1. Corak candle bearish engulfing menunjukkan bearish reversal dan kemungkinan jatuh jauh ke bawah. 2. Kemungkinan menuju ke 0.940 di mana EMA 200 dan Fibonacci Retracement 61.8% terletak.
Aturmaju Resources Berhad menunjukkan prestasi kewangan yang sangat-sangat baik. Jika lihat analisa Aturmaju (dalam pautan/link di bawah) saya sebelum ini, saya ada menyatakan Aturmaju bersedia untuk membuat uptrend atau rally berdasarkan corak WYCKOFF yang ditunjukkannya. Ya kadang-kadang market lambat sedikit bergerak seperti yang kita jangkakan atau mungkin...
Dayang telah pecah EMA 50. Kalau lihat pada candle pattern terdapat 3 Tri-Star Top pattern yang mencadangkan price menuju ke bawah. Apakah dia ingin beri diskaun pada harga 1.16 atau lebih rendah lagi? Sama-sama kita nantikan.
Barakah semakin hampir dengan penghujung Symetrical Triangle di samping bertahan di sokongan 0.09. Adakah dia akan breakout upward atau downward? Belum ada signal yang jelas lagi, namun menarik untuk diperhatikan.
TNB sudah agak compressed dan di penghujung Falling Wedge. Kelihatan kini dia sedang menguji paras sokongan candle sebelum ini di 11.80. Seterusnya kita lihat samaada dia pecah ke bawah corak Falling Wedge atau dia melantun di 11.80 dan seterusnya breakout ke atas corak Falling Wedge. TNB antara penyumbang besar pada pergerakan indeks KLCI. Sekiranya dia pecah...
Hartalega mencatatkan sedikit kemerosotan pada QR 4 namun YoY dia berkembang dengan cukup baik. Harga kelihatan stabil di atas MA 50. Sekiranya dia mampu bertahan dan seterusnya rebound, target price untuk mid term adalah sekitar 5.68 - 5.80. Untuk short term 5.16. Untuk long term, kena lupakan password ;)
Sapura Energy kini sedang bertenggek di paras sokongan awan iaitu pada harga 0.315. Memandangkan ia telah masuk ke dalam awan, ini bermakna besar kemungkinan dia sedang consolidate (akan ding dong dahulu). Namun harga 0.315 tu menarik bagi mereka yang yakin dengan masa depan Sapura Energy untuk kembali mencatat keuntungan.
Orion kini sudah menjejaki support atau trendline. Dan dia juga membuat mini consolidation (bermain sekitar 2 bids). Apakah ia hanya menanti masa untuk membuat rebound. Jika rebound, ia kemungkinan tidak terus meroket kerana masih baru lagi dalam fasa pembetulan. Namun saya lihat ini sebagai satu peluang untuk dapatkan harga yang cukup baik.
Ptrans sebuah syarikat bas (dan ada bisnes lain) merupakan syarikat yang stabil namun saham dia masih tidur. Baru-baru ini dia telah membuat spring atau false support breakout. Apakah ini petanda awal untuk dia mula bangkit dari tidur? Rintangan yang perlu dilepasi 0.225. Jika berjaya lepas, mungkin akan menguji paras 0.250 sebelum mengambil nafas semula.
CCK-WA kelihatan cuba untuk memecahkan consolidation. Paras rintangan ialah 0.135. Adakah ia mampu lakukannya hari ini? Jika ia berjaya, target price adalah 0.220 (Fibonacci retracement 61.8%) atau 0.260 (Fibonacci retracement 78.6%)
Dufu hari ini membuat pullback reversal. Dan kemungkinan besar ia membuat corak Rounded Bottom. Volume turut melepasi purata 20 hari, mengesahkan pullback reversal ini adalah benar. Ada kemungkinan juga Dufu bakal membuat ketinggian baru.
UNISEM melalui MACD dan RSI memberi isyarat bullish divergence. Walaupun mencatat Laporan Sukuan yang kurang memberansangkan, namun market bertindak sebaliknya iaitu berlakunya loncatan harga. Apakah pasaran telah mengambil kira Laporan Sukuan terbaru Unisem di mana harga telah jatuh sebelum laporan terbaru ini dikeluarkan semalam? Apakah kaunter UNISEM ini...
Ajinomoto sebuah syarikat yang kuat menjadi tumpuan para pelabur. Mari kita lihat pada teknikal. RSI telah menunjukkan paras yang tersangat oversold di mana ianya terdedah kepada technical rebound sekurang-kurangnya. MACD pula sedang menuju ke atas. Tapi perkara yang paling menarik ialah dua ini: 1- Price telah turun ke paras fibonacci 0.382 iaitu salah satu...
Timing Velesto sangat tepat. Ia dapat projek dari Petronas dan dalam masa yang sama harga minyak dunia melonjak (disebabkan faktor sekatan terhadap minyak Iran). Dari segi teknikal pun sangat menarik, di mana ia sedang membuat Bollinger Bands Breakout selepas Squeze atau Contracted. Beserta dengan breakaway gap dan breakout volume.
Barakah telah menemui jalan untuk mengatasi masalah hutangnya. Disamping itu telah menandatangani MOU untuk meluaskan lagi perniagaannya. Dari segi teknikalnya pun baik. Muncul Spinning Bottom candle di support dan RSI 7 telah menyentuh nilai 30.
Maaf terdapat pembetulan untuk Gelombang 4 dan 5. Tak perasan tadi Gelombang 4 melepasi paras gelombang 1. Jadi pembetulan projection Gelombang 4 : 1647 Gelombang 5 : 1260
Semalam adalah analisis untuk membatalkan projection Elliott Wave yang besar. Namun hari ini ianya tidak berlaku, di mana indeks telah turun bawah dari paras 1629. Maka tak dapat dielakkan, projection yang asal terpaksa dipenuhi. Sekarang indeks sedang melengkapkan Gelombang 3 dengan projection di paras 1595. Ianya akan diikuti pula oleh Gelombang 4 dengan...
Pada Feb lepas KGB cuba membuat All-time High, tapi tidak cukup padu. Setelah ding dong seketika akhirnya ia berjaya menukarkan rintangan 1.280 menjadi sokongan. Pullback yang sihat dan reversal candle yang cantik. RSI juga masih jauh dari paras overbought, memberi lebih ruang untuk KGB membina momentum kenaikan.