USDMYRMasih gagah mengikut garis aliran menurun, destinasi seterusnya pada 3.98-4.00, sekitar aras fibo 0.618Singkatoleh amdi0
Ringgit: Cubaan menaikRinggit cuba melepasi paras sokongan bertukar rintangan dan garis EMA50. Jika tembus, ianya akan berhadapan dengan awan Ichimoku pula.oleh Mr_Futures-Trader0
USDMYR: melemah ke paras 4.12/4.14 Analisa Teknikal adalah kajian kemungkinan kemungkinan yang boleh berlaku terhadap pergerakan harga di masa hadapan. ia bukan lah satu yang pasti. melihat pada carta USDMYR, ada kemungkinan ringgit akan melemah dalam masa yagn terdekat ini ke paras 4.12/4.14 dan jika ringit terus melemah, ia akan memberi banyak kesan kepada ekonomi negara dan pasaran saham. oleh zulnureen0
Ringgit di penghujung wave 2tiada lagi signal konformasi untuk kenaikan wave 3 lagiPanjangoleh hafizias0
Ringgit: Ding-dong (tora datang) lagiRinggit masih berlegar sekitar 4.07 dan belum menunjukkan petanda ketara untuk menaik (melemah) atau menurun (mengukuh). Jangkaan asal adalah seperti idea yang terdahulu (4.05 - 4.04).oleh Mr_Futures-Trader0
Ringgit Menguat Dollar MelemahRinggit menguat maka di dalam carta kita dapat lihat penurunan nilai tukaran matawang berbanding dollar menurun, bagi mereka yang ingin keluar negara atau ingin menyimpan dolar, sila beli sekarang.oleh AkmalAizuddinAl-Banjari0
Sembang petang - volume pasaran dan dagangan kertasVolume pasaran hari ini nampak kenaikan ketara berbanding hari2 sebelumnya dan dipelopori oleh saham-saham dalam sektor tenaga. Sambil jalan-jalan tengok pasaran market kita dan luar negara. Ringgit mengukuh ke USD melemah?Pendidikan09:57oleh BURSATRENDBANDCHART3
Ringgit: Analisis Teknikal Minggu-4 2019Berdasarkan analisa yang lepas, jangkaan harga seperti yang diandaikan. Kali ini, pergerakan mungkin berada di antara kotak merah yang ditandakan (sideway) sebelum melemah atau mengukuh semula. Jangkaan asal ringgit masih akan kekal mengukuh sehingga kawasan 4.05.oleh Mr_Futures-Trader1
Ringgit mengukuh awal 2019Ringgit telah menampakkan struktur menurun yakni mengukuh secara teknikal. Jangkaan yang mungkin ditunjukkan sebagai anak panah merah. Indikator EMA21 bersilang EMA50 dan MACD juga menyokong kenyataan ini. Harga ringgit buat masa ini dijangka menuju 4.06. oleh Mr_Futures-Trader1
Ringgit: Tampak melemahPada hari ini, harga ringgit berbanding US Dollar membuat batang lilin yang sama (4 price doji) sama seperti hari sama tahun lepas (anak panah hijau). Kebetulan? Mungkin. Mari kita perhatikan apa yang akan terjadi minggu ini & minggu depan. Jangkaan: Harga sedang bertahan di atas kotak merah (paras halangan bertukar menjadi sokongan) & berkebarangkalian tinggi menuju 4.20. Dari segi indikator, harga berada di atas EMA21 & EMA50. MACD pula telah menunjukkan momentum ke atas. Penafian: Analisa ini hanya bertujuan bagi pendidikan & perbincangan sahaja. Risiko kehilangan modal akibat merujuk analisa ini adalah tanggungjawab masing -masing & bukannya atas penulis.oleh Mr_Futures-Trader0
