OMESTI agak menarik untuk diperhatikan. Jika harga berlegar di atas 0.530 kemungkinan mampu untuk memecah halangan pada paras 0.550. Momentum dalam keadaan baik.
Volum pada hari ini agak baik dengan harga buka pada 0.860. Aras sokongan terdekat pada 0.885. Masih di dalam momentum kenaikan.
HOHUP momentum agak baik tetapi memandangkan indeks pembinaan dan indeks FBMKLI kekurangan momentum membuatkan harga tidak dapat mencapai prestasi yang dikehendaki. Walaubagaimanapun sekiranya harga mampu bertahan di atas 0.545 pasti menarik jika disambung dengan momentum indeks.
Rujuk idea terdahulu terdapat peningkatan volum di aras 0.195 hingga 0.210. Alhamdulillah setelah 2 minggu akhirnya pecah 0.210. Kenaikan ini seiring dengan momentum indeks property. Untuk sasaran jangka pendek kemungkinan meuju ke aras 0.325, tetapi jika pasaran optimis mungkin mampu menuju ke aras 0.355. Allāhu ʾaʿlam
Telah capai harga sokongan sebelum ini iaitu 0.330 dan menjadi aras rintangan buat masa ini. Sekiranya mampu melepasi 0.330 mungkin corak lengkap lengkungan mampu dicapai.
Indeks property dilihat menurun bermula tahun 2014 sehingga kini. Tetapi pada tahun ini telah membuat lantuan di paras fibo 23. Jika mampu bertahan di paras ini kemungkinan akan menyaksikan pusingan menaik dalam jangka masa 3-5 tahun. Dengan penurunan OPR oleh Bank Negara mungkin akan menarik minat belian sektor perumahan di kalangan rakyat.
MRCB telah buat tiga bawah dan sedang cuba menari tanggo 1,2,3. Momentum kelihatan agak menarik dengan aras sokongan pada 0.755.
Aras harga 1.330 kekal menjadi aras sokongan kuat untuk JHM. Tetapi hari ini dilihat membuat kenaikan yang cantik untuk ditutup pada harga 1.380 yang kelihatan sebagai aras rintang kuat. Jika esok terdapat jurang atas mungkin lebih menarik.
Aras harga 0.285 sudah banyak kali menjadi aras sokongan untuk SAPRNG. Sebelum ini aras 0.255 dilihat sebagai aras sokongan yang paling kukuh dan harga yang paling terendah dicapai oleh SAPRNG. Kelibat corak dua bawah agak menarik tetapi kelihatan lebih menarik jika aras 0.285 dipasak dengan kukuh untuk menuju ke aras seterusnya.
MCT kelihatan peningkatan volum seiring dengan MACD. Walaubagaimanapun tidak banyak berlaku perubahan harga. Mungkin berada pada fasa pengumpulan. Cuma yang menarik disini adalah adakah harga 0.195 adalah aras sokongan sebenar atau masih ada ruang untuk membuat aras terendah lagi? Saya cuba menyusun beberapa posisi kemungkinan.
IBHD membuat lantunan apabila mencecah paras harga terendah iaitu 0.210 bersama dengan peningkatan volum yang ketara. Garisan hijau merupakan garisan sokongan utama DTL manakala garisan merah ialah garisan halangan utama major DTL. Jika melepasi garisan sokongan utama SBR kemungkinan akan menuju melepasi harga sokongan terdekat iaitu 0.285. Adakah IBHD akan...
Seperti contoh terdahulu TEXCYLE, WCE juga menyerupai sifat yang sama. Menarik untuk disaksikan.
Cetusan idea yang lepas IFCAMS telah berjaya keluar dari aliran penurunan selepas melepasi harga 0.320. Masih terdapat halangan di paras 0.565 yang perlu dilepasi sebelum meneruskan momentum ke 0.700. Katalis usahasama dengan Huawei syarikat berstatus global agak kuat. b Usahasama dalam bidang AI dianggap sebagai pemangkin terbaik untuk IFCAMS.
ARBB cuba untuk membuat HHHL sekiranya mampu memecahkan paras 0.375. Momentum belian masih kuat.
Pada 29 Oktober MIECO telah melepasi paras rintangan 0.300 dan ditutup pada harga 0.320. Seandainya harga mampu bertahan pada paras 0.310 ia akan membantu MIECO untuk meneruskan momentum untuk memecahkan paras rintangan.
Harga rugi henti dibawah 0.605. Perlu kekal di aras 0.610 untuk membuat momentum kenaikan.
Secara ringkas jika harga stabil pada 1.340 akan meneruskan momentum ke 1.390. Tetapi jika harga tutup di bawah 1.330 teruskan rugi henti dan aras sokongan terdekat adalah 1.270.