SUPERLN merupakan syarikat barangan pembinaan. QR yang baik. Bilangan syer 160m, ringan. Baru sahaja break 900, jadikan 900 sebagai aras sokongan. Kelihatan membentuk pennant. Rintangan seterusnya berada di 970, dan 1.05. RRR seperti dinyatakan di carta. TAYOR.
FSBM syarikat berdasarkan teknologi. Bilangan syer 140m, ringan, Musim pam stock ringan sekarang. QR tak pasti. Apa apa, boleh tengok harga sekitar 220 dan 250 . Aras sokongan terakhir 220. Masuk dan tunggu volume ke seterusnya. RRR adalah seperti berikut. TAYOR.
KGB sentuh 1,24 dan jatuh sehari selepas exdate warrant. Apa yang cantiknya, ia tidak memasuki semula ke dalam pennant. KGB harini buka dia atas aras rintangan 1.24. Adakah ini break away gap? Aras sokongan berada di 1.24 Sama sama kita perhatikan. TAYOR.
Ireka meneruskan kenaikan. Berjaya memecahkan 52WH, disokong dengan volume dan indikator MACD. Yang belum masuk boleh perhatikan 690, sebagai RBS. TAYOR.
KIALIM pada hari Jumaat kasi pedang. Bentuk lilin ini tidak baik kerana menandakan seller menguasai. Buyer tak cukup kuat untuk tolak harga keatas. Boleh TP lah kalau siapa yang ada dalam. Mungkin akan pergi ke 575 dahulu untuk berehat. TAYOR
Pineapp syarikat teknologi berasaskan perisian. Bilangan syer sebanyak 48 juta unit, ringan seperti kapas. QR nampak macam baru nak turn black. Kelihatan meniti atas aras talian hayat 1.09, pecah je WAJIB lari. Kemungkinan akan menguji ketinggian lalu, 1.38. MACD baru DX, sideway dulu la kot. TAYOR. ''Apple Pen, Pinaapple Pen, Pineapple Apple Pen" *joget joget*
CTOS merupakan syarikat baru IPO. Kaunter IPO terus umum dividen, amantap sekali. Tiada idea untuk kaunter ini kerana hanya hari kedua, tiada contengan yang boleh dibuat. Namun menarik untuk diperhatikan harga 1.57, masih belum pecah. Jadikan sebagai aras sokongan. Apapun kelihatan kaunter ini didagangkan dalam kotak untuk ketika ini. TAYOR.
KARYON merupakan syarikat bahan kimia, ada buat sanitizer, dijual di MrDIY. Bilangan syer sebanyak 475 juta unit. Sebenarnya kaunter ini baru BO, jadikan MA22/MA50 sebagai aras sokongan. Kelihatan kaunter ini akan mencuba untuk mencabar ketinggian sebelum ini. Kaunter swing tenang. Kelihatan pengarah syarikat ada kutip kaunter ini. MACD baru GX. Mantap. TAYOR.
CENSOF dikaitkan dengan kerana mempunyai pegangan dalam DNEX. Bilangan syer sebanyak 555 juta unit. Kaunter ini dalam keadaan uptrend, juga membentuk segi tiga. Aku rasa positif bahawasanya ia akan membuat ketinggian baru. Untuk jangka masa pendek, jadikan MA22 sebagai aras sokongan dengan rintangan 525. MACD hampir GX. TAYOR.
DNEX kelihatan membentuk pennant. Bilangan syer agak berat, hampir 2biliyun. Untuk jangka masa pendek jadikan 745 sebagai aras sokongan, TP sekitar 845. Untuk jangka masa panjang, kemungkinan akan menguji 1.00 semula. MACD juga positif dengan baru GX. TAYOR.
KHJB merupakan syarikat runcit barangan bayi. Kelihatan harga amat menyantuni channel yang dibuat. Uptrend, dan tenang. MA22, MA50 atas MA200. Swing pun baik ni. Kaunter sebegini haruslah beli semasa sunyi, jual semasa volume spike. Low risk. RRR seperti yang ditunjuk. MACD pun hampir cross. TAYOR.
MOBILIA merupakan syarikat berkaitan perabot. Nampak dah buat base. Atas MA50 pulak. Harga agak setabil di RBS 460. RRR seperti dinyatakan. Menunggu volume masuk. TAYOR.
JFTECH anak juga mengikuti jejak mak dengan membuat base. Kelihatan membuat HH dan HL. Agak berisiko berbanding mak, walaupun taat dengan mak. Harga berdekatan 625 adalah lebih baik. RRR seperti disertakan, TAYOR.
JFTECH kelihatan telah membuat base yang cantik. 1.41 sebagai RBS. Tunggu masa volume masuk. Rintangan berada di 1.60 seterusnya 1.85. RRR seperti berikut, low risk. TAYOR.
ESAFE sedang berada dalam formasi pennant. Rintangan terdekat berada di 370. Aras sokongan di 320. RRR seperti di paparkan. TAYOR.
Kelihatan kuat untuk BO 360. Rintangan kelihatan di 440. Telah menguji DTL dan meneruskan kenaikan. Kenaikan disokong indikator dan juga volume. TAYOR.
VS merupakan syarikat teknologi dan komponen semi konduktor. QR baik, sentiasa buat duit. Bilangan syer sebanyak 3.5biliyun, tapi que nampak ringan dan juga dana utama ada pegangan jangan risau. Para MA sedang berkumpul. Rintangan 1.48 perlu dipecahkan untuk meyakinkan perubahan trend sedang berlaku. MA200 sebagai sokongan. TAYOR.
Boleh tengok semula idea sebelum ni, Ireka kelihatan kuat untuk BO. Kelihatan kaunter ini disokong dengan baik pada RBS 635. Sekiranya jatuh bawah 635 boleh lari. TP terdekat 710 seterusnya 810. TAYOR.