Ringgit bertahan tetapi semakin melemahHarga ringgit sedang berlegar sekitar 'confluence' (titik pertemuan) kuat bagi 3 tahun lepas iaitu tandaan kotak merah. Sekiranya harga bertahan pada EMA50 dan memecah paras Fibonacci Retracement 50%, jangkaan menaik ke atas adalah tinggi yakni menyaksikan ringgit semakin melemah. Jika tidak, ringgit akan mengukuh ke paras Fibonacci Retracement 38.2% & EMA200. Indikator MACD menyatakan harga sedang bertahan tetapi momentum ke atas/bawah belum diketahui buat masa ini.oleh Mr_Futures-Trader1
MYR semakin KUKUH berbanding USDSecara Analisa Teknikal, ada tanda-tanda menunjukkan bahawa MYR semakin kukuh berbanding USD, mengikut petunjuk ICHIMOKU ada tanda tanda awal bahawa USDMYR akan mengalami kejatuhan, ini bermaksud Ringgit adalah semakin kukuh berbanding dengan USD. Ada kemungkinan bahawa ringgit dalam gerakkan pengukuhan ke paras 3.85 Apakah implikasi terhadap proforma untung rugi Syarikat syarikat yang tersenarai yang mempunyai pendedahan terhadap matawang asing, samaada kerana mereka menjalankan perniagaan eksport atau import, atau kerana mereka menjalankan perniagaan atau mempunyai perniagaan sub di luar negara. bagaimana kah ia akan memberi kesan terhadap untung rugi syarikat? oleh zulnureen2
USD/MYR- ke mana arah tuju?CARTA MINGGUAN USD/MYR Aras halangan : RM 4.20 Aras Sokongan : 1. RM 4.15 2. RM 4.10 Dengan merujuk carta yang dipaparkan pada 5/9/18. USD/MYR telah menepati jangkaan target RM 4.20, iaitu pada paras fibonacci 0.500. USD/MYR tidak berjaya melepasi paras fibonacci 0.500 tersebut dan melakukan tunjal balik ke aras sokongan RM 4.15. Namun USD/MYR masih berlegar di atas MA 200 manakala oscillator stochastic dibawah paras " kawasan 'overbought' ". Berkemungkinan USD/MYR akan meneruskan penurunan ke RM 4.10 andai aras sokongan RM 4.15 tidak berjaya bertahan. USD/MYR dijangka akan bergerak dalam julat harga RM 4.20 - 4.10 dalam bulan ini. oleh amdi1
USDMYR berkemungkinan menuju ke 4.79 - 4.82Harga USDMYR berkemungkinan meneruskan pendakian bagi melengkapkan wave 5.Pendidikanoleh hafizias2
Bagaimanakah prestasi MYR (Ringgit Malaysia) pada tahun 2018?Pernahkah anda terfikir, bagaimanakan prestasi MYR (Ringgit Malayia) pada tahun 2018? Apakah keadaan ekonomi di Malaysia memberangsangkan? Bagaimana perubahan MYR sebelum dan selepas PRU? Kita akan kupas MYR pada tahun 2018 (sehingga artikel ini dikeluarkan 17/9/2018) Pertama, dalam forex, currency akan dibandingkan dengan currency negara yang lain Malaysia tidak mempunyai Index seperti USD, iaitu DXY - U.S. Dollar Index, oleh itu, kita perlu melihat kekuatan MYR dengan semua jenis currency lain yang stable Dalam perbincangan kali ini, kita akan membandingkan dengan: 1) USD - US Dollar 2) JPY - Japanese Yen (dikenali sebagai safe-haven) 3) SGD - Singapore Dollar 4) THB - Thai Baht 5) IDR - Indonesia Rupiah * SGD, THB, IDR - sebagai perbandingan mewakili negara jiran kita yang terdekat Kedua, kita perlu mengetahui bahawa, dalam pair, terdapat pecahan, iaitu numerator (atas) dan denominator (bawah) xxx/MYR ataupun MYR/xxx xxx/MYR - menurun menandakan ringgit kuat atau xxx