Dalam pasaran, untung rugi adalah tanggungjawab sendiri. Hanya kita yang berhak untuk tentukan hendak beli atau jual. Meminta pandangan itu tidak salah. Dan kalau boleh, jangan letakkan seratus peratus kesalahan pada si pemberi pandangan jika kita rugi di dalam pasaran. Cuba cari kelemahan sendiri dan perbaiki sedikit demi sedikit. Selamat bercuti.
Sambungan kepada siri breakout dan selepas breakout, kali ni saya gunakan contoh carta CCK sebagai persediaan awal menuju breakout. Konsep yang sama lebih sesuai diguna pakai jika carta dalam tren menaik atau selagi berada di atas garis MA 200. Walaubagaimanapun, tetap boleh digunapakai sekiranya carta d bawah MA200 dengan syarat, - bentuk candle yang...
Kita ringkaskan sajalah. Divergence yang selalu digunapakai semasa melihat carta, memberi maksud indikator tidak bergerak seiring dengan harga. Kalau terjumpa, ianya memberikan kita satu tanda berkemungkinan akan berlaku perubahan arah pada pergerakan harga semasa. Bukanlah wajib bertukar arah, tetapi kita boleh buat persiapan awal menghadapi sebarang...
Volume pasaran hari ini nampak kenaikan ketara berbanding hari2 sebelumnya dan dipelopori oleh saham-saham dalam sektor tenaga. Sambil jalan-jalan tengok pasaran market kita dan luar negara. Ringgit mengukuh ke USD melemah?
Penerangan ringkas perdagangan kertas di tradingview. Beli Henti - kalau nak beli atas dari harga semasa. Beli Had - kalau nak beli harga di bawah harga semasa / terus beli harga semasa. Beli Pasaran - beli terus sampai habis jumlah unit yang kita tetapkan, tak kisah berapa harga pun. Jual Henti, Had, Market terbalikkan dengan maksud Beli. Renti Rugi...
Breakout entri tujuannya untuk menumpang sebarang momentum kenaikan yang bakal wujud. Bagi menambah keyakinan yang breakout entri itu berjaya, kita boleh liha - patern yang muncul sebelum breakout - 2 hari selepas breakout, harga tidak turun ke bawah dari aras breakout Contoh seperti video di atas. Semoga terhibur.
Nama yang selalu digunakan - rounding bottom (bullish) - rounding top (bearish) Saya panggil lengkung ajaib. Kena guna imaginasi yang tinggi untuk cuba membayangkan kemunculan lengkung ajaib. Selamat mencuba.
Tujuan saya membuat video sebab malas nak tulis panjang2. Apa yang nak disampaikan lebih mudah dan jelas dalam video. Selamat menonton.
Saham AWC di pilih hanya untuk dagangan jangka pendek menuju laporan kewangan akan datang yang di jangka SELEPAS 20 HB FEB nanti. Kalau tak minat dengan mak, boleh tengok juga anak dia yang baru lahir. MYX:7579WA Jadikan aras PIVOT bulan ini sebagai aras sokongan semasa.
Jalan-jalan sambil melihat prestasi saham-saham yang telah disaring cuti lepas. Kalau terlalu banyak pilihan, cuba fokus pada : 1. Saham yang perniagaannya mencatat keuntungan 2. Ada cerita-cerita menarik 3. Bergerak dalam tema atau selalu di panggil "satu jalan, yang lain pun jalan 4. Kenalpasti carta sedang berada di dalam fasa 1, 2 , 3 atau 4. 5. Menunggu...
Indikator sangat sesuai digunakan semasa kita membuat carian stok-stok yang berpotensi untuk didagangkan. Di dalam tradingview sendiri sudah ada beberapa indikator yang boleh kita guna pakai semasa membuat set up screener (penyaring). Untuk kali ini, saya tunjukkan screener dengan bantuan 2 indikator - STOCHASTIC dan MACD. Semoga terhibur.
Hari ini kita cuba menganalisa carta berdasarkan struktur puncak dan lembah yang nampak jelas. Sesuatu yang kita kena ambil tahu, carta itu sendiri sudah memberikan kita gambaran jelas samada tren semasa adalah naik , melintang atau menurun. Semoga dagangan kita selepas ini lebih baik dan lebih peka dengan arus semasa carta.
Inari nampak seakan sedang membuat corak bump-and-run (dipelopori oleh Mr. Bulkowski) pada carta harian. Jika lukisan atau gambaran saya sama seperti corak tersebut, kita boleh bayangkan arah seterusnya harga mungkin pergi. Jangkaan laporan kewangan dikeluarkan : 20 haribulan Feb ke atas.
Masih dalam aliran menurun. Cadangan kali ini hanya melihat arus kenaikan bermula dari awal tahun ini sehingga sekarang. Wajib bertanya dengan remiser atau dealer sebelum mula berjual beli. Mereka lebih layak memberikan nasihat. Semoga terhibur.
Dalam tradingview, ada disertakan bersama penunjuk "Pivot Point" atau dalam bahasa, diorang panggil "Pangsi". Penggunaan pivot secara umumnya untuk mencari potensi aras sokongan dan halangan. Dikatakan jika harga berada di atas aras Pivot P, carta adalah bullish dan jika berada di bawah Pivot P, carta belum lagi bullish. Semoga terhibur. Nota: video tersangkut...
Sejak penghujung Nov 2018, carta supermax membuat lower high dan lower low, tanda ianya berada dalam aliran menurun. Bermula awal tahun 2019, pergerakan harga tidak lagi membuat low terbaru, tetapi bergerak dalam julat harga yang lebih rapat. Jika boleh dibuat garisan, nampak seakan bentuk segitiga. Pergerakan harga seterusnya bergantung sisi mana yang...
Sekadar berjalan-jalan sambil melihat pasaran US dari penyaring tradingview. Semoga penutup JANUARI bagi tahun 2019 memberikan signal positif bagi menghadapi bulan-bulan akan datang.
Penerangan ringkas bagi membuat persediaan awal sekiranya terjumpa carta yang sudah breakout dari aras rintangan terbaru. Nama lain yang selalu orang panggil - buy on dips - resistance become support - pullback entry - sauk bawah Semoga terhibur