Kelihatan Frontkn WB membuat satu lagi handle, sebelum menyambung kenaikan. Boleh la que sikit. CL bawah 600. Ride sampai lebam. TAYOR.
Wong berada di kawasan penawaran. Adalah penting untuk Wong kekal berada di atas 1.80 untuk teruskan kenaikan. Apapun jadikan MA50 sebagai penanda aras. TAYOR
Ramsol ni ada gaya nak buat base dulu. MA50 sebagai aras sokongan. Kita tengok dia. Tapi rasanya macam tak syariah TAYOR
ABLEGLOB nama sebelumnya Johotin. Syarikat yang bagus. MA22 sebagai aras sokongan. Lambat tapi selamat kaunter ni. RRR seperti tertera. Mungkin akan pergi semula ke 1.83, nak nak pulak QR nak keluar ni. TAYOR
AA seolah olah sedang membentuk formasi cangkir dan pemegang setelah kenaikan sebelum ini. Risk dan Reward seperti tertera. Cuma perlu berhati hati dengan musim QR. Jangan kena tiaw sudahlah. TAYOR. p/s: dengar nya tempahan tiket pelanggan AA dibatal dan dipindah masa sesuka hati?
Wong rejected by supply area. Apa yang boleh kita lihat, kemungkinan akan membentuk pemegang untuk melengkapkan bentuk cangkir dan pemegang. Kawasan fibo 0.5 di 1.67. Risiko 3%. Dan seterusnya mencuba untuk memecahkan kawasan penawaran. TAYOR.
Annjoo nampanya melantun di MA50. Kawasan yang baik untuk tumpang kenaikan. TP skitar 2.82, andai berjaya pecah kawasan ini mungkin jauh perjalanan, 3.00 perginya. TAYOR.
Annjoo jika dilihat secara kasar melantun di MA50, dan ditutup kuat semalam. Masa masa akhir big lot makan tinggi. Aku menjangkakan harga akan bermain sekitar 2.50 beberapa hari, tapi tak menjadi. Jika masuk di 2.65 RRR 1:1.5, so 50:50. MACD pun hampir DX. TAYOR
Follow up idea sebelum ni, Scientex berjaya memecahkan DTL. Semalam Scientex ni cuci retailer sebelum tutup kuat. Boleh perhatikan reaksi harga di 4.85 juga merupakan rintangan gann. Mungkin akan membuat pemegang sebelum meneruskan perjalanan. TAYOR.
CTOS ni semalam nampak ada penjualan, dengan candle merah sebatang. Mencuakkan. Apa yang boleh kita lakukan adalah perhatikan sama ada penjualan akan terus berlaku atau berkurangan. CTOS perlu bertahan di atas kawasan kotak tersebut menjadikan ia kawasan garis leher, andai kotak (permintaan) ini koyak , maka double top akan terbentuk. TAYOR.
Air Asia boleh dikatakan kaunter yang banyak disebut sebut ketika kebenaran rentas negeri diwartakan. Gagal bertahan di 1.11 akan pergi 1.06. DX MACD juga sedang berlaku, kemungkinan akan sideway seketika. Kejatuhan ini berikutan ara pedagang mengambil keuntungan setelah lama mengumpul kekuatan. TAYOR.
Anjoo hampir sampai TP. Apapun perjalanan yang menarik dan penuh pancaroba. Tahniah! Sekarang sama ada mahu TP semua atau separuh dan boleh carry untuk tengok perjalanan seterunya samada berjaya memecahkan rintangan atau akan kembali ke MA50. 10 lot pun dah 500 matttt. TAYOR!
MILUX telah breakout dari sideway yang lama. Rintangan dan sokongan terdekat menggunakan Gann. Saham ini ringan ya, senang lambung, senang rejam. MACD cantik tu. TAYOR.
SPSETIA kelihatan menarik untuk diperhatikan, harini di tutup kukuh di harga breakout. Gunakan aras sokongan dan rintangan Gann untuk mengagak reaksi harga seterusnya. TAYOR.
Harini Lagenda tutup kuat dengan marubozu dan volume. Gunakan Gann untuk ketahui aras rintangan dan sokongan. Beli untuk FIFO okay lah dapat beli kepsi pun okay. Jangan masuk niat FIFO, jual niat swing pulak ye. TAYOR.
Ulicorp dulu kaunter yang agak baik, sekarang sudah jadi kaunter liar dengan fake BO. Harini close dengan pedang. Paling baik tunggu dia retrace dulu. Jika tidak berjaya tahan 1.51, mungkin akan pergi 1.44. TAYOR.
Anak Scientex lebih kurang bentuk seperti mak. Boleh la tengok tengok, mak laju anak rintik. Dekat aras sokongan dah tu. Swing tenang. TAYOR.
SCIENTEX kelihatan baru bendera BO setelah sideway di sekitar 4.50, kenaikan disokong dengan volum. Pergerakan seterusnya akan menarik. MACD hampir GX. Boleh rujuk aras sokongan dan rintangan Gann. Tenang tapi pasti. TAYOR.