AYS ditutup menarik hari ini kerana ditutup diatas aras MA20 bersamaan dengan tengah Bollinger Band. (Bollinger Band pun kena tanda seru, kejadahannya Tradingview ni, kalau Bahasa Malaysia nak tulis apa kalau Bollinger Band?). Ok sambung, Kotak pengumpulan pun telah berjaya dipecahkan. Jadi jika AYS mampu mempertahankan aras 0.350, secara teorinya berpotensi untuk...
ASIAPLY jika dianalisis menggunakan indicator Ichimoku Cloud, dapat dilihat kaunter ini sedang dalam fasa permulaan lembu. Jika berjaya memecahkan awan ichimoku dan berjaya mempertahankan lilin dari terjunam ke bawah awan, ASIAPLY menarik untuk diperhatirapatkan. Garisan aliran menurun juga semakin hampir untuk dipecahkan. Lilin pada carta juga telah berjaya...
AT pada Jumaat yang lalu memecahkan kotak pengumpulan disokong oleh volume melebihi purata. AT juga kelihatan mencuba untuk memecahkan garisan menurun dan apa yang menarik, AT berjaya ditutup diatas garisan EMA200. Jika berjaya dipecahkan aras rintangan yang perlu dipecahkan adalah di 0.165 dan juga di 0.215. (Sekadar kajian, teori dan pembelajaran).
GFM jika dilihat pada corak carta, dapat dilihat kekuatan lembu untuk terus mendaki. Aras target secara teorinya untuk dagangan singkat adalah di 0.525 dan 0.585. Jika berjaya memecahkan aras 0.585, maka sahihlah kekuatan si lembu menguasai pasaran GFM. Sama-sama kita kaji mengkaji. Tradingview nak kita tulis Bahasa Malaysia, kita tulis dalam Bahasa Malaysia....
Jika dilihat pada carta dan batang-batang lilin Granflo, dapat dilihat lilin-lilin kecil sedang mengesahkan aras sokongan didalam kotak seperti didalam carta. Harga juga membuat pantulan di garisan EMA9. Sekadar kajian, kemanakah aras tuju Granflo untuk jangkamasa singkat, adakah turun mencari kaki marubozu hijau di aras 0.350 atau kembali menguji kepala marubozu...
YGL merupakan kaunter uptrend dan jika dilihat corak carta sejak lahir dapat dilihat YGL dalam proses melengkapkan corak mangkuk berganda. Aras bibir mangkuk adalah di 0.275. Jika berjaya dipecahkan, kemungkinan dan secara teorinya YGL akan menguji aras tertinggi sepanjang hayat di 0.490. Sama-sama kita kaji mengkaji. (Sekadar kajian, teori dan pembelajaran).
EFRAME kaunter sektor pembinaan. Corak carta nampak menarik dan ada cubaan untuk memecahkan corak segitiga menaik. Jika berjaya dipecahkan, secara teorinya aras target berdasarkan corak segitiga adalah di 0.830 dan 0.930. Sama-sama kita kaji mengkaji. (Sekadar kajian, teori dan pembelajaran).
JAG Berhad baru memecahkan garisan menurun 6 tahun (sejak dilahirkan) pada bulan Februari 2021 yang lalu. Kini JAG Berhad dalam perjalanan baru dalam pendakian trend menaik. Jika dilihat, JAG mempunyai corak carta bawah berganda (double bottom, payah Tradingview ni nak kena tulis Bahasa Melayu pulak) dimana aras neckline adalah di 0.400. Jika berjaya JAG akan...
Vizione pada hari ini ditutup diatas garisan EMA50 disokong oleh volume melebihi purata. Secara teorinya EMA50 boleh dijadikan sebagai aras sokongan dan aras target adalah di EMA200 (0.400). Di aras 0.400 juga terdapat garisan menurun dua tahun (DTL 2yrs). Jika berjaya dipecahkan, aras target adalah di garisan menurun 3 tahun (DTL 3yrs) di kawasan lebih kurang...
