Rizman

PANTECH cuba memecahkan paras rintangan (resistance)

MYX:PANTECH   PANTECH GROUP HOLDINGS BHD
Harga semasa PANTECH : 0.465

Pada 17 Januari 2019, PANTECH telah mengumumkan keputusan Quarter Ketiga untuk tahun 2019 seperti berikut:
1.) Revenue bagi Pantech telah jatuh 11% berbanding laporan Quarter Ketiga tahun sebelumnya.
2.) Net profit mereka meningkat pula kepada jumlah peratusan yang sama (11%)
3.) Net Asset Per Share mereka meningkat pada 7%.

Oleh kerana PANTECH adalah sebuah syarikat yang berkaitan dengan sektor tenaga, sedikit sebanyak PANTECH akan berdepan dengan situasi harga minyak yang tidak menentu. PANTECH terlibat dalam pembekalan paip besi ke vendor, terutamanya sektor gas asli dan petroleum.

Berkenaan dengan carta semasa PANTECH, perhatikan yang nilai RSI berada pada 50+, dan MACD berada pada atas 0 (signal juga berada pada atas 0). Sekiranya laporan quarter yang baru diumumkan ini boleh meningkatkan harga PANTECH pada hari berikutnya, bermakna ada minat belian di kalangan pedagang-pedagang saham.

Paras sokongan yang dicadangkan => 0.450
Paras rintangan yang dicadangkan => 0.480

Harga boleh meningkat lagi sekiranya berjaya ditutup di atas 0.480, tetapi berhati-hati, jika berlaku penurunan semula lebih baik cabut lari.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.