Cadangan entri jika ada harga yang berjaya melepasi ketinggian harga hari ini. Kalau harga masih menurun, buat tanda yang sama.
Nampak sedang menguji semula "aras sokongan" (carta terbalik). Kebarangkalian harga akan mula bersiar-siar ke kanan sebelum memilih arah pergerakan yang baru.
Menggunakan script yang sama seperti 52 week high, saya ubah "W" kepada "M" untuk dapatkan harga tertinggi bulan lepas. Maafkan bunyi pon pon jual roti.
Kita cuba tandakan pula candle yang mempunyai range yang lebih besar berbanding sebelum2-sebelumnya.
Revenue ketika ini nampak berjalan ketam dalam julat sekitar 1.26 top dan 1.08 bottom. Cadangan entri untuk jenis sideway, entri ketika rendah dan jual tinggi atau entri tinggi dan cuba jual lebih tinggi. Sokongan boleh letak di berdekatatan aras range tadi.
Harga terkini ditutup pada aras 1.01 Jika berjaya melepasi halangan 1.03 dan 1.05 , jangkaan untuk menuju 1.06 dan seterusnya 1.12 Aras sokongan buat masa sekarang dikekalkan pada 0.98
Potensi untuk entri pada dua aras harga. Potensi target dan juga harga tertinggi yang pernah dia buat. Aras stop loss kena INGAT selalu.
Dengan harapan, adanya berita baik untuk sektor construction esok.
Sama seperti kita layan lantunan di penghujung bulan MAC yang lepas, begitulah cara layanan nanti. Tak faham yang betul , kita terbalikkan...tak faham yang terbalik, kita betulkan.. Kalau dua2 pun tak faham, simpan duit ke tabung haji pun ok lah.
Semalam hari terakhir trading untuk bulan MAY 2020, dan market kita membuat satu lagi rekod baru, VALUE trading harian terbanyak dalam sejarah Menggunakan screener paling untung dan paling rugi, kita boleh lihat samada volum terjadi sepanjang hari atau pada minit-minit akhir trading.
Tak lain dan tak bukan, menyaring stock untuk bulan depan. Lepas saring, asingkan ikut kategori. Kalau boleh, cari stock yang harga terkini masih dekat dengan aras tertinggi terdekat yang dia pernah buat.
Memandangkan saya dah mulakan, jadi kena update juga walaupun takda apa2 lagi perkembangan terbaru kecuali harga berhenti sebentar di aras lama.
Tradingview menyediakan beberapa cara untuk kita berkongsi carta kepada sesiapa saja yang kita mahu. Saya cuba tunjukkan cara-cara yang selalu saya gunakan. Semoga membantu.
Kita cuba warna dan labelkan candle yang ada ciri inside bar semasa MACD dalam keadaan positif. Kemunculan insidebar ketika harga sedang trending lebih menarik berbanding harga yang masih sideway. Selamat Hari Raya.
Ada satu pilihan dipanggil volum relatif. Secara ilmiahnya, saya sendiri tak faham untuk apa, tapi secara logik akal, boleh nampak macam mana nak guna. Selamat hari raya .
Kita cuba gunakan kelebihan yang ada pada lebel.new untuk buat trading plan mudah berdasarkan kemunculan candle berbentuk doji.
Saya ulang semula cara-cara untuk tandakan breakout candle. Nilai breakout dan sumber (open, high, low, close) boleh di ubah ikut citarasa.
Dalam pinescript, kita bukan saja boleh plot garisan atau label , kita juga boleh plot candlestick berdasarkan data open, high, low dan close. Boleh lihat pada penunjuk di atas yang dibuat oleh simpelyfe