berlaku krisis politik di Itali dan menyaksikan "Flight to safety" di Eropah. Itali kini sudahpun mempunyai kerajaan dan sudah pun berjanji tidak akan keluar dari European Union. EURUSD yang melemah sejak pertengahan May telah pun membuat recovery.
Kami berpendapat trend menaik EURUSD ini terhenti sementara menunggu FOMC. FOMC sudah pun berlalu dan ianya seperti yang dijangkakan pasaran, tiada kejutan besar FED yang terlalu "hawkish". Inilah masanya untuk EURUSD meneruskan kenaikan. Ini bermaksud kita boleh juga jual USDCHF atau beli Gold
FOMC meeting update 1 - kaitan USDJPY dan Bon AmerikaSalam sejahtera. Semalam saya mencadangkan agar menjual USDJPY bila Bon 10 tahun Amerika mencecah 3.04%. Sebenarnya kita cuba beritahu selagi US Yield tidak jatuh, selagi itu ada risiko USDJPY akan terus mendaki. Jadi sentiasa perhatikan pergerakan pasaran Bon. Yield boleh jatuh sebelum ia sampai 3%
FOMC Meeting - Jual USDJPY bila US 10 year bond yield hit 3.04%Pasaran dijangka membuat range-trading sementara menantikan FOMC meeting. Apapun yang bakal diperkatakan oleh Federal Reserve, ada lah menarik untuk kita bincangkan set up yang ada pada US 10 year bond Yield. Set up ini namakan set up QM. Perhatikan Candle Marubozu ( Yield jatuh, harga meningkat) yang menunjukkan terdapat permintaan yang hebat terhadap Bon 10 tahun Amerika pada paras yield 3.04%. Jika permintaan itu berulang, yield akan jatuh dan ia akan mebuatkan dollar menjadi lemah.