Paten carta yang muncul tetap sama. Bezanya hanya di mana kedudukan paten itu muncul. Sepertimana belajar untuk cari peluang masuk, begitu juga sama untuk mencari peluang keluar. Gunakan fungsi songsang carta untuk kefahaman yang lebih mudah.
Trend naik atau turun pasti ada pullback. Kalau takda, maknanya trend tu tak berapa sihat ! Kalau kita faham pullback ketika trend sedang menaik, secara tak langsung, kita juga mampu faham pullback ketika trend sedang menurun. Semoga terhibur.
Sambungan bahagian 1 tadi. Perhatikan ketika harga sedang jatuh. Akan ada peluang untung berdagang bagi tempoh singkat !
Sesuatu yang kita takut adalah untuk melihat trend yang semakin matang. Sedangkan, kematangan trend itu memberikan kita banyak peluang untuk berdagang. Sebab masa tak cukup saya buat 2 bahagian. Semoga terhibur
Tempohari kita sudah melihat bagaimana mengukur ANGGARAN TARGET jika harga tembus ke atas aras halangan. Konsep yang sama juga boleh digunakan untuk carta-carta yang sedang tembus aras sokongan atau aras swing. Hanya terbalikkan saja cara yang sama. Bukan setepat-tepatnya kita mau, yang paling penting, melihat apa reaksi harga jika sampai ke kawasan...
Harga QL sedang berada di dalam kawasan konsolidasi yang terkawal - nampak seakan bentuk segiempat. Kali ni, kita guna carta dalam bentuk bar. Tidak ada bezanya bar dengan candlestick biasa. Hanya untuk mengurangkan emosi bila terlalu terpengaruh dengan bentuk candle yang muncul. Jadi, bila tukar ke bar, mata kita akan lebih fokus mencari pattern2 yang biasa...
Dalam video ini , saya tunjukkan cara untuk membuat skrip / indikator sendiri dengan bantuan Editor Pine. Masih banyak lagi yang boleh dibuat. Tapi, sebagai pengenalan awal, dapat salin dan tampal pun jadi lah. Peringatan : Hanya untuk pembelajaran saja. Sila dapatkan nasihat dari remiser atau pakar kewangan sebelum membuat keputusan jual beli di bursa. Salin...
Pembetulan - Dialog sudah berada dalam komponen indeks KLCI. Nak sebut PRESS METAL, tetapi tersebut PENTA la pulak. Harap maaf. Ada sedikit penerangan ringkas berkenaan carta DIALOG. Ada kemungkinan carta sedang berada di fasa 3 atau fasa distribution. Tetapi, fasa 3 tidak akan lengkap selagi harga belum turun dan keluar dari "range area".
Pemahaman berkenaan volume ini terlalu banyak untuk diceritakan. Volume juga seperti mana2 indikator yang lain, boleh dimanipulasikan. Dalam video kali ini, saya cuba sampaikan salah satu penggunaan volume dan juga harga bagi mencari potensi keluar dari dagangan. Ianya tidaklah sempurna, tetapi boleh dijadikan sumber rujukan. Dengan adanya "Editor Pine", gunakan...
Maaf atas kesilapan ejaan SELL, bukan SEEL seperti dalam video. Teknik belian sama ada beli ketika breakout atau beli ketika pullback, tetap ada risikonya. Yang penting adalah kawalan risiko dan juga kemahiran kita dalam mengaplikasikan teknik di atas.
Sedikit penerangan ringkas berkenaan saham ibu dan saham anak (warrant). Semoga terhibur.
Cadangan sebelum ini tidak menjadi disebabkan harga tidak naik lebih tinggi. Kali ini, harga seakan sudah berhenti dari turun ke bawah. Cadangan entri hanya jika harga naik lebih tinggi dari harga tertinggi hari ini. Manakala risiko kerugian sesuai diletakkan pada harga terendah hari ini atau harga terendah pada 11 Oktober lepas. Potensi target sekitar harga...
Trend baru HANYA JIKA harga berjaya membuat aras rendah tinggi terbaru (higher low). Penerangan lanjut dalam video di atas.
Fungsi main semula adalah fungsi dalam tradingivew yang paling saya gemari. Pertamanya, kita boleh menguji sendiri sebarang teknik pada carta tanpa dipengaruhi oleh data2 terbaru. Keduanya, kita boleh rasa sendiri bagaimana perasaan pada waktu itu. Ketiganya, ianya percuma ! Setakat yang saya tahu lah. Jadi, gunakan sebaik mungkin untuk mempertajamkan lagi...
Terlebih dahulu, mohon maaf sebab tak dapat nak tunjuk cara menerbitkan idea dari mula. Bila kita belajar sesuatu, membuat nota atau catatan amat digalakkan supaya mudah untuk kita buat rujukan di masa akan datang. Begitu juga ketika berdagang di bursa, membuat nota berkaitan jual beli sangat dituntut supaya kita boleh belajar yang mana baik dan tidak...
Dengan kehadiran volum serta kenaikan harga minggu lepas, minggu ini carta sig gas masih tidak turun ke bawah, seperti ada sokongan belian yang baik. Cadangan entri hanya jika harga naik lebih tinggi dari aras cadangan dan risiko rugi boleh diletakkan berhampiran aras sokongan. Market kita masih dalam keadaan tidak menentu. Dicadangkan untuk lebih pantas...
Carta harian LEESK menonjolkan ciri2 Lower High (LH) dan Lower Low (LL) - seperti tiada lagi kekuatan dari pihak membeli. Garis purple yang sebelum ini menjadi aras sokongan kepada trend harian, kini berubah menjadi aras halangan. Jangkaan harga akan menuju ke kawasan sasaran seperti di atas atau menuju semula ke garis trend jangka panjang (MA 200). Buat masa...
Dalam video ini saya terangkan secara ringkas persamaan antara MACD, STOCHASTIC dan RSI. Hanya pandangan umum dan tiada sebarang teknik atau taktik berkaitan ketiga2 indi di atas.