Econbhd kelihatan sedang melepasi halangan 0.820 setelah semalam memberikan bullish reversal candle iaitu Bullish Engulfing.
UWC telah berjaya membuat pinbar breakout sebelum ini namun terima sedikit rejection ataupun kejatuhan. Menariknya selepas rejection, ia kembali gap up. Membentuk efek tri-star (bullish).
Orion telah sampai ke lower parallel modified pitchfork dengan membuat gaya hammer. Namun pembukaan semalam sedikit menggusarkan di mana dia gap down ke hammer's low. Namun ia mampu bertahan dan membuat kenaikan pada belah petang dengan penutup yang baik iaitu 0.095. Selagi mana ia bertahan atas 0.090, ianya masih menarik untuk diperhatikan.
Sealink telah rebound di EMA 20. Semalam cubaan untuk menembusi halangan terdekat 0.300 sedikit gagal. Namun hari ini dengan open gap, menunjukkan momentum semalam masih berterusan.
RSI pada MCT menunjukkan isyarat Bullish Divergence. Ini mencadangkan, perubahan kepada uptrend mungkin akan berlaku tak lama lagi.
Greatech meneruskan pendakian dengan mencipta pendakian baru. Sudah agak lambat untuk entry. Namun dari pergerakannya, ada potensi besar untuk pergi jauh. Jadi sebaiknya tunggu dia melepasi channel pertama (garis dot) atau tidak. Jika lepas, tunggu retracement ke garis tengah channel (garis dot). Jika tidak lepas tunggu retracement ke paras sokongan (kemungkinan 1.20).
PNEPCB menunjukkan perubahan sifat. Jika candle dia sebelum ini banyak lubang2 atau orang panggil tahi lalat, kini telah mula tersusun rapi. Itu menunjukkan ada minat sudah mula masuk berbanding sebelum ini. Ini ditunjukkan juga oleh kehadiran volume. Dengan menggunakan Donchian, jika price bermain atas Median Line 0.54 ia menunjukkan kemungkinan besar range...
Orion merekodkan Laporan Sukuan yang teruk sama seperti pada September 2018 yang menyaksikan ia gap down sebelum mula buat kenaikan. Apakah itu perangai Orion? Sama-sama kita perhatikan. Dari segi teknikal ia telah sampai ke Lower Parallel Modified Schiff Pitchfork. Dan ia membentuk Hammer di atas garisan tersebut. Ini memberi kebarangkalian untuk ia bertahan...
Carta harian menunjukkan Biohldg membuat corak Descending Triangle. Dan harga kini berada dalam zon sokongan (0.195 - 0.215). Dalam keadaan ini adalah lebih baik tunggu ia melepasi 0.215 dahulu. Kemudian tunggu dia retest 0.215 sebagai sokongan sebelum membuat entry. Exit di Rintangan Descending Triangle jika harga tidak mampu menembusinya. Jika harga berjaya...
KFima masih bertahan atas window/gap (1.71) dan kelihatan membentuk Descending Triangle. Garisan merah merupakan rintangan dan sokongan dari carta mingguan. Garisan biru merupakan rintangan dan sokongan dari carta harian. Garisan hitam pula merupakan downtrendline. Harga adalah bullish jika ia berjaya melepasi rintangan Descending Triangle (Garis Hitam). Namun...
Johotin telah lama bergerak dalam lingkungan consolidation besar (1.33 - 1.46). Seminggu terakhir ini dia membuat pangkalan berbentuk mini consolidation (1.39 - 1.42), terletak di pertengahan lingkungan consolidation besar. Ini merupakan satu bentuk pengumpulan kekuatan untuk melepasi lingkungan consolidation besar di mana 1.46 adalah paras...
Sentoria breakout doji semalam dan sedang melepasi EMA 50. Harga sasaran berdasarkan fibonacci retracement adalah sekitar 0.255, 0.295.
ARBB berada di trendline dan stochastic telah menunjukkan oversold. Semalam ia membuat inverted hammer dengan tinggi 0.380. Jadi untuk pengesahan reversal adalah apabila price mula melepasi paras 0.380.
Eforce telah mula menunjukkan trend yang lebih jelas. Ia melantun di Pitchfork Lower Quartile dan serentak dengan itu membentuk satu trendline. Adakah trendline ini sah? Kita lihat pada tekanan belian. Ini dapat dilihat melalui OBV. OBV menunjukkan volume belian konsisten meningkat berbanding volume jualan. Ini memberi kita gambaran tekanan belian itu kuat.
Orion masih bertahan atas Lower Quartile Schiff Pitchfork diubahsuai. EMA 50 menjadi rintangan dinamik untuk Orion. Dia perlu melepasi EMA 50 untuk kembali membuat kenaikan.
DRB Hicom dengan prestasi Proton yang semakin baik sedang membuat corak Cawan dan Pemegang. 2.59 merupakan Neck Line atau Garis Leher. Sekiranya harga mampu bertahan atas dari paras ini, ia berpotensi untuk pergi ke 4.50 (mengikut kedalaman cawan).
Sama seperti mak dia, scomi-wb turut membuat base di atas awan 0.03. Chikou pun konsisten menjadikan price sebagai sokongan. Namun ia perlu naik kurang dari seminggu atau ia menghadapi risiko untuk turun ke 0.02.
Scomi sedang membuat base di atas awan 0.085. Hammer di 0.085 merupakan isyarat yang baik menunjukkan 0.085 adalah kuat untuk dijadikan base. Selain itu jika lihat pada Chikou ia konsisten menjadikan price sebelum ini sebagai sokongan. Dijangka menuju ke atas dalam seminggu dua lagi.