QES sedang berehat setelah membuat lonjakan ke aras tertinggi sepanjang hayat. Kini QES membentuk corak pennant. Adakah pecah ke atas atau bocor ke bawah. Jika pecah ke atas secara teorinya QES akan kembali menguji aras tertinggi sepanjang hayat iaitu di aras 0.665. Jika diletakkan indicator Bollinger Band (BB), aras middle BB adalah di 0.550. Jadi secara teorinya...
KARYON jika diletakkan indicator Ichimoku Cloud nampak menarik kerana harga telahpun berada diatas atas inchimoku. Ini secara teorinya petanda kepada signal bullish. Akan tetapi volume tak cukup banyak dan ada aras rintangan keras di 0.240 yang harus dipecahkan dengan sokongan volume dan momentum yang kuat. Jika berjaya, kita boleh mengandaikan KARYON akan kembali...
STAR pada hari ini ditutup melepasi aras EMA200 disokong oleh volume yang kuat. Secara teorinya, ini merupakan signal yang kuat untuk Star meneruskan pendakian ke atas. Jika dilihat pada corak carta yang lebih besar, dapat dilihat STAR sedang dalam cubaan melengkapkan corak cawan (cup) dimana aras neckline adalah di 0.515. Sama-sama kita kaji mengkaji adakah mampu...
SEALINK kaunter sektor pengangkutan nampak menarik hari ini kerana ditutup melintasi aras garisan EMA200 disokong oleh volume yang kuat tetapi terhenti di permukaan kotak pengumpulan. Jika berjaya keluar dari aras 0.205, secara teorinya aras target untuk Sealink berdasarkan corak kotak adalah di 0.270 dan 0.335. Jika diletakkan indicator Ichimoku Cloud juga,...
TFP sedang dalam usaha keras untuk melengkapkan corak carta cawan dan pemegang (cup and handle) dimana aras neckline adalah di 0.245. Jika berjaya memecahkan neckline, secara teorinya aras target adalah di aras 0.500. Sama-sama kita kaji mengkaji dan sediakan trading plan. (Sekadar teori, kajian dan pembelajaran).
SMTRACK pada hari ini ditutup cantik apabila candle hari ni ditutup diatas garisan EMA50 dan EMA200. Aras tertinggi kotak pengumpulan SMTRACK adalah di 0.220 dan jika berjaya dipecahkan, aras rintangan kuat adalah di 0.260 dan aras target corak kotak adalah di 0.295. Sama-sama kita perhati rapat, kaji mengkaji dan sediakan trading plan. (Sekadar kajian, teori dan...
MESTRON mempunyai corak carta Cawan dan Pemegang (Cup and Handle). Aras neckline adalah di 0.210 dan telahpun dipecahkan. Kini Mestron dalam perjalanan menuju aras target corak cawan dan pemegang iaitu di aras 0.370. Sama-sama kita perhati rapat, kaji mengkaji dan sediakan trading plan. (Sekadar teori, kajian dan pembelajaran).
MEGASUN nampak menarik chart patternnya dimana sedang dalam cubaan melengkapkan pattern cawan dan pemegang (cup & handle). Aras neckline adalah di 0.230 dan aras target secara teorinya untuk pattern ini adalah di 0.515. Sama-samalah kita kaji mengkaji dan sediakan trading plan. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
GDB pada hari ini dibuka gap up dan ditutup di atas middle Bollinger Band (BB). Secara teorinya boleh jadikan middle BB iaitu 0.950 sebagai strong support. EMA4 telahpun bersilang dengan EMA9 mengasilkan anak panah hijau ke atas. Potensi untuk GDB mendaki ke atas untuk menguji sekali lagi aras tertinggi sepanjang hayat (all time high, ATH) iaitu di 1.08. Sama-sama...