Pelabur

TRC - Terus ke Hadapan

Panjang
MYX:TRC   TRC SYNERGY BHD
Pada tanggal Mei 2018, TRC Synergy BHD (TRC) telah mengalami kejatuhan yang mengecewakan para traders akibat daripada perubahan polisi dan pelan pembangunan Malaysia. Harga saham TRC kini telah meningkat dan hampir mencapai paras tertinggi RM0.86 pada 2017. TRC juga berjaya menutupi gap (down gap) di mana kenaikan harga disokong kuat oleh jumlah dagangan yang meningkat. Oleh yang demikian, harga saham TRC berada di atas support 0.715 berdasarkan analisis fibonacci retracement. Selain itu, dengan kenaikan jumlah dagangan di dalam syarikat ini, target price yang pertama telah dikenal pasti pada paras 0.765 iaitu resistance kecil.

Dari segi fundamental, TRC Synergy Berhad mempunyai rekod yang baik dalam pelan pembangunan dan pengurusan projek infrastuktur negara seperti pembinaan hospital, stadium, trek keretapi dan lain lain. Kenaikan juga menggambarkan palabur dan pedagang mula yakin kembali terhadap sektor pembinaan hasil pelan pembangunan infrastruktur Malaysia yang baharu.

Idea Trading Plan (Untuk tujuan pembelajaran sahaja. Untuk pembelian, sila buat kajian lanjut)

Entry: Di paras support
Support: RM0.72
Resistance: RM0.765
Target 1: RM0.765
Target 2: RM0.795

Nota: Trading plan dibuat menggunakan Fibonacci.

-M.H.N.Jimmy@iSaham-

Idea bertujuan membantu anda dalam membuat kajian lanjut. Sila lakukan kajian penuh anda sebelum membeli sesuatu saham
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.