Selang masa 30 minit melihatkan lilin sedang menguji Fib Retracement 0.618 dan dapat bertahan. Dijangka akan naik semula memandangkan sektor minyak sedang tranding. Jika malam ni Brent Oil naik berbanding semalam, maka esok berkemungkinan besar akan melonjak semula. Namun harus berhati-hati kerana sejarah kuanter ini seperti pump and dump.
Walaupun sektor minyak menunjukkan kenaikkan mendadak tapi SAPNRG dilihat masih tren menurun pada selang masa mingguan dan dilihat masih jauh perjalanan untuk SMA50 pintas SMA200. Harus berhati-hati kerana sejarah kuanter ini sering kali memberikan pedagang sangkut pucuk. Kuanter berat, susah naik tapi senang turun.
Lihat pada tren graf seperti harga bertahan, bermakna pedagang sedang kumpul sehingga satu masa akan meletup. Geraf mingguan pun sudah menunjukkan tren menaik. Mari rebut peluang.
Jika berjaya menembus harga 15sen maka berkemungkinan boleh menuju target yang dahulu 38sen. Tetapi berjaga-jaga kerana dahulu kelihatan seperti pump and dump. Tetapkan sasaran keuntungan dan cabut lari supaya tak sangkut di pucuk.
Fib Retracement menunjukkan lilin sedang menguji sokongan 0.618 dan dan SMA50 seterusnya berkemungkinan akan turun sehingga mencecah RM0.69. Harga diskaun kerana kuanter sudah melepasi harga RM1.00 kemudiannya membuat pembetulan sehingga hari ini. AEMULUS sudah mula menunjukkan potensi dengan pendapatan dan keuntungan yang baik untuk 3 suku tahunan berturut-turut...
Setelah jatuh tanpa henti sehingga lebih 25% sejak 16 feb lalu, JFTECH tunjuk tanda reversal pada hari ini. Simbol tukul pada lilin hari ini berkemungkinan besar bakal diikuti kenaikan pada hari-hari berikutnya. JFTECH dilihat melantun pada sokongan Fib Retracement 0.786 dan menguji sokongan itu selama 2 hari. MACD dan Stochastic juga menunjukkan sudah terlebih jual.
QR dengan keuntungan yang baik boleh buat naik atau akan buat pembetulan Elliot Wave terlebih dahulu. Graf menunjukkan lilin telah cuba uji rintangan Fib Extension 0.618 sebelum turun membuat pembetulan. Pendapat saya tengok dulu dia lepas atau tak 0.618 tu atau betul dia sideway. Kalau dilihat profil volume seolah-oleh masih ramai yang pegang sejak harga sebelum...
AIRASIA bakal menguji rintangan Fib Extension 0.618 disaat vaksin sudah mula diberi kepada rakyat Malaysia. Inilah masa yang sesuai untuk beli dan simpan kuanter AIRASIA kerana semestinya nilai syarikat adalah sangat diskaun seolah-olah beli barang bukan saja dapat barang malah tokei kedai bagi duit lagi, itulah perumpaan yang sesuai untuk AIRASIA. Sebelum...
Laporan suku tahunan yang telah keluar dengan keuntungan tinggi pastinya akan menjadi perhatian pedagang-pedagang. Lilin dilihat sedang menguji sokongan sambil meniti di atas SMA 50. Dengan laporan suku tahunan yang baik pastinya boleh naik semula. Permainan kewangan suku tahunan dilihat agak menjadi penentu apabila banyak kuanter jatuh menjunam disebabkan QR rugi...
Antara kuanter dengan volume tinggi tapi tidak naik adalah INIX. Kuanter ini dikaitkan dengan pembangunan 5G Malaysia dalam sistem simpanan data cloud. Selain itu kuanter ini juga ada berkait tengan vaksin sebelum ini. Asalnya kuanter ini adalah kuanter teknologi fokus pada IT. Bila dah suatu kuanter tu buat macam-macam maka lebih kepada kuanter goreng. Kalau...
Kedudukan Fib Retracement dalam kawasan 0.382 menunjukkan graf akan menaik disamping Pembetulan Elliot Wave (flat) pada gelombang C yang dijangka tamat pada garis support yang hampir sama dengan poin A. ELSOFT berada dalam sektor teknologi semiconduktur yang berada pada landasan tren menaik.
Kuanter yang bakal menyerlah dengan jangka masa lama. Tambahan lagi penglibatan TMJ selaku sebahagian dari pemegang saham TMCLIFE. Fib Retracement menunjukkan sekurang-kurangnya harga mampu untuk mencapai RM0.865 pada waktu terdekat. Selang masa TF4H juga menunjukkan formasi tukul terbentuk pada lilin sebelah petang dengan ekor yang panjang. Ini menunjukkan...
Berita terbaru yang mampu melonjak naik K1 kembali telah tular iaitu membekal picagari khas untuk vaksin ke seluruh dunia. K1 merupakan kuanter tren menurun, namun berita sebegini mampu menaikkan kembali harga saham K1. Berdasarkan graf masih terlalu awal dan dilihat hanya kelibat bilis kecil dengan belian runcit. Dalam tempoh 1 minggu telah nampak sedikit...
Selang masa TF30 melihatkan MPAY menguji sokongan Fib Retracement 0.5 dengan pembelian mengatasi jualan. Ini menunjukkan sokongan 0.5 tersebut adalah kuat dan berkemungkinan besar akan naik semula pada hari esok. Ini kerana RM0.230 merupakan rintangan sebelum ini dan telah menjadi sokongan (RBS- resistance become support). Kuanter abangnya, GHL juga dilihat sedang...
Mangalami kenaikkan kesan dari pelan pembangunan 5G Malaysia, OPCOM membuat pembetulan harga. Sekarang sedang menguji sokongan Fib Retracement 0.382, jika tidak bocor maka graf akan meneruskan kenaikkan dan menguji semula rintangan RM0.830. Jika bocor sokongan 0.382 maka lilin akan terus menguji Fib Retracement 0.5 atau 0.618. Jika lilin esok hijau dan melebihi...
Hari Jumaat lepas lilin cuba pecah rintangan segi tiga kemudiannya pancit di sebelah petang. Jangkaan asal graf masih dalam pembetulan Elliot Wave tetapi tidak pasti a b c atau a b c d e. Jika isnin ni naik maka pembetulan adalah a b c. Jika lagi 1 minggu baru naik dan meroket maka pembetulan adalah a b c d e. Tak kisah sebenarnya untuk tentukan abc atau abcde...
Sektor 5G menjadi tumpuan dan dijangka akan terus memberi momentum. Kerajaan telah mengumumkan pelan pembangunan sistem 5G yang semestinya memberi manfaat kepada AWANTEC. Jangkaan 46% lagi mampu untuk dicapai pada masa terdekat semasa isu masih hangat. Para pedagang boleh ambil peluang melabur dalam sektor 5G.
Cawan dan tangkai berjaya dibentuk dengan lilin hijau sebatang memecahkan rintangan tangkai pemegang. Namun cubaan masih belum berjaya pecahkan rintangan RM14.14. Dengan sentimen 5G sedang dikompang oleh kerajaan pastinya TIMECOM mendapat manfaat dari program tersebut. Masih banyak peluang yang mampu direbut dengan kuanter ini. Walaupun harga kayangan namun stabil...