AmmarAbdSamat

Greatech : Bullish (E03)

Panjang
MYX:GREATEC   GREATECH TECHNOLOGY BERHAD
Greatech Berhad adalah salah satu pembekal penyelesaian automasi terkemuka di dunia dalam bidang automasi kilang.

1. Merujuk pada post terdahulu (rujuk pautan di bawah), pada carta 60-minit Greatech berjaya menutup sesi dagangan di atas garisan trend dan memecahkan paras rintangan RM1.05

2. Ini menandakan Greatech sudah pun keluar dari fasa menurun.

3. Paras sokongan dan rintangan semasa adalah RM1.05 dan RM1.16.

4. Greatech dilihat berada di paras terlebih belian dan dijangka akan melakukan pembetulan.

5. Sekiranya Greatech berjaya utk kekal di atas paras sokongan, Greatech berpotensi utk meneruskan momentum kenaikkan.

Penafian: Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal dan kerugian yang lain. Artikel dan carta ini disediakan untuk maklumat sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang disebutkan di sini.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.