Selang masa 4 jam (TF4h) menunjukkan tukul terbalik (inverted hammer) pada lilin sesi petang setelah beberapa lilin merah sebelumnya dan berkemungkinan besar akan reversal pada esok. INARI dijangka akan memperbetulkan tren gelombang ke 5 Elliot Wave setelah melakukan pembetulan pada gelombang 4. Selang masa 1 hari (TFD) menunjukkan cubaan untuk menguji sokongan...
Selang masa 4 jam (TF4h) menunjukkan carta membentuk tukul pada sesi pagi sebelum naik dengan lilin hijau panjang pada sebelah petang. Tukul (hammer) merupakan salah satu indikator reversal yang sering digunakan pedagang. Selang masa 1 hari (TFD) pula menunjukkan lilin hijau dengan ekor panjang selepas beberapa lilin merah sebelum ini. Ini menunjukkan yang D&O...
Rintangan bakal cuba dipecah kali ketiga dengan bantuan sentimen dan tren positif teknologi yang sedang memuncak pada masa kini. Apa yang merisaukan adalah setelah dua kali cubaan memecah rintangan sebelum ini tidak berjaya tapi harga jatuh menjunam. Unjuran Fib Extension menunjukkan jika rintangan berjaya dipecah seterusnya memecah Fib Extension paras 0.618...
Kenaikan mendadak pada hari ini menunjukkan CENSOF pada gelombang ke 3 Elliot Wave. Unjuran Fib Extension melihat lilin telah memecah sehingga 2.618 dan kebarangkalian akan berhenti pada 3.618 sebelum membuat pembetulan pada gelombang ke 4.
Telah berjaya memecahkan segi tiga dengan volume dan momentum yang tinggi terutama 30 minit sebelum pasaran tutup. Namun MINETEC perlu memecahkan rintangan RM0.245 sebelum sah untuk terus mendaki sehingga rintangan seterusnya RM0.33. MINETEC merupakan kuanter dengan aliran menurun dan bukanlah diletakkan di dalam senarai perhatian. Satu batang lilin hijau mungkin...
Segi tiga telah dipecahkan dengan sedikit momentum dan volume melebihi purata. Ini menunjukkan permulaan kenaikan bagi INIX. Dikala sektor teknologi merah berdarah INIX menongkah arus dengan lilin hijau memecahkan segi tiga. Beberapa indikator lain juga turut menunjukkan INIX akan membuat lonjakan lagi. Walaubagaimanapun, segala kebarangkalian boleh berlaku.
Secara teknikal, SMCAP telah menguji dua kali pada sokongan RM0.410. Ini menunjukkan kuanter ini mampu bertahan dan seterusnya akan pecah (BO) segi tiga kemudian naik ke atas. SMCAP juga dilihat sudah berada di penghujung pembetulan Elliot Wave dan akan memulakan gelombang yang baharu. Jika benar, maka unjuran Fib Extension menunjukkan kebarangkalian boleh...
Carta FIHB dilihat berada pada gelombang 3 Elliot Wave dan dijangka akan berakhir serta kebarangkalian tidak melepasi paras 2.618 Fib Extension. Volume juga dilihat semakin berkurangan dan dijangka akan tarik balik (pull back) seterusnya menjadi gelombang ke 4. MACD dan Stochastic juga dilihat telah menunduk ke bawah menunjukkan kebarangkalian untuk terus menurun....
Carta TIMECOM menunjukkan bentuk lengkungan berkemungkinan cawan dan menunggu pemegang untuk melengkapkan corak cawan dan pemegang (cup and handle). Pastinya peniaga-peniaga di pasaran saham menanti sehingga terbentuknya pemegang cawan yang mana jika memecah garisan pemegang maka dijangka seterusnya akan memecahkan rintangan pada harga RM14. Fib Extension...
Jika dilihat tren terbaru, INARI mampu mencecah harga RM4.00 dalam masa lebih kurang sebulan berdasarkan harga semasa, bersamaan 20% pulangan. Ianya dilihat melalui unjuran Fib Retracement. Jika anda inginkan kuanter yang kurang risiko maka INARI adalah salah satunya. Walaupun sesetengah pelabur baharu mengatakan harganya agak mahal namun pulangannya agak...
Heikin Ashi mingguan menunjukkan batang lilin merah dengan volume tidak mencapai purata. Anggaran Elliot Wave berkemungkinan masih mencari-cari tapak untuk gelombang ke 2. Fib Retracement pula menunjukkan harga berada pada kawasan 0.382 yang mana masih baik dan tren menaik. TOPGLOV dilihat masih belum ada momentum untuk menolak harga ke paras yang lebih tinggi....
Candle berbentuk hanging-man telah beberapa kali terbentuk pada masa hendak membentuk formasi memecahkan rintangan. Mampukah PMETAL meneruskan kenaikkan atau akan pancit lalu jatuh ke kawasan Fib Retracement 0.5/0.618. Barangkali minggu hadapan akan ditemui jawapannya.
Fib Retracement utama menunjukkan JFTECH berada dalam lingkungan tren menaik 0.382. Fib Extension menunjukkan kebarangkalian kuanter ini akan menuju kepada harga 2.41 berdasarkan jangkaan Elliot Wave gelombang ke 5.