lemah, dan, menaik menandakan ringgit lemah atau xxx kuat dan sebaliknya MYR/xxx - menurun menandakan ringgit lemah atau xxx kuat, dan, menaik menandakan ringgit kuat atau xxx lemah maka, nilai MYR/USD dan USD/MYR juga akan berlainan contoh pada 17/9/2018, ketika artikel ini ditulis: MYR/USD = 0.2412 USD/MYR = 4.1360 Ketiga, anda sudah faham point 1 dan 2 di atas? ok, persoalannya, apabila USD/MYR (4.1360), jatuh, Adakah ini menandakan MYR menguat? Tidak, kita juga perlu memerhatikan USD, kadangkala USD/MYR jatuh kerana USD yang melemah Sama juga keadaan apabila USD/MYR menaik, tidak menandakan MYR melemah, mungkin USD sendiri yang sedang menguat Oleh itu, bagaimanakah untuk memastikan dan mengetahui bagaimana keadaan MYR? (tanpa dipengaruhi oleh media yang berat sebelah, ahli politik yang mementingakan diri dan parti) Anda boleh sendiri membuat perbandingan itu tanpa dipengaruhi or diperkaburi mata anda Pertama sekali, dalam membandingkan kekuatan MYR, kita boleh melihat pada correlation pair MYR, atau, membandingkan pair MYR dengan Pair MYR yang lain Correlation ialah membandingan matawang berkenaan dengan beberapa matawang yang lain untuk mengukur kekuatan matawang itu sendiri "Pair Correlation" Kita akan membandingkan pair berikut: (MYR sebagai numerator untuk memudahkan perbandingan, jika anda mahir, tidak kisah untuk lemah sebagai numberator atau denominator. untuk permulaan, kita letakkan semua disebelah numrator atau atas/kiri) 1) MYR/USD - US (Biru) 2) MYR/JPY - Japan (Oren) 3) MYR/SGD - Singapor (Hijau) 4) MYR/THB - Thai (Ungu) 5) MYR/IDR - Indonesia (Pink) * Indonesia mengalami masalah kejatuhan matawangyang teruk, matawang jatuh sehingga menghampiri paras seperti kegawatan pada masa dulu. Terdapat juga rumour disebabkan tahun depan adalah tahun election, dan janji-janji yang perlu ditunaikan, atau, keputusan bank pusat, dan lain-lain. Anda perlu mengikuti lebih lanjut berita-berit semasa untuk ekonomi, politik dan perniagaan di indonesia. Mari kita lihat 3 perbandingan untuk sebelum PRU, selepas PRU, dan keseluruhan tahun 2018 (sehingga 17/9): 1) Sebelum PRU (1/1-8/5) - MYR/USD = +1.79% - MYR/JPY = -0.79% - MYR/SGD = +2.77% - MYR/THB = +0.78% - MYR/IDR = +6.02% *Kesimpulan sebelum PRU, matawang MYR KUAT kerana melemah untuk 1 pair dan menguat untuk 4 pair. 2) Selepas PRU 14 (9/5-17/9) - MYR/USD = -4.52% - MYR/JPY = -2.33% - MYR/SGD = -2.23% - MYR/THB = -2.92% - MYR/IDR = +0.94% * Kesimpulan selepas PRU, matawang MYR LEMAH kerana melemah untuk 4 pair dan menguat untuk 1 pair sahaja. 3) Tahun 2018 (sehingga 17/9/2018) - MYR/USD = -2.82% - MYR/JPY = -3.12% - MYR/SGD = +0.51% - MYR/THB = -2.11% - MYR/IDR = +6.99% * Kesimpulannya, matawang MYR LEMAH kerana melemah untuk 3 pair dan menguat untuk 2 pair. Boleh dikatakan MYR melemah untuk tahun 2018 kerana Indonesia mengalami masalah dengan matawang mereka pada tahun 2018Pendidikanoleh Hoverfly-Trader4
USDMYR- menuju puncak gemilang cahaya ~~Masih lagi tiada signal-signal u-turn yang jelas, USDMYR dijangka akan menuju ke paras 4.20 (FIBO 0.5)Panjangoleh amdi1