PokMangTrader

INIX masih ramai yang menanti

Singkat
PokMangTrader Telah dikemas kini   
MYX:INIX   None
Antara kuanter dengan volume tinggi tapi tidak naik adalah INIX. Kuanter ini dikaitkan dengan pembangunan 5G Malaysia dalam sistem simpanan data cloud. Selain itu kuanter ini juga ada berkait tengan vaksin sebelum ini. Asalnya kuanter ini adalah kuanter teknologi fokus pada IT. Bila dah suatu kuanter tu buat macam-macam maka lebih kepada kuanter goreng. Kalau tengok grafnya memang nak plot elliot wave pon tak boleh. Selepas pecahkan segi tiga dengan volume yang tinggi tapi kenaikan yang sedikit INIX dilihat tarik balik sehingga lilin ketiga. Biasanya tarik balik pada lilin kedua dan lilin ketiga hijau dan terus meroket. Walaubagaimanapun volume tertinggi setakat graf yang dilihat menunjukkan pembelian mengtasi penjualan dengan point of control pada harga RM0.325. Masih ramai yang berharap dengan kuanter ini dan operator dilihat tidak mahu bocor sokongan. Pandangan saya jangan simpan lama, cepat naik maka cepatlah turun. Kalau dia naik tak turun-turun tu anggaplah tak ada rezeki, yang mana jarang-jarang berlaku.
Komen:
INIX telah gagal mengikut tren break out segi tiga sebaliknya bocor support RM0.310
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.