Anak Scientex ni mengikut carta mak. Sokongan berada di RBS 1.36, juga MA50 TF4H. TAYOR.
Anak VS bermain di aras rintangan 500. Jadikan RBS 470 sebagai aras sokongan. Agak berisiko kerana ada volume menjual besar yang masih belum di neutralkan pada candle beberapa hari lepas. Jika mak pecah 1.50, anak mungkin akan ikut memecahkan 500. TAYOR.
VS merupakan syarikat dalam rantaian semi konduktor. Kelihatan sedang membentuk kepala dan bahu terbalik. Menarik jika berjaya memecahkan 1.50 dengan volum. Berita dana awam memasuki kaunter ini boleh dijadikan katalis. MA50 sebagai aras sokongan. TAYOR.
Lama tak tengok Scientex ni, selepas berita ambil alih Daibochi terus terbang. Apapun perhati RBS 4.55, kemungkinan akan sideway beberapa hari. Mungkin akan sambung kenaikan. Pecah 4.55 dengan volume silakan lari. TAYOR.
Superln boleh tengok semula bila berjaya berada atas 900. Harga semasa berdekatan dengan MA50 dan MA200. Boleh masuk harga semasa untuk pantulan teknikal dengan CL rapat dan mungkin melarat, MACD pun kelihatan mahu DX. Risiko agak tinggi. TAYOR.
Boleh lihat semula carta MMSV. Macam ada sesuatu. Cut sekiranya jatuh bawah 1.05. TAYOR.
FSBM merupakan syarikat berasaskan perkhidmatan teknologi. Secara FA barai, QR teruk, PN17. Jika tengok pada keadaan semasa dari segi TA, sesuai swing boleh hold sekiranya harga kekal berada di atas MA50 260. Boleh jadi kenaikan berlaku selepas harga berjaya pecah trendline atas. TAYOR.
MMSV dah sampai TP, kemungkinan akan retrace dahulu ke MA50, MA200. Tapi boleh perhatikan tanda reversal. TAYOR.
Revenue-Wa nampak membentuk bahu dan kepala terbalik. Menanti BO, cuma BB belum mengembang, boleh perhatikan dengan lebih lanjut. TP sekitar 1.50. TAYOR.
Sekarang ni kaunter dengan tema besi sedang jalan. Ulicorp antara salah satu syarikat berkaitan besi. Kelihatan Ulicorp dah sampai TP di garisan trendline atas. Untuk masuk sekarang sangat berisiko. Boleh tengok aksi harga beberapa hari akan datang di sekitar MA22. TAYOR.
QES dah ada DX antara MA6, MA22 dengan MA50. Masih uptrend cuma kurang kekuatan. Agak berisiko. Mungkin akan berehat lama. 735 sebagai aras sokongan. TAYOR.
FRONTKN dalam industri semikonduktor. Nampak dah BO garis leher bahu dan kepala. Bismillah, MA22 sebagai aras sokongan. Lihat sama ada ia akan ride upper BB. RM4 here we go! TAYOR.
SKPRESS merupakan syarikat semikondukter. Kelihatan positif carta semasa. 1.90 sebagai aras BO. Swing tenang. MA22 sebagai aras sokangan. Nampak gaya membentuk kepala dan bahu, lalu melantun di atas garis leher. TAYOR.
Anak KGB ikut trend mak, uptrend. 390 sebagai aras sokongan, juga MA22. TP sukahati. TAYOR.
Masih patuh pada uptrend line. Kaunter slow, untuk yang tenang tenang. MA50 sebagai aras sokongan. TAYOR.
Frontkn-WB membentuk segi tiga. Jadikan MA22 sebagai aras sokongan. Menanti BO 400. TP terpulang. TAYOR.
Netscon merupakan syarikat pembinaan. Baru IPO beberapa bulan lepas. Mempunyai book order yang bagus, menjamin pendapatan untuk beberapa bulan mendatang. Aras yang boleh diperhatikan 365. 355 sebagai aras CL. TAYOR.
MPHB merupakan syarikat insurans. Bilangan syer 740m. QR kelihatan okay. Cuma QR baru baru ini sahaja kelihatan tak okay. Apa yang menarik? Carta kelihatan uptrend dan membentuk pennant, harga bertahan separuh daripada lilin volume spike. MACD nak GX. Cun sesangat untuk swing tenang. Rintangan kelihatan di 1.56 dan 1.75. TAYOR.