AmmarAbdSamat

Frontken : Menuju fasa penurunan? (E06)

Panjang
MYX:FRONTKN   FRONTKEN CORPORATION BHD
Frontken Corporation Berhad adalah sebuah syarikat yang berpangkalan di Malaysia, yang terlibat dalam pemegangan pelaburan dan penyediaan perkhidmatan pengurusan kepada anak-anak syarikatnya. Syarikat beroperasi menerusi penyediaan teknologi metamorfosis permukaan menggunakan proses salutan semburan termal dan satu siri proses pelengkap, termasuk segmen kerja kejuruteraan mekanikal dan kimia.

1. Merujuk pada post terdahulu (rujuk pautan di bawah), Frontkn telah berjaya memecahkan paras rintangan terakhir dan mencipta paras paling tertinggi pada RM1.75.

2. Frontkn dilihat sedang membentuk corak 'rising wedge', iaitu satu corak candlestick yg bersifat bearish yg sering muncul di penghujung trend kenaikkan.

3. Jika dilihat dgn lebih teliti, terdapat pembentukkan candlestick shooting star yg disokong dgn volume yg signifikan pada sesi dagangan 20hb Sept.

4. Corak ini menunjukkan bahawa tekanan belian yg tinggi gagal utk kekal hingga ke hujg sesi dagangan apabila tutup lebih rendah daripada paras tertinggi harian. Ini menunjukkan tekanan jualan > tekanan belian dan berjaya membawa harga turun ke bawah.

Penafian: Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal dan kerugian yang lain. Artikel dan carta ini disediakan untuk maklumat sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang disebutkan di sini